27 June 2025

Bekas Kekasih Masih Sayang? Ayuh Move-On!

Nama: Bella

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Dear dr. cinta, dipendekkan cerita kami telah putus bulan 5 tahun lepas. Die sudah ade yg lain tanpa sy sedari. Sbb lepas je putus terus ade pengganti sdgkan, sehingga sekrang sy masih setia. Dlm mase due bln selepas putus, sy tidak kontek atau hubungi die, tp seleps 2 bln lebih, kami bertegur secare tak sengaje tp die masih dgn awek die yg baru. Tp die ckp ngn sy, die masih sygkan sy.

Disebabkan sy terlalu rapat dgn fmily die, kmi terhadkan perasaan kami, syg sebagai family. Tp sebenarnya jauh di sudut hati sy, sy masih mengharapkan die kembali pd sy. Tp sy tidak berharap pd die. Sy berharap pd pemilik hati, Allah agar hatinya kembali terbuka utk sy. Sy berdoa agar didekatkan jodoh kami walaupun sy tahu, skrang die sudah berpunya. Tp semakin lame hati sy semakin sakit kerna cemburu die bersame gf baru die sdgkan kami dah deal yg kami syg dan rapat sbagai family.

Nk tinggalkan, sy syg family die. Ibu die dan adik beradik die. Ape yg patut sy lakukan, tolong bagi saya nasihat.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumsalam Bella. Semoga awak sentiasa di bawah payungan rahmat Allah.

Sebenarnya, untuk move-on dari hubungan lama memang memerlukan usaha yang banyak. Kita tak mahu perasaan yang lama tu datang kembali. Kan? Bagi saya, apa yang awak perlukan sekarang ni adalah cara untuk move on yang berkesan. Betul bukan?

Ya lah, buat apa lagi menjadi pilihan yang kedua, sedangkan ex-boyfriend awak tu telah pun bercinta dengan pengganti awak. Hah, hargai diri awak, Bella. Jangan biarkan diri awak tetap menjadi seperti suatu pilihan, dan bukannya satu keutamaan. Beza tu ya pilihan dan keutamaan. Jadi, mari kita move-on dari lelaki sebegitu ya.

Mesti awak selalu ke rumah family dia ya, sebab dari gaya penulisan awak ni, saya mendapati awak agak rapat dengan family dia. Kan? Sebenarnya nak move-on ni perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Apa sahaja yang berkaitan dengan ex-boyfriend, mungkin, pada pandangan saya perlu dibuang jauh-jauh. Gambar-gambar, video-video atau apa saja yang berkaitan dengan ex-boyfriend perlu dibuang. Ya, BUANG. Jadi, untuk hubungan dengan family dia, mungkin awak boleh ambil ruang untuk diri awak sendiri. Buat sementara waktu, jarakkan hubungan. Bukan memutuskan terus. Saya rasa, mereka pasti faham. Nanti bila awak dah kuat dengan diri awak yang baru, jenguk-jenguklah mereka kembali ya!

Saya suka untuk mencadangkan kepada sesiapa sahaja untuk mencari hobi baru. Apa sahaja hobi yang boleh memberi terapi kepada minda kita. Contohnya, mendaki gunung. Lihat alam yang menghijau dan pelbagai ni sangat menenangkan tahu? Itu lebih baik dari kita stress-kan diri kita memikirkan ex-boyfriend kita yang tengah bercinta dengan orang lain tu! Berbasikal, berkebun, belajar memasak, sertai aktiviti lask rock climbing dan apa sahaja yang buatkan minda kita tenang. Ya, sangat berpatutan. Awak patut cuba.

Sedar tak sedar, ketika kita bercinta dengan manusia, kadang-kala kita kurang bercinta dengan pencipta-Nya. Kita jadi lalai. Mungkin inilah waktu terbaik untuk awak kembali mencari identiti awak sebagai hamba-Nya. Saya percaya, awak seorang hamba yang baik, kerana walau apa pun keadaan awak sekarang ni, awak tetap berharap pada pemilik hati yang hakiki. Teruskan mendekatkan diri kepada-Nya. Tak ada sedikit pun kerugian kalau kita dekat dengan dia, bahkan hati pun jadi tenang.

Tidur awal sebelum 11malam, minum cukup air masak sekurangnya 2 liter air sehari, bersenam sekurangnya 30 minit seminggu, pakai masker muka sekurangnya tiga kali seminggu, scrub badan dengan lulur mandi kegemaran dua kali seminggu. Ini adalah cara awak menjaga dan menyayangi diri awak. Ya, diri awak yang sangat berharga tu. Tersangatlah penting untuk menyayangi diri sendiri sebab diri kita lah yang menghadapi segala macam perasaan. Siapa lagi yang akan lebih menyayangi diri kita kalau bukan diri kita sendiri?

Senyum ok, hidup ni adalah lebih daripada sekadar menyayangi insan yang tidak lagi menghargai kita.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.