26 June 2025

Kekasihku Seorang Mata Duitan!

Nama: Gar

Jantina: Lelaki

Salam Dr cinta.

Saya ni baru shja bercinta dgn pasangan saya. Saya blm pernah berjumpa sebenarnya dgn gf saya ni. Kami bercinta jarak jauh dan hanya berhubung melalui Whatsapp dan fon call sahaja. Mula-mula bulan bercinta tu memang rasa baik-baik sahaja, cuma kadang-kadang tu saya rasa seperti ada sesuatu yg tidak kena dgn dia kerana dia sering minta bantuan dripada saya dri segi kewangan. Saya ada juga la bagi dia sikit tp berkali-kali dah. Biasanya dia akan call saya bila dia minta pertolongan tu la. Tapi kalau saya call dia biasanya dia tdak jawab pun, dia akan ckp “kita wasap je la”. Dia jarang jawab call dri saya melainkan dia sendiri yg call.

Saya keliru dgn dia. Adakah dia serius dgn saya atau hanya mengambil kesempatan? Tapi jika saya tdk membalas msg darinya dia akan call saya seperti dia betul-betul ambil berat tentang saya. Pernah juga saya cuba utk meminta dia meminjamkan wangnya RM100 utk saya tapi hanya sekadar menguji dia. Tapi dia beri alasan dia juga perlukan wang. Tapi semenjak cuti PKP covid19 ni saya tidak ada kerja bermaksud tidak ada pendapatan dan tdk pernah bagi dia wang sbb utk kegunaan sendri. 3 minggu cuti semuanya masih ok lgi. tapi selepas tu dia mcm berubah sedikit. Kebiasaannya dia akan ucap selamat pagi setiap hari dan sentiasa akan wasap saya biar pun sesibuk mana dia bekerja tetap akan balas msg saya. Tapi sekarang ucap selamat pagi sahaja lepas tu msg sy yg lain pula dia ambil masa yg lama utk dibaca atau dibalas. Jika dia sibuk bekerja itu saya faham mungkin tidak ada masa utk pegang fon, tapi berkali-kali pula saya nampk dia online cuma msg saya tu dia tak baca. Kalau dia reply msg saya tu pun hanya sepatah kata sahaja. Seperti dia cuba untuk kurangkan komunikasi antara kami dan sama juga jika dia tdk bekerja. Saya ada juga bertanya jika dia ada masalah dgn saya atau saya ada membuat kesilapan, tetapi dia ckp tdk ada apa2.

Saya keliru sama ada dia benar-benar cintakan saya atau hanya mengambil kesempatan terhadap saya. Saya pernah juga membincangkan perkara yg lebih serius sblm ini sperti merancang utk berkahwin dengannya kerana sy benar-benar cintakan dia, dan dia memberi respon yg cukup baik. Itu yg menyakinkan saya terhadapnya, tetapi sekarang berubah menjadi keliru dengan perubahannya yang sekarang ini.

Saya berharap Dr Cinta dapat memberi sedikit tips dan penjelasan tentang masalah yg saya hadapi ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca.

Sumber: Website Online Form

Hi Gar,

Saya akan berterus-terang dengan awak. Memang betul teman wanita awak sedang mengambil kesempatan ke atas awak. Full stop. Awak mungkin tidak nampak perkara ini kerana bila sayang, mata kita akan dikaburi dan kita akan banyak in denial atau berteka-teki dengan diri sendiri. Saya tahu perkara ini mungkin perit untuk ditelan, tapi awak patut bersyukur kerana usia percintaan baru sekejap dan awak berdua belum berjumpa depan-depan. Masih tidak terlalu lambat untuk meninggalkan hubungan satu hala ini.

Pada pandangan saya, terlalu rakus untuk bercakap tentang soal kahwin jika belum berjumpa dengan tuan punya badan. Dan sesiapa sahaja mampu memberikan jawapan yang positif. Bak menanam tebu di tepi bibir. Lagi-lagi jika dia menginginkan sesuatu daripada awak. She would probably say anything to make you happy and give her what she wants. Don’t you think?

Jika awak mahu, awak boleh minta dia berterus-terang. Tapi saya nasihatkan since hubungan masih mentah dan perasaan belum dipupuk dalam-dalam, awak tinggalkan dia secara baik. Senang sikit awak nak move on nanti daripada terus-menerus makan hati. It’s time to think about yourself. Saya harap awak cepat dapat kerja dan menjana pendapatan. Dan seterusnya berjumpa dengan seseorang yang benar-benar menghargai awak.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.