Nama: BBiana
Jantina: Perempuan
Sdah 2 bulan saya dengan ex saya putus. Saya masih rindukan dia. Dulu mula-mula putus dia masih text saya seperti biasa, tp sbb saya attack gf dia yg skrng so dia start to slowdown and dia langsung tak text saya dah. Tetapi saya yang akan cari dia tapi dia akan jawab tp ala kadar saja. Kami putus sbb first dia bagitahu dia tak tahan dengan sikap saya yg sensitive, slalu marah-marah and bagi dia hbgan kitorang tak ada respect. But dlm masa yg sama dia ada perempuan lain. Masalahnya dia tdk pernah pun bagitahu apa yg dia tdk suka pasal saya. Dia pendam semua, cuma bila da nak putus tu baru dia bagitahu.
So saya sakit hati dengan perempuan tu, saya attack dia, i call and text dia bgtau. But still diorang continue sama-sama. Saya terlalu depress smpai masuk hospital sebab makan ubat samai overdose. Dalam masa saya di hospital dia langsung tak peduli apa-apa pasal saya. Saya ada call dia and dia angkat. Ada juga saya tanya pasal dia dengan perempuan tu, tp dia tak jujur and dia cakap da tak de apa-apa, tak berhubung lagi lepas dia dah tahu pasal kitorang. Sekarang ni dia cuma nak hdup single and focus kerja nak cari duit. Jodoh tu nnt baru dia nak fikir. But saya dapat tahu dia masih contact dengan perempuan tu tp guna number lain. Dia dah block saya semua kecuali Whatsapp je dia tinggalkan. So most of the time saya cari dia kat Whatsapp. Slalunya text je la call kadang dia tak nak angkat.
Ade pernah skali tu saya text dia awal pagi, then dia response so kitorang borak mcm biasa before dia start kerja. Then saya tanye dia mcm mana dia ngan perempuan tu, dia cakap dah takde apa-apa dah. Dia trus marah. Then i say sorry tak yah cakap pasal perempuan tu. Saya nak tahu kenapa dia tak jujur cakap pasal perempuan tu. Kalau betul dia dengan perempuan tu knapa nak sembunyikan? Kenapa tak jujur je dengan saya kan kitorang dah putus. Satu lagi, dia tipu perempuan tu juga yg kononnya dia dah tak contact saya tp sebenarnya kitorang masih contact but just as a friend. I know dia ni jenis cakap manis, so perempuan tu akan percayakan cakap dia.
Adakah dia masih menyimpan perasaan dengan saya atau ada makna lain di sebaliknya? Sebab dia pernah cakap dia tak akan lupakan saya cuma dia tak nak ada hubungan ni lagi sbb dia takut terjadi benda yg sama. Dia takut klu dia paksa dia akan curang blakang saya. Dan dia ada cakap klu saya ada org lain tolong bagitau dia. Saya harap dapatla jawapan secept mgkin sbb saya buntu.
Sumber: Website Online Form
Hi BBiana.
Apa khabar BBiana sekarang? Harapnya BBiana dapat sesuaikan diri dengan new normal, dan mematuhi PKPB yang disarankan kerajaan.
Mengenai ex BBiana, saya berpandangan bahawa BBiana perlu let go, melepaskan sahaja ex boyfriend BBiana. Sekarang sudah putus, tapi BBiana masih belum melepaskan. Betul? Hati BBiana masih mahu percaya yang BBiana dan ex masih boleh berbaik semula. Pasti sakit perpisahan ini buat BBiana. Pasti BBiana sangat-sangat menyayangi ex BBiana, kan? Saya faham. Tersangatlah faham. Tapi BBiana, untuk mencapai ketenangan di dalam hati, mahu atau tidak BBiana perlu melepaskan segalanya. Segalanya bermaksud segalanya. Segalanya bukan hanya hubungan BBiana dan ex, tapi segalanya itu membawa maksud perasaan BBiana, dendam BBiana terhadap kekasih baru dan ex BBiana, marah BBiana kerana dicurangi, Sedih BBiana kerana diabaikan, dan segala jenis macam perasaan yang BBiana sedang hadapi sekarang.
Saya faham, pasti sukar untuk let go semua perasaan, kan?
Pandangan saya terhadap ex BBiana ialah dia seorang lelaki yang mahu meminimakan risiko pergaduhan. Dia amat memahami bagaimana orangnya BBiana, jadi dia memilih untuk bersikap tidak jujur. Pada dasarnya, memang dia mahu masih berhubung dengan BBiana. Namun saya berpendapat bahawa dia hanya takut BBiana semakin tertekan dengan situasi. Oleh itu, dia memainkan permainan menang-menang. Walaupun tindakannya tidaklah sebijak mana, tapi dia cuba menjaga hati BBiana, walaupun lambat laun BBiana akan tahu juga perkara sebenar. Namun begitu BBiana, sejujurnya BBiana perlu menyoal diri BBiana, adakah sayang BBiana padanya berbaloi untuk BBiana merisikokan segala-galanya? Saya bermaksud, adakah BBiana mahukan lelaki yang tidak jujur, mencurangi BBiana, dan enggan berbincang, menjadi suami BBiana? Berbaloikah BBiana stress terhadap lelaki sebegini. Pada pandangan saya, lelaki sebegini hanya mementingkan diri sendiri, dan selalu mencari jalan keluar yang pintas, tanpa memikirkan akibat di kemudian hari. Secara ringkasnya, tergopoh dalam membuat keputusan atau tidak berfikiran jauh. Berbaloikah?
BBiana, tarik nafas dalam-dalam, dan hembus. Jika BBiana depressed, ambil quran. Baca. Masih stress? Ambil diari, tulis. Luahkan kemarahan, kesedihan BBiana. BBiana boleh cuba tuliskan begini setiap kali BBiana marah, kecewa, sedih; Ya Tuhanku, aku marahkan dia kerana _______, aku kecewa kerana________, aku benci dia perlakukan aku sebegini. Setelah BBiana habis meluahkan segalanya, maka tulislah; Ya Tuhanku, Aku redha, aku ikhlas dan aku pasrah dengan ujian ini, dengan perasaan ini. Moga, dengan menulis begini, BBiana akan lebih tenang. Saya mengharapkannya.
Saya cuma berharap BBiana dapat lebih menyayangi diri BBiana. Moga BBiana menemui ketenangan dan kebahagiaan dalam diri BBiana.