26 June 2025

Aku Diberi Peluang Kedua Namun Hatinya Sudah Tawar.

Nama: Syaaa

Jantina: Perempuan

Saya mempunyai boyfriend. Dia seorang yang tak melayan perempuan tetapi satu hari ni dia terbaca Direct Message saye bersama seorang lelaki tetapi chat saye bersama lelaki tersebut adalah chat 4 tahun lepas dimana ketika itu saya masih blum mengenalinya. Dia telah block semua media sosial saye termasok no telefon saye sekaligus di IG dan Whatsapp. Tapi selepas 4 hari saye cuba Whatsapp dia melalui no telefon lain dan memberi tahu yg saye mahu bercakap denganya dan setelah itu saye dapat berbual dengan dia dan saye ade mengatakan bgi saye peluang dan dia juga menjawab dan berkata “saye bgi peluang tapi saye dh tawar hati”.

Jadi apakah pendapat doktor cinta? Kerana saye ade tnya “jadi nk buang saye ke?” Dan dia menjawab “saye x buang lagi” tapi at the same time dia dh tawar hati. Hmmm, saye masih sayangkan dia jadi apekah pendapat dan apakah usaha yg saye perlu lakukan🙃 ?

Sumber: Website Online Form

Hi Syaa.

Tawar hati ni perkara yang sangat subjektif. Ia tidak mempunyai skala tertentu untuk menentukan sejauh mana seseorang itu tawar hati. Bagi saya, mungkin boyfriend awak terkejut melihat mesej-mesej lama awak, dan dia sebenarnya mengharapkan dia tidak pernah melihat mesej-mesej tersebut. Apabila personaliti dia sebagai seorang yang tidak melayan perempuan lain, dia juga berharap yang sama dari awak. Kekecewaan selalunya wujud sebab adanya harapan dan sangkaan yang macamni. Jadi, jelaslah bahawa perbezaan personaliti antara awak dan boyfriend menjadi sebab kekecewaan dia. Take note ya.

Saya difahamkan bahawa semua mesej-mesej itu adalah “cerita lama”, iaitu sebelum mengenali boyfriend awak lagi. Saya pasti awak telah pun berterus terang dengan boyfriend awak tentang mesej-mesej itu kan? Walaupun ianya bukanlah salah awak apabila mempunya sejarah silam dengan berhubung dengan lelaki-lelaki lain sebelum dia. Namun, sikap berterus-terang itu amatlah baik dalam suatu perhubungan. Ianya suatu bentuk komunikasi yang baik. Awak perlu juga tahu, tindakan dia block awak dari segala-galanya adalah suatu tindakan yang normal bagi seorang lelaki yang berpersonaliti sebegitu. Dia perlu menenangkan diri dia, mencipta ruang untuk mencari ketenangan dan memikirkan penyelesaian. It’s OK. Relax and enjoy the process.

Rendahkan ego jika sayangkan hubungan. Peluang kedua jangan disiakan. Peluang kedua wujud setelah kecewa dengan peluang pertama yang diberi. Namun, kekecewaan boleh diubati. Cubalah menangi hati dia semula. Peluang kedua itu memberi petanda bahawa dia masih lagi mencintai. Dia mungkin tawar hati, tetapi mungkin juga hanya kecewa yang sementara. Peluang kedua ini awak terima kerana mahu belajar membetulkan kesilapan-kesilapan lalu, bukan? Ianya suatu bentuk kemajuan diri yang baik, kerana awak tidak takut menghadapi segala kritikan dari pasangan awak, malah mahu menjadi lebih baik dari sebelum ini dan tidak lari dari masalah. Good job, girl!

Tentang usaha yang awak patut lakukan, saya sangat suka untuk mencadangkan awak menjadi diri awak sendiri. Boyfriend awak jatuh cinta kerana personaliti awak, kecantikan awak, perwatakan awak. Jadi, tiada yang salah pada diri awak pada awalnya. Terus menjadi diri sendiri, yang mencintai diri sendiri, yang tahu menjaga diri sendiri. Ini memang ciri-ciri wanita yang lelaki sukai. Takkanlah awak tiba-tiba nak jadi orang lain pula, kan? Yakin pada diri, OK? Keyakinan awak itu yang akan terus memikat hati dia. Awak hanya tidak perlu mengulangi kesilapan yang lama, dan menghormati boyfriend awak yang tidak mahu ada orang lain yang mengganggu hubungan awak dan dia.

Bonus tips: lelaki suka masakan homemade. Cubalah masak apa-apa masakan kegemaran dia, sambil letak nota cinta. Manalah tahu, egonya akan mencair pulak lepastu. Amboi! Apa-apa pun, selamat bercinta ya?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.