26 June 2025

Sayang Dia Padaku Hanya Sedikit Bersisa Namun Aku Masih Mahukan Dia Kembali.

Nama: Ika

Jantina: Perempuan

Saya ada masalah dgn bf saya. Sekarang dah putus. Dia mula tawar hati dgn saya. Dia cakap syg dia dekat saya tak macam dulu. Dia tak tahu sbb apa. Mase tu sdih sgt. Pastu saya tak contact dia dlm seminggu. And dlm mase tu saya tnya kawan dia. Kawan dia cerita la sbb apa dia tawar hati. Sbb dia terlalu kecewa dgn saya.

Mmg byk saya buat dia kecewa. Tapi saya tak nmpk. Dia selalu ckp dia ok. Hmmm. Start pkp kitorg makin jauh. Awal bulan 4 dia ckp ad lagi perasaan syg tapi sikit. Tapi sekarang dia ckp takde. Dia ckp dia maafkan saya cuma tak boleh lebih-lebih lagi. Saya text je dgn dia lepas tahu saya punca dia tu. Dia balas je tapi lambat la.

Saya nk minta pendpt. Apa perlu saya buat? Saya dah bagi fav mknn dia smlm. Tapi dia cam biase je. Ada tu saya bagi baju. Mula2 dia cam suke tapi baju tu kecik pulak. Emmmm. Saya tak tahu camne nk pikat hati dia balik. Saya nk baiki semua salah silap saya ni. Dia cam tknk dh. Saya syg dia sgt. Hmmmm. Saya usaha jugak nk pikat hati dia walaupun saya sakit hati camne dia layan saya tak mcm dulu.

Apa perlu saya buat? Patut ke saya teruskan layan je sampai dpt? Or buat apa?

Sumber: Website Online Form

Assalamualaikum, Ika.

Apa khabar Ika? Saya harap Ika sihat-sihat je masa baca balasan saya ni.

Dah putus, maksudnya Ex lah kan? Lelaki, tawar hati, dan putuskan hubungan. Saya berpandangan bahawa dia betul kecewa dengan Ika. Saya faham Ika sayang. Tentu dia juga sayang, tapi mungkin juga dah banyak kali dia terluka, jadi dia pun dah takut untuk terus menyayangi. Takut terluka lagi.

Sebenarnya jawapan kepada soalan-soalan Ika, ada pada Ika. Apa yang Ika mahukan, apa yang Ika nampak untuk 5 tahun akan datang, semuanya perlu Ika jawab sendiri. Adakah Ika betul-betul sayangkan hubungan dengan Ex ika ? Kalau betul sayang, jawapannya samada Ika membiarkan ex Ika pergi, atau Ika cuba pikat kembali ex Ika. Keliru? Mari saya terangkan pilihan jawapan ini dengan lebih mendalam.

Pilihan pertama iaitu membiarkan dia pergi. Saya suka berpegang kepada kata-kata “if you love somebody, set them free”. Atau “jika awak mencintai seseorang, biarkan dia pergi”. Deep ayat ni. Bila difikirkan, kita mestilah nak tengok orang yang kita sayang, gembira. Bukankah begitu? Kalau dia menderita apabila bersama kita, dan meminta untuk mencari bahagianya sendiri, bukankah lebih baik kita melepaskan dia sahaja? Cinta bukan selalunya memiliki. Kadang-kadang, kita melepaskan cinta supaya ia lebih bersinar. Ika faham, kan?

Pilihan kedua pula iaitu cuba pikat dia semula. Tapi Ika perlulah fahami sebab dia mahu memutuskan hubungan, dan cuba memperbaiki kesilapan-kesilapan dari diri Ika sendiri. Bukan mudah untuk dia cuba meyakinkan dirinya untuk menerima semula diri Ika, walhal dia terluka pun kerana Ika. Tapi, tak salah mencuba kan? Cubalah meyakinkan dia yang Ika mahu berubah, dan masih lagi mahukan hubungan ini. Berkomunikasilah dengan baik. Jelaskan apa yang Ika mahu. Apa yang dia tak suka. Set had perhubungan korang. Seringkali perhubungan yang tidak berjaya, faktornya adalah komunikasi yang gagal. Jangan pendam jika terasa dengan pasangan. Terangkan dengan jelas; apa yang kita suka, dan tak suka. Ingat, pasangan kita bukanlah seorang ahli nujum, boleh meneka-neka apa dalam fikiran kita. Try harder, OK? Tapi kalau dia tetap dengan keputusannya, terima saja dengan hati yang lapang. Hormatilah keputusannya.

Kedua-dua pilihan ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan pengorbanan hati yang tidak sedikit. Saya berharap, Ika dapat menyediakan hati yang besar untuk membuat pilihan dalam kehidupan Ika.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.