Nama: Adam
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum. Nak tanya sikit ni. Saya dan gf saya dah lama bersama hampir 2 thun jugak la. Tapi masalahnya sejak kebelakangan ni, dia asyik ignore saya. Agak lama dalam sebulan lebih. Dalam masa tu saya chat dm dia tapi tak di balas and then satu hari tu kami bergaduh dan saya pun berkata asyik hari hari nak gaduh. Lepas tu dia ckp smula pada saya kalau tak nak gaduh kita putus.
Lepas kejadian tu kami kurang chat. Tapi sya harapkan dia sama macam dahulu. Lepas tu saya cuba contact dia call semua untuk tanya dia pasl hubungan ni. Dia cakap, dia dah tak ada hati dekat saya lagi.
Jadi apa yang harus saya lakukan untuk buatkan dia kembali seperti dahulu dan perbaiki perhubungan ini?
Sekian terima kasih.
Sumber: Website Online Form
Wa’alaikumussalam, Adam.
Kadangkala, no message is also a message. Mungkin sudah tiba masanya untuk awak move on kerana, agak berat untuk saya katakan, jelas sekali dia sudah move on. Hati manusia ni memang susah dijangka, jika sudah ditakdirkan untuk berubah memang akan berubah sekelip mata. Awak cubalah untuk melapangkan dada dan menerima pilihan dia untuk tiak meneruskan perhubungan ini kerana benar jodoh perlukan usaha, tetapi memaksa tidak sepatutnya ada di dalam kamus cinta. Benar, move on ini susah dan pahit tetapi jikalau diusahakan, insya-Allah hari-hari mendatang akan lebih mudah. Berusahalah untuk masa hadapan pasti ada yang lebih baik menanti awak.