Nama: Eraa
Jantina: Perempuan
Saya dan pasangan sudah bercinta 8 tahun. Pasang surut, gaduh dan salah faham adat percintaan. Tetapi ini telah menimbulkan sedikit kurang percaya terhadap pasangan saya. Satu hari, saya dpat tahu pasangan saya ada menghubungi dan bermesej dengan perempuan lain sedangkan selama ini dia tidak mengaku ada menghubungi perempuan tersebut. Tetapi setelah kantoi, terus dia mengaku hanya kawan. Saya rasa sangat marah dan kecewa selepas ini kali kedua dia curang dibelakang saya.
Tetapi saya masih sangat sayangkan dia. Saya minta masa untuk berfikir tapi dalam masa yg sama kami masih berhubung. Dia minta maaf dan berjanji tidak akan mngulanginya. Saya cuba untuk membuka ruang semula sehingga satu hari rakan saya telah menunjukkan satu rakaman antara si dia dan prmpn tersebut. Tiada kemesraan yang ditunjukkan dalam video tersebut, tetapi keberadaan mereka yg membuat saya timbul keraguan. Saya mula marah2 semula padanya tanpa usul periksa tarikh video tersebut sama ada sebelum atau selepas kami berbaik. Dalam waktu saya marah2 kami masih berhubung. Dia semakin hari semakin kurang mesra dan tidak lagi cuba memujuk saya kerana keadaannya yg stress dengan pekerjaan sehingga satu hari dia cuma memaklumkan telah berhenti kerja.
Saya cuma berkata okay. Sejak dari itu dia tidak lagi mesra dalam perbualan dan whatsapp. Semakin hari semakin dingin dan akhirnya tidak menghubungi saya.
Apa harus saya lakukan? Saya sangat sayangkan dia.
Sumber: Website Online Form
Hi Eraa.
Pasang surut dalam percintaan sememangnya suatu kebiasaan. Suatu pasangan yang masih mengekalkan hubungan walaupun telah beberapa kali bergaduh, memaafi, dan mengulangi proses yang sama itu memberi maksud sebuah perasaan cinta yang kuat yang mendasari hubungan itu. Namun begitu, selalunya apa yang menghalangi suatu pasangan itu dari merasai kebahagian adalah EGO.
Jika benar sayang, maafkan. Ketepikan ego.
Apa yang saya faham, kemesraan itu mula hilang apabila dia mula tertekan dengan keadaannya sekarang. Satu persatu perkara hilang dari hidupnya; pertama, kepercayaan dan rasa hormat awak kepadanya. Kedua, pekerjaan. Tekanan sebegini memberi impak terhadap emosi, tambahan pula dia seorang lelaki. Lelaki, umumnya mahukan kuasa terhadap dirinya, terhadap pasangannya, kerjayanya. Jika kerjaya hilang, kuasa apa lagi yang tinggal buatnya? Semua perlukan duit. Nak meminang awak nanti pun perlu duit jugalah modal nak beli cincin belah rotan nak buat tanda. Lelaki makhluk yang fokus. Nampaknya fokusnya tidak lagi kepada memujuk awak, tapi kepada masalah kehilangan kerjanya. Selalunya mereka memerlukan ruang untuk menyelesaikan masalah mereka. Ibaratnya, mereka akan memasuki gua mereka, untuk bertenang, berfikir, dan menyelesaikan masalah mereka. Sebagai perempuan, awak perlu lebih rasional dan memberi ruang kepadanya tanpa mengusik emosi dia. Cara sebegini akan lebih dihargai olehnya. Mungkin awak boleh memberikan sedikit ucapan kata-kata semangat kepadanya seperti awak sentiasa ada untuk dia, atau memberi kata-kata menenangkan seperti “semua akan baik macam dulu”, “akan ada rezki kerja lain untuk awak”. Beri dia ruang, OK?
Mohonlah kepada tuhan supaya mempermudahkan urusan hati kalian berdua. Awak harus ingat bahawa manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Mungkin, awak tak pernah curang kepadanya. Mungkin, awak selalu setia kepadanya. Namun pernahkan awak terfikir adakah sikap awak tidak pernah menyakitkan hatinya? Mungkin, ada antara sikap-sikap awak yang menyebabkan dia mencari “exit plan” yang menyebabkan dia mesej perempuan lain tu? Contohnya sikap suka mendesak. Atau sikap tidak memberi ruang kepada pasangan untuk dia melakukan hobinya seperti keluar lepak dengan kawan dan bermain futsal. Lelaki pun perlu ruang sendiri, tau? Bukan asyik kena berkepit dengan perempuan je. Antara sikap-sikap macamni lah yang menyebabkan dia tertekan dan mencari “exit plan”. Walaupun sebenarnya “exit plan” tu bukanlah suatu plan yang bagus pun, tetapi menambah masalah yang ada.
Muhasabah diri, OK?
8 tahun bukanlah suatu tempoh yang sekejap. Saya yakin, dia juga masih sayangkan hubungan ini kerana tak mudah meleraikan suatu yang sudah sebati. Awak boleh katakan yang awak maafkan dia. Tak rugi memaafkan, awak. Membesarkan ego dan amarah hanya akan menghalang awak dari rasa bahagia. Cubalah untuk benar-benar memaafkan kesalahan-kesalahan dia. Tuliskan segalanya di atas kertas seolah-olah awak meluahkan segalahnya kepada seseorang dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, “aku marah dia curang kepada aku. aku marah dia keluar dengan perempuan tu! Aku benci sikapnya begitu” dan apa-apa sahaja kemarahan awak kepadanya. Namun, di akhirnya, tulislah bahawa “aku redha, aku ikhlaskan segalanya, aku pasrahkan segalanya”. Begini lebih menenangkan, try it! Belajar memaafkan, dan katakan bahawa awak masih sayangkan dia dan hubungan ini, dan akan memberi ruang kepadanya untuk dia menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dia hadapi sekarang ini.
Selamat bercinta, ya?