Kemiskinan Dan Kertelanjuran Faktor Aku Masih Belum Pilih Perkahwinan.

Nama: Farah Wahidah

Jantina: Perempuan

Aku ada bf. Kami dah 5 tahun kenal. And kami pun dah pernah terlanjur (dia bukan lelaki pertama). Dia terima aku seadanya. Dia sygkan aku lebih dari aku sygkan dia. And kami bercadang utk berkahwin.

Problem is dia miskin. Memang miskin tahap daif. Rumah pun memang usang betul masa aku mula2 datang. Dia kerja biasa2 je, kerja jaga. Aku takut mak ayah aku xboleh terima dia, sbb dia miskin. Aku sygkan dia sbb dia satu2nya lelaki aku jumpa yg betul2 sygkan aku.

Aku ni ada degree. Pendek kata aku boleh survive own my own. Aku nak kahwin dgn dia, nak hidup dgn dia. Tapi aku xtaw if aku buat pilihan yg tepat. Should i marry him or shouldnt i?

Dia mmg lelaki yg baik. Xpernah herdik atau marah aku. Xpernah naik tgn. Hes a romantic and thats why i fall in love with him. And aku takut xakan jumpa lelaki mcm dia lagi kalu aku sia2kan dia. His parents pun sukakan aku and anggap aku mcm family.

Dia memang tgh usaha sungguh2 utk kahwin dgn aku 😪

Salam. Persoalan patut atau tak Farah kahwini dia bukanlah satu jawapan dan keputusan yang kami boleh bagi. Farah sendiri yang lebih mengetahui sama ada patut atau tidak.  Sebagai ibu bapa, tentulah mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka dan tentunya di keadaan ekonomi sekarang yang mencabar dan sukar, kekayaan wang ringgit sedikit sebanyak memainkan peranan.

Tidak dinafikan, kasih sayang boleh mengatasi pelbagai perkara, darjat, warna kulit, malah kekayaan wang ringgit sekalipun. Tetapi Farah kena faham, kehidupan berumah tangga bukannya murah dan hampir segalanya memerlukan duit. Sewa rumah, barang dapur, insurans, simpanan, bayaran komitmen dan lain-lain sedikit sebanyak boleh menambah beban sesebuah keluarga yang sedang berkembang. Ini belum lagi dikira dengan kehadiran bayi ataupun anak kecil di dalam keluarga. Jadi, ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil remeh dan Farah perlu tahu kenapa ini sebenarnya adalah satu perkara yang menjadi perhatian ibu bapa Farah sendiri.

Hakikat bahawa Farah sendiri pernah terlanjur sebelum ini, eloklah dijadikan sebagai sesuatu perngajaran buat Farah. Harapnya perkara seperti ini bukanlah sesuatu faktor yang menyebabkan Farah rasa yang Farah perlu kekal bersama dengan pasangan Farah itu hingga ke jinjang pelamin. Semua insan melakukan kesilapan, namun bagaimana kesilapan itu dijadikan pengajaran dan tidak diulangi lagi adalah yang membezakan insan yang benar berubah dan berusaha menjadi lebih baik ataupun tidak.

Akhirnya, Farah sendiri yang akan tentukan masa depan Farah. Ikutkan beberapa faktor yang kami ulas, kami harap sedikit sebanyak dapat membantu Farah membuat pilihan. Harapnya pilihan ini adalah yang terbaik buat Farah, si dia, serta keluarga kedua belah pihak.

Aug 5, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.