24 September 2025

Dibenci Family Teman Lelaki.

Nama: RinaSha

Jantina: Perempuan

Hye I ade boyfriend. Boyfriend I ni jenis kuat control jugak pastu dia jenis family man. Itu x kisah la pasal adik-beradik dia okey cuma kakak dgn adik perempuan dia x suka I. Dia selalu back up adik dia even adik dia yang buat salah.

Mlm tu ada majlis sukan mbi di tmpt kje I so I ajak dia so dia ajak la adik dia. That time masa dia dtg dia jeling dkt I padahal I senyum kot dkt dia. From that moment mmg I buat tak tahu dekat dia dgn adik dia pastu dia tengking I sbb x layan adik dia. Dia siap update status cakap tak layan adik dia and I was like haaaa.

I dah tawar hati walaupun hubungan dah lama 😞.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hi Rinasha.

Boyfriend awak kuat control dari segi apa ya? Tak benarkan awak keluar dengan kawan-kawan? Pilih dengan siapa awak boleh berkawan? Perhati atau asyik komen pasal post awak dekat media sosial? Memiliki pasangan sebegini boleh jadi agak sukar. Rimas tu takpe lagi, takut lama kelamaan awak terganggu emosi^^

Lelaki yang rapat dengan ahli keluarga ni it can go both ways. Sebenarnya sangat beruntung kalau kita mendapat pasangan lelaki yang rapat dengan ahli keluarganya lebih-lebih lagi jika mereka rapat dengan adik-beradik kerana InshaAllah nilai-nilai kekeluargaan itu boleh dia bawa ke dalam keluarganya sendiri. Namun adalah menjadi sukar apabila berlaku situasi di mana lelaki tersebut tersepit di antara keluarga dan pasangannya. Takut jadi masalah jangka masa panjang untuk awak nanti.

Ok firstly, bagaimana dengan ruang komunikasi? Ada tak teman lelaki awak berikan? Maksud saya, contohnya awak ingin menjelaskan sesuatu kepadanya, adakah dia bersedia mendengar, or does he dismiss your concerns? Benda ni penting, sebab kalau dia tidak memberikan awak ruang untuk penjelasan, boleh jadi dia hanya mendengar kata-kata adik beradiknya. Padahal awak bukannya sengaja malas bertegur sapa. Kan?

Cadangan saya, cuba awak cakap elok-elok dengan dia, jelaskan semula situasi-situasi di mana awak cuba berbaik dengan kakak dan adiknya tetapi tidak disambut baik. Lihat reaksi dia bagaimana. Adakah dia masih membela adiknya, atau adakah dia cuba untuk mencari solusi.

Selain itu, awak juga boleh cuba tunjukkan padanya bahawa awak memang berusaha memenangi hati adik dan kakaknya. For starters, mungkin awak boleh minta handle media sosial mereka dan follow. Like gambar-gambar mereka, tinggalkan komen. Beramah mesra gittew… ataupun kalau nak advance sikit, minta nombor telefon mereka daripada teman lelaki awak. Lepastu Whatsapp la mereka, tanya khabar ke, ataupun awak tanya la hari ni masak apa, share memes ke… sekarang kan banyak meme kelakar. Effort tu penting sis. Dalam sesetengah benda kita kena tryhard. Hehe. Mana tahu mereka akan akhirnya berlembut hati and see you, for you. The real RinaSha gittew. Try seeing things from their perspective, kadang-kadang kita ni memang skeptical dengan pasangan adik-beradik kita. Kita husnuzon je la sis, mungkin mereka takut adik-beradik mereka memilih pasangan yang salah. Tunjukkan pada mereka awak bukan sebegitu. Tapi awak beringat juga ya, dalam mencuba ada batasnya. Jangan sampai memakan diri awak sendiri. Jika awak rasa on your part awak telah mencuba sehabis baik namun tiada respon daripada mereka bahkan lebih teruk, sampai masanya untuk awak berundur diri. It’s not worth it.

Lelaki yang rapat dengan ahli keluarga ni bagus, tapi hati-hati juga, jangan sampai dia buta dan tidak melihat perkara sebenar yang berlaku. Tidak pelik kalau awak tawar hati, kerana perkara sebegini memang boleh membawa tekanan. Kalau awak ada plan untuk berkahwin, ingat you’re not only marrying the man, but also his family. Buruk baik awak yang pasangan awak terima, sepatutnya diterima oleh ahli keluarganya juga.

I wish you all the best kayh.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.