Nama: Sha
Jantina: Perempuan
Saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui portal cari jodoh. Dia menetap di Johor manakala saya menetap di Selangor. Kami kini sudah dua bulan berkenalan. Saya mahu mendapatkan kepastian akan apakah hubungan kami sekarang. Sepanjang perkenalan, saya nampak effort dia untuk saya seperti tenggelam timbul. Dia kadang2 tidak mengendahkan saya, tapi sekejap dia cari saya.
Dia sanggup dtg Selangor utk berjumpa dgn saya tp kemudian dia kembali tidak mengendahkan saya. Saya pernah bertanya dia apakah dia mahu dengan saya. Dia mengatakan dia serius untuk kenal dgn saya. Saya keliru dgn dia. Walaupun begitu, saya masih ingin dpt kepastian dri dia.
Rupanya dia mengatakan bahawa dia sedang mempunyai masalah keluarga dan dia juga takut akan dilukai lagi selepas pengalaman dia yg lalu. Saya berikan dia masa untuk berfikir dan pada masa yg sama saya beritahu dia untuk tidak contact saya langsung semasa dia sedang membuat keputusan. Tapi dia mahu untuk teruskan contact pada masa yang sama dia mahu berfikir. Apa perlu saya buat, tunggu dia ataupun move on?
Hi, Sha!
Dalam perhubungan memang ada banyak risikonya, apatah lagi apabila perhubungan itu berasaskan alam siber dan bersifat jarak jauh. Pada pendapat saya, awak harus bertanya pada diri sendiri apa sebenarnya yang awak mahukan daripada perhubungan ini dan rancang langkah seterusnya daripada situ. Adakah awak mahukan hubungan yang serius dan secara khususnya dengan si dia sahaja ataupun disebaliknya? Seandainya memang hati awak sudah terkunci untuk si dia sahaja, awak harus melatih diri untuk mempercayai apa yang diperkatakannya dan bersabar. Antara berbaloi atau tidak untuk meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada seseorang yang baru dikenal, terpulang pada awak.
Didalam percintaan, pasti memerlukan pengorbanan dan usaha yang konsisten. Semestinya bukan in sahaja metrik yang harus diuukur, tetapi ia sedikit sebanyak mewakili sedalam mana perasaan minat atau sayang dan kesanggupan mereka untuk bersama awak. Ingatlah, kadangkala, manusia ini bersifat hangat-hangat tahi ayam sahaja jadi awak harus peka dengan tingkah laku serta setiap usaha mereka. Tetapi, ianya juga harus bersifat dua hala, Sha faham bukan? Harus juga saya ingatkan, biarlah berpada-pada berkorban, janganlah sehingga bergadai tanah untuk mengejar cinta. Saya yakin, Sha mampu membuat pilihan yang wajar.