Nama: Muhammad Syazwan
Jantina: Lelaki
Saya nie bercinta jarak jauh. Saya duk kl dan kekasih saya duk n9. Dah 1 bulan saya bercinta dgn dia tapi dia tak pernah paham saya. Lepastu dia fikir saya ada kekasih lain. Walhal saya masih cinta dkt dia. Dia pernah cakap jangan pernah berubah hati. Saya pun berjanji utk dia yang saya takkan berubah hati. Dan satu haritu saya call dgn adik perempuan saya. Sedangkan dia tak tahu yang saya ada adik perempuan. Lepastu kekasih saya nie dia tak fikir psal saya, cuma fikir dia je. Dia tak pernah ckp saya dah makan ke belum? Tak pernah.
And then, malam tu saya call adik perempuan saya. Saya dah ckp dgn dia saya call adik saya tu. Tapi dia cakap nak call sekali. So saya pun ckp la bkn vc tapi voice call. Tapi saya letak call, lepastu saya call kekasih saya. And then time tu kekasih saya nak tdo, dia suruh saya nyanyi kan lagu utk dia. Saya diam tak smpai pun 5 saat, dia dah marah kat saya. Saya mntk maaf pun dia diam je. Saya kejut dia nak sahur, tapi dia tak bangun. Lepastu petang saya tdo, saya tak pasti saya online ws ke tak. Sbb kalau kekasih tak baca Whatsapp saya, mybe dia bz atau apa, so saya takdela mcm kacau dia. Lepastu ada kawan dia ckp, saya tak chat dia walaupun saya on Whatsapp. time tu plk saya baru bgn tdo dalam sekitar 2 petang atau 3 petang. Disebabkan saya kejut dia smpai 4 pagi, jadi saya tdo lambat la. So kawan dia kata saya on tapi saya tak chat kekasih saya. Jadi saya pun start la pujuk dia smpai malam.
Malam tu pulak saya spam banyak2 tapi dia still bluetick shj. Dia terus terang dia nak putus dgn saya. So saya mcm heran la kenapa dia buat mcm ni. Dia ckp saya pernah tipu dia smpai bawak mati. Saya pun tak tahu mcm mana sekarang ni. Malam2 je saya asyik tengok gambar dia. Saya still cinta dkt dia smpai saya berdoa tak nak kehilangan dia.
Harap doktor love bagi tips utk dapat dia balik. Terima kasih.
Sumber: Website Online Form
Hi Syazwan.
Percintaan jarak jauh ataupun long distance relationship (LDR) yang dialami oleh Syazwan dan kekasih merupakan sesuatu yang tidak dinafikan amat sukar. Walaupun saya tidak berada di dalam situasi Syazwan, tetapi saya boleh membayangkan di mana seseorang itu akan merasa insecure ataupun risau tentang kekasih mereka. Antaranya macam Syazwan cakap, takut berubah hati. Dalam mana-mana percintaan sekalipun, perkara yang paling penting adalah trust. Lebih-lebih lagi LDR. Kalau sebelum ni trust sesama pasangan pada tahap 70%, mungkin pasangan LDR kena mantopkan sampai 200%. Trust is the foundation of any solid relationship. Bila tiada trust sesama pasangan, ataupun salah seorang slek, macam dalam kes Syazwan kekasih tidak percaya pada Syazwan, keadaan akan menjadi sangatlah sukar.
Sebelum itu maafkan saya, bukan niat saya untuk berkasar atau judge, but may I suggest kekasih awak has some deep-rooted insecurities dalam erti kata lain insekyo tak kena tempat dan berperangai agak childish. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dengan kekasih sebelum ini, atau mungkin cara kekasih awak dibesarkan, yang membuatkan dia berperangai sebegini. Saya nampak bagaimana situasi ini membuatkan Syawan serabut kerana sesiapapun akan berfikiran yang sama.
Jadi tips atau nasihat saya adalah banyak tentang komunikasi. Syazwan ‘basuh’ sikit kekasih Syazwan. Terkadang apa yang kita perlukan bukanlah pujuk rayu semata-mata, apatah lagi di dalam situasi Syazwan di mana Syazwan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Berikan tough love kepadanya. Mungkin Syazwan boleh telefon kekasih dan minta kekasih untuk reflect pada dirinya sendiri. Wajar atau adilkah dia perlakukan Syazwan sehingga sebegitu? Apa masalahnya sehingga sukar sangat untuk mempercayai Syazwan? Apa yang dia marah sangat sehingga dingin dengan Syazwan padahal Syazwan sayang dan sanggup berbuat apa saja untuknya? Jika saya di tempat Syazwan, saya gertak sedikit tetapi bergantung pada penerimaannya pada soalan-soalan Syazwan. Jika nampak seperti dia makin panas, wajar untuk Syazwan cool down. Jika kekasih masih dalam mood mendengar, Syazwan minta dia untuk tinggalkan perangainya yang seakan kebudak-budakan itu sebelum perkara ini merosakkan hubungan kalian. Minta kekasih berfikir sejenak dan letakkan dirinya di tempat Syazwan.
Communication is key. Tidak guna Syazwan mengeluh kekasih tidak pernah bertanyakan perihal Syazwan jika Syazwan tidak communicate need tersebut kepadanya. Katakan padanya Syazwan juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Syazwan juga berhak merasa hurt apabila layanannya tidak sama seperti layanan Syazwan kepadanya. The effort must be equal. Penat la jika datang daripada seorang sahaja. Percayalah jika Syazwan biarkan berterusan begini ia tidak akan berakhir dengan baik. It will take a huge emotional toll on you.
Jika mesej sampai pada kekasih, Syazwan berlembut semula. Beritahu kekasih yang Syazwan sentiasa mengingatinya dan selalu berdoa untuk tidak kehilangannya. Bagi dia cair sikit, takkan tak biasa hehe. Lepas tu Syazwan surprisekan la dia dengan apa-apa yang dia suka. Sekarang ni kan banyak servis deliver hadiah. Bagi la belon dan coklat ke. Siapa je tak suka.
Basically apa yang ingin saya tegaskan adalah you need to put an end on her lack of trust and childish attitude, jika tidak, takut-takut nanti perkara ini akan membawa mudarat pada relationship kalian in the long run. All the best!