Nama: Fizi
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum. Saya nak minta pendapat doktor.
Saya ada seorang kekasih, kami dah setahun lebih kenal. kami memang jarang sangat chat dia atas sebab masing-masing sibuk. Baru-baru ni saya ada whatsapp dia, dan dia tidak balas. Lepastu saya letak dalam story saya tapi tak mention nama dia. Perkataan yang saya letak dalam story saya ialah “turn off je la boleh tak? membazir jer on”. Si perempuan ni pon sudah membaca story facebook saya. Keesokan harinya dia letak dalam status whatsapp dia dan dia kata “Saya rasa ayat tu awak tujukan pada saya dan saya amat terasa. jangan text saya walau siapa pon anda dan saya tidak akan balas (need space n time)”. Lebih kurang macam tu ayat dia post di status whatsapp.
Selepas dia tak balas tu, memang saya terus block Whatsapp dia sebab saya nak tengok dia balas tak Whatsapp saya. So saya nak pendapat doktor, apa perlu saya buat untuk pulihkan hubungan kami?
Sekian.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam, Fizi.
Nampaknya teman wanita awak sedang mencipta ruang untuk dirinya sendiri. Kadang-kala, kita ni bukanlah terlalu sangat sibuk untuk tidak membalas mesej seseorang. Cuba tanya diri Fizi sendiri, dalam kehidupan seharian Fizi yang SIBUK tu, masih sempat bukan untuk luangkan lima minit untuk view story whatsApp? Ini menunjukkan kita bukanlah terlalu sibuk, cuma orang yang mesej kita tu BUKAN lagi PRIORITY atau TAK PENTING sangat pun dalam hidup kita. Teman wanita awak pun ada masa nak view story awak lepastu siap unmention awak dekat story WhatsApp dia pulak kan? Walaupun sepatutnya dia boleh je balas whatsApp awak apabila dia tak lagi sibuk.
Jadi, kita bukanlah sibuk, cuma dia mungkin tak penting untuk kita berikan perhatian.
Namun begitu, sikap unmensi pasangan di status whatsApp bukanlah sesuatu yang digalakkan, ianya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lihat sahaja keadaan awak sekarang. Bertambah kusut pula dengan balasan sang kekasih. Jangan buat lagi, OK?
Saya suka untuk mengatakan bahawa asas perhubungan adalah komunikasi yang berkesan. Apa yang saya nampak di dalam penulisan Fizi adalah awak berdua menggunakan alasan busy atau sibuk untuk tidak selalu berhubung. Mungkin bagi sesetengah orang, gaya perhubungan sebegini sesuai. Namun tidak bagi sesetengah yang lain pula. Pada pandangan saya, apabila kurang berkomunikasi, kita jadi lupa dan kurang fokus. Kurang komunikasi bermakna kurang ingat maka hubungan akan menjadi semakin kurang kuat dan hambar. Ini sama macam konsep berdoa. Kenapa kita disarankan berdoa? Kerana itu adalah satu bentuk komunikasi kita dengan sang pencipta. Kalau kita jarang berdoa, kita jadi kurang ingat pada Dia. Setuju? Apa jadi pada hubungan kita dengan Dia? Semakin membezar jurang bukan? Sama jugak macam artis. Bagaimana mereka berinteraksi dengan peminat? Salah satu caranya adalah muncul di kaca-kaca TV. Kalau dah makin kurang muncul di TV, makin sendu, maka makin sendu jugaklah hubungan dengan peminat. Peminat semakin lupa. Sebab tu komunikasi ni amatlah penting. Selalu contact = selalu ingat dan mengingati.
Namun begitu, dalam tempoh “hangat” antara awak dan dia yang sedang sibuk unmensi masing-masing di whatsApp status, saya cadangkan awak berdua ambil masa untuk berbincang apabila suasana sudah agak “cool” dan tenang. Ya, keduanya haruslah tenang terlebih dahulu, kita taknak tengah hangat-hangat, kita tabur pula karbon dioksida bagi lagi panas, kemudian simbah petrol, light lighter lepastu kebom. OK taknak. Coolkan diri. Hanya awak yang tahu bila diri awak sudah tenang.
Awak juga harus mencari bijak mencari punca atas sifat “dingin” pasangan awak tu. Secara umumnya, perempuan ni nak dirinya dipujuk walaupun dia kata dia taknak dipujuk. Cuba romantik sikit bang, order bunga hantar pada dia ke, chocolate bouquet ke, kenalah labur sikit untuk leburkan perasaan amarah tu. Pernah tengok iklan beras Faiza? Kes bini merajuk, bagi bunga takmau, bagi coklat takmau, bagi beras Faiza terus sengih sampai telinga. Ha, jangan buat macamtu pulak. Memandai bagi beras. Bagi je bunga atau coklat. Perempuan rata-rata suka je apa lelaki bagi. Yang penting, sikap memberi ni kena berterusan sebab permpuan ni suka kira point. Dia tak kisah harga berapa hadiah lelaki bagi. Contohnya, jam tangan, 1 point. So dalam seminggu tu lelaki cuma dapat 1 point sebab dia cuma bagi jam tangan dalam minggu tu. Walaupun jam berjenama Bonia harga RM3000.00. Pointnya tetap cuma 1. Jadi, kalau nak dapat banyak point, cubalah dalam seminggu tu bahagikan kepada beberapa jenis pemberian; 1 point untuk nasi bungkus, 1 point untuk belanja tengok wayang, 1 point untuk 3 kuntum bunga, 1 point untuk kad cinta. Lihat, dah 4 point jumlahnya kan? Tak perlu bermewah-mewah, tapi yang penting usaha tu kerap dan berterusan. Malah, dia juga akan rasa disayangi dan diberi perhatian!
Saya berharap coretan saya ini dapat merungkai kekusutan di hati awak. Baca dan fahami, serta selamat beramal!
Assalammulaikum doktor
saya iqah, saya ada berkawan dengan seorang lelaki ini dalam 4 bulan dah kami jarang whatsapp…dia nak mula kan dulu whatsapp lepas tu baru akan mula whatsapp….satu hari 2 dia whatsapp mcam biasa tiba dia minta maaf pada saya dia cakap dia minta maaf dengan whatsapp sebelum ni..dia berasa sangat..then tnya boleh maaf kan dia..sebelum ini ada jugak minta maaf tapi ok je whatsapp saya..saya jadi pelik…lps dari 2 saya diam dia diam jugak ada sekali whatsapp tak balas, mungkin busy…adakah dia minta maaf bermaksud dia tak berhubungan saya lagi..sampai sekarang saya stay boleh tengok status whatsapp…boleh doktor jawab soalan saya smpai saya keliru..