Nama: Anita
Jantina: Perempuan
Sy dah putus dngan ex sy leih kurang sebulan. Kami bersama almost 3 tahun. Kitorang break up atas kesilapan sy sdri yg tdk berapa nak peduli kan dia, sensitive and kuat merajuk. Sebenarnya bukan sy tdk pedulikan dia cuma kerja sy kadang kala memenatkan so bila balik kerja sy akan rehat kan otak yg serabut seperti main game and kadang dia call time I tengah main game then sy naik marah, but not that sy tak pedulikan dia sometime sy rimas sbb dia control sy seperti tak faham keadaan sy. So kitorang banyak gaduh. Slama ngan sy dia tak pernah curang. Dia banyak berubah untuk hubungan kitorang. Sbb dia nak sangat kitorang kawen and ada bby. To make it short sbb pekara seperti mcm tu dia pendam dalam hati then one day minta putus.
Time tu dia stress sgat smpai dia tak tau nak cakap apa then dia minta putus sbb dah tak tahan dengan sy. Tp ikhlas sy cakap sy syg dia, sgat syg. Dalam masa yg sama tak sangka dia da ada org lain maksud sy masa kitorang masih gaduh dia ada contact org lain. Dan dia decide utk pilih pihak ketiga. Sy pernah tangkap dia video call ngan perempuan ni. Tp bila sy tanye dia cakap just friend and takde apa-apa. Cuma perempuan tu yg terhegeh-hegeh nakkan dia. Tp sy tak percaya. So sy ambik phone dia time dia tidur and nampak semua sms dia da bersayang-sayang dengan perempuan ni. I decide to call perempuan ni. At first perempuan tu bgtau ok dia akan stop tp end up still continue and block me smpai la perempuan ni video call nak clarify dengan sy something. Tu pun after 1 week after I call dia tu. Ex sy bagitau perempuan ni dia nak putus dengan sy sbb sy kantoi ada lelaki lain, padahal tak ade dan tak pernah sy curang dengan dia pun.
So sy bagitau perempuan tu invite video call ngan ex sy skali klu betul apa dia cakap and kalau nak tahu hal sebenar lagi baru adil kan. Nak 5 kali try invite my ex tuk kitorang video call tp dia declined. From there perempuan tu decide to stop and block ex I. So ex I pula marah sy dan block sy for 2 days sbb bg dia sy penyebab dia ngan perempuan tu ada masalah. Padahal perempuan tu yg call sy. Then dia buka balik and sms me tp bukan tujuan untuk couple balik, tp just nak jadi kawan and tak nak gaduh denga sy. Dia bgtau dia bukan lg dengan perempuan tu and just nak be alone. So sy ingat ok la maybe kitorang bleh bebaik just give him time dan dia pun ade cakap biar dia fikir and bagi dia masa. Rupanyer dalam masa yg sama dia da pujuk perempuan tu nak bebaik semula ngan dia. Dia bgtau dia da takde ngan sy smpai la sy tahu recently sy pregnant anak dia.
So sy bgtau dia at first dia sgat happy sbb dia da lama nak ade anak. Then decided to be with me and lepas kan perempuan tu. Dia bagitau slama ni dia mmang ssh nak lupakan sy. Dia masih syg sy lagi dia nak perempuan tu just untuk lupakan sy and sbb tu juga dia still continue contact dengan sy thru sms and tak nak putuskan hbgan. So dia bagitau dia akan settle ngan perempuan ni then akan masuk meminang tak nak tggu lama. 2 days after that entah apa kejadian dia call balik then cakap da tak nak and dia suh sy gugurkan baby ni sbb dia da mula syg ngan perempuan ni dan tak nak paksa diri dia dengan sy. Lagi pun hati dia da tak ade sepenuhnya dengan sy and dia da bagi pd perempuan tu.
Dia takut tak bleh syg sy seperti dulu lagi sbb hati dia da tak sepenuhnya dengan sy. Dia sggup bagi sy duit tuk buat kerja kotor tu. So sy ingatkan dia balaik apa yg dia cakap sblum ni. Dia bagitau dia mmang tak boleh nak teruskan lagi. So sy decide utk bagitau perempuan tu hal sebenar, sy show semua sms and gambar scan skali yg sy da pregnant. Kali ni kasar sy sms perempuan tu and bagitau ambik la ex sy sbb gara gara perempuan ni dia sggup buang anak sdri. Perempuan tu tak response tp mengadu ngan ex I dan maybe lepas tu block my ex ke ape tak tau. My ex call and marah sy. Dia ttap nak teruskan buang baby tu. Dia cakap klu nak dia kawen dengan sy boleh tp jangan heran selepas tu dia akan curang sbb dia da tawar hati dengan sy. So sy marah gara gara perempuan dia baru kenal tak sebulan pun dia da jadi mcm ni. Hilang akal. Selagi lagi dia cakap dia da tak de apa apa ngan perempuan tu and dia tak peduli pun ngan perempuan tu sbb dia bukan syg sgat dgn perempuan ni.
So sy mara dia and ckap dia penipu. Lepas tu dia bank in duit, dia da tak hubungi sy lagi until one day dia sms nak minta maaf dan suh sy kuat kan hati dekat kan diri dengan tuhan dan lupakan la dia. Seperti biasa dia bagitau dia da tak de apa apa ngan perempuan ni. Until la sy dapat tau dia contact balik perempuan ni nak pujuk balik untuk bersama ngan dia. Baby ni masih dengan sy. Tak buang lagi sbb tak smpai hati. Msalahnya kenapa hati sy nak juga dia balik dengan sy selepas apa dia da buat dengan sy seteruk ini. Sy masih teringat semua perbuatan baik dia dengan sy. Sy slalu mengharap dia akan call atau sms cari sy, tp tak. Dia da tak peduli sy wlaupun dia tau sy ade bby die. Sy ade bagitau family die. Da bebuih family dia marah dia tp dia cakap keputusan ditangan dia, bukannya family dia.
Macam mana sy nak buat hati ni berhenti mengharap?
Sumber: Website Online Form
Hi Anita.
Nampaknya awak sangat keliru dengan perasaan awak dan segala masalah yang sedang awak hadapi. Segalanya, termasuklah ex-boyfriend awak, orang ketiga, dan yang terbaru, bayi yang tidak bersalah di dalam kandungan awak.
Apa yang saya faham, ex boyfriend awak telah mencipta pilihan-pilihan dalam hidup dia. Pilihan-pilihan cinta yang dia boleh simpan, dan akan manfaatkannya nanti. Kalau yang baru tak mahu, masih ada awak yang berharap. Sukakah awak diperlakukan begitu?Anak dalam kandungan pun dia tak mahu. Faham benar awak masih sayang. Tapi bayangkan jika dia kembali, berbaloikah menerima dia yang sudah berbagi cintanya? Benar, cintanya sudah terbahagi. Dia tidak menipu awak dalam hal itu. Umpamanya sebiji kek, sudah dipotong dan diberi kepada yang lain, yang awak tak suka pun penerimanya. Begitulah perasaannya.
Memberi dan menerima peluang kedua ini agak berat dan payah. Pada saat kita bersedia untuk memberi peluang kedua, kita harus terbuka hati untuk melupai kisah-kisah lama yang mengguris hati. Mampu ke? Sedangkan segala memori tu tak mampu pun kita padam dalam ingatan kita. Bagi kes awak pula, cukup besarkah hati awak untuk menerima dia yang dah pun curangi cinta awak, yang enggan menerima anak dalam kandungan awak pun? Bisikan-bisikan ini akan hadir di kemudian hari andainya awak dan dia bersatu kembali. Percayalah! Peluang kedua itu tak semudah sangkaan kita.
Saya amat suka jika awak tetap menjaga kandungan awak sehingga akhirnya. Kerana anak itu tidak langsung bersalah. Jika awak seorang yang beragama Islam, anak tersebut jika perempuan, dia masih halal berkahwin dengan ex boyfriend awak, meskipun awak berkahwin dengan dia. Hal ini mungkin awak boleh rujuk dengan ahli agama yang sewajarnya. Namun, anggaplah anak itu suatu anugerah yang baik untuk awak. Ingat, setiap yang terjadi pasti bersebab. Setiap terowong yang gelap mempunyai cahaya di hujungnya. Maka tetaplah pelihara ia, moga nanti awak mendapati “cahaya” di hujung “lorong” kehidupan ini.
Untuk meminta hati untuk berhenti berharap itu modalnya adalah usaha dan masa. Masa boleh mengubati. Apa yang awak boleh usaha dalam waktu sekarang ini? Usahalah untuk menjadi seorang yang positif. Usahalah untuk menjadi seorang yang lebih menghargai diri sendiri. Lebih-lebih lagi awak mempunyai janin yang mengharapkan awak untuk dia hidup di dunia ini. Pastilah lagi awak mempunyai sebab yang kukuh untuk menjadi seorang yang positif, kuat dan menghargai diri sendiri. Sebab, kalau bukan awak, siapa lagi nak buat itu semua kan?
Sokongan emosi perlulah ada pada waktu sekarang, sehinggalah awak benar-benar mendapat kekuatan. Mungkin, kawan baik, atau family member? Cubalah berkongsi masalah dengan mereka. Luahkan. Ataupun, boleh luahkan segala di dalam diari. Luahkan segala kekesalan. Yes, segala kekesalan dan kemarahan perlu diluahkan, tak sepatutnya dipendam. Luah, dan luah sehingga puas. Kemudian, katakanlah pada diri, “aku redha, aku ikhlas, aku pasrah”. Begini akan membantu awak membuang segala kemarahan awak, kebencian, kekesalan dan segala emosi negatif awak, secara psikologinya.
Pada saat begini juga, awak perlu lebih fokus meyakinkan diri bahawa awak akan kuat menghadapi segalanya dengan anak yang awak kandungkan. Pada saat begini juga, awak harus fokuskan fikiran bahawa bahagia itu ada je dalam diri awak. Tanpa dia pun awak boleh bahagia. Itulah bahagia tak bersyarat, maksudnya. Di sini, awak perlu menghargai apa yang awak ada. Udara yang awak hirup, makanan yang awak jamah, katil dan tilam tempat awak beradu, rumah yang awak diami, semuanya awak perlu hargai. Perlu awak syukuri. Tulislah seberapa banyak perkara yang awak syukuri di dalam sebuah jurnal, setiap hari tanpa gagal. Awak akan merasai ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa. Moga, anak awak nanti akan lahir sebagai seorang yang kuat seperti ibunya, yang positif, dan bahagia.
Saya berharap awak menemui jawapan yang awak cari di dalam coretan ini. Keep strong, girl!