26 June 2025

Tempoh Bulan Madu Percintaanku Sudah Tamat Tempoh.

Nama: MiHah

Jantina: Perempuan

Salam doktor cinta.

Saya ingin bertanya pendapat doktor tentang masalah saya ni. Saya baru bercinta lebih kurang 4 bulan. Masa awal bercinta semuanya manis dan dia selalu chat dan ambil berat dalam sehari. Kami sama-sama belajar di satu universiti tapi tidak pernah keluar berdua. Semakin lama saya nampak dia makin kurang chat saya dan call. Kami kerap salah faham sejak kebelakangan ni dan ambil masa dalam sehari ke dua hari untuk tidak berhubung. Sekarang kami ldr.

Saya ada terasa hati dengannya setelah dia abaikan chat saya selama 8 jam, dan dia terus minta maaf berkali-kali pada malam itu  dan terus kata nak sambung tidur. Alasan dia abaikan chat saya adalah tidur pada siang hari. Saya ignore maaf dia dan terus diamkan diri. Dia tidak pujuk saya dan sekarang saya yang kena pujuk dia. Bila saya pujuk, dia mengaku itu salah dia,  dan suruh saya jaga diri. Dia seperti tidak mahu terus chat dengan saya dan terus wish goodnight dan bye.

Apakah maksudnya ini Dr? Adakah ini bermaksud dia sudah tawar hati dengan saya?

Saya tak berani nak start chat balik dengan dia sebab takut dia hanya akan endkan conversation kami macam tu sahaja.

Sumber: Email Doktor Cinta

Waalaikumsalam, MiHah.

Usia awal percintaan memang semuanya indah. Manis. Nampak yang berwarna bunga sahaja. Senyum sengih je dapat mesej dari kesayangan pagi-pagi wish good morning. Bunga-bunga cinta mula mekar, bunyi hujan pun berirama, mak berleter pun dah macam nyanyian je. Ah, seronoknya! Well, semua orang layak melalui tempoh bulan madu tersebut. Lazimnya, tiga bulan pertama lah yang bulan madu tersebut.

Tiga bulan pertama tu lah masing-masing nak tunjuk baik, sikap ambil berat. Asyik tanya, dah makan ke belum? Nak tidur dah ke? Then, wish goodnight, love you dan lain-lain lagi. Masa ni, baik lelaki mahupun perempuan memang akan teruja. Teruja melihat kebaikan pasangan. Terasa betapa bertuahnya menerima cinta dia. Bersyukurnya perasaan ini hadir, bersyukur betapa tepatnya pilihan yang dibuat. Namun, cerita indah tak selalunya indah, mestilah ada plot-plot yang akan bagi kesan menarik dalam kehidupan, kan?

Masuk bulan keempat selalunya pasangan akan menghadapi sedikit konflik. Hal ini kerana, dalam tempoh tiga bulan pertama percintaan, masing-masing cuba memenangi hati masing-masing sehingga mengabaikan rutin mereka. Rutin dengan rakan-rakan, dan rutin sendirian jugak. Mereka meninggalkan rakan-rakan dan rutin seharian kerana ingin menambat hati pasangan bersungguh-sungguh. Namun apabila sudah melewati tempoh tiga bulan, mereka menjadi semakin “secure” atau selamat. Mereka sudah rasa cukup mengenali pasangan mereka, rutin mereka. Pukul berapa si dia mahu tidur, pukul berapa makan, pukul berapa bersiap ke kuliah dan sebagainya. Mereka sering merasa selamat kerana hati si dia sudah pun berjaya ditambat. Maka, mereka akan kembali kepada rutin yang dulu. Jika si lelaki seorang yang gilakan futsal, maka ke gelanggang futsal lah dia. Jika dia seorang gamer, maka hadapilah si perempuan dengan sikap seorang gamer yang menjadi buah hatinya.

Pada waktu ini, pasangan akan rasa terabai. Seperti juga kisah Mimi yang terasa diabaikan oleh teman lelaki. Hal ini kerana teman lelaki Mimi sudah pun berbalik kepada rutinnya yang dulu, kerana hati Mimi telahpun terpaut! Takpe, rilek dulu. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Seringkali kita mendengar tentang komunikasi sebagai suatu asas perhubungan. Namun apa yang lebih penting adalah komunikasi yang berkesan. Jika betul Mimi menyayangi perhubungan ini, Mimi perlulah khatam bab komunikasi ni. Rajuk-pujuk. Ini memang asam garam perhubungan. Seronok kan kalau dipujuk? Tapi, tak semua lelaki ni faham yang perempuan tengah merajuk. Kaum lelaki lebih fahami bahasa straight to the point. Jadi, kalau si perempuan marah, cakap je, “sebenarnya saya tengah marah ni”. Atau, “sebenarnya saya marah awak buat macamni!” Ya, terus terang. Sebab jarang-jarang lelaki dilahirkan sebagai “mind reader” ataupun seorang yang boleh membaca fikiran orang lain. Namun begitu, jangan pula Mimi berterusan merungut tentang sikap dia. Mereka bukanlah sentiasa terbuka untuk dikritik. Berbincanglah dalam keadaan yang tenang. Bincangkan apa yang Mimi nak dari dia. Mimi nak dia selalu ambil berat, wish good morning macam selalu, selalu luangkan masa untuk membalas mesej Mimi, contohnya. Begini lebih baik, berbanding hanya Mimi yang menyangka dia akan buat itu ini tanpa Mimi minta. Jangan.

Yes, “sangkaan” atau “expectation” selalu membunuh perasaan kita. Kita menyangka dia akan melayani kita begitu begini, namun apabila dia tak buat begitu dan begini, kita akan kecewa. Tak mahu kecewa, bukan? Jadi lebih baik berkomunikasi dengan cara yang berkesan. Minta. Request. Jangan diam sahaja dan expect dia akan buat segalanya untuk kita.

Ingat, lelaki bukan mind reader.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.