Keliru

Cinta Jarak Jauh, Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan?

Nama: Esmail

Jantina: Lelaki

Salam.

Cerita saya bermula 7 tahun yg dulu..dia client ex majikan saya..saya org yg sering brurusan dgn nya dlm hal2 kerja. 5 tahun kemudian saya nekad utk berdikari sendiri & dialah client yg pertama ikut jd client saya..lama kelamaan kami semakin mesra mcm kawan2..x pernah saya hickup dlm urusan projek & selalu memuaskan hati dia sebagai client saya.

Peribadi saya ni pulak kaki perempuan, suka memasak & suka ke gym. semua brkaitan saya dia tahu trutama bab kaki perempuan.. Lama kelamaan saya mula rasakan sesuatu yg pelik..setiap kali dia call dia msg dia komen or like status fb saya terutama pic2 masakan & pic2 saya workout d gym saya teramat amat happy. Kelmarin 14hb 04 2015, saya pos la kat FB “Kenapalah Tuhan ciptakan Sarawak & Semenanjung dpisahkan oleh Laut Cina Selatan, kan best kalau bersempadan hari2 aku boleh ke KL” ..x sampai 1 minit dia komen “Aaah kan best i pun boleh ke Miri Sarawak” ..Saya pun cepat2 lah reply “I pun boleh turun KL hari2”..x sampai je seminit saya lihat komen dia dah hilang & saya cek kat friend list “This account has been deactivated”

Sekarang apa harus saya buat?? Perlukah saya hantar msg brtanya atau buat2 tak tahu apa yg berlaku..26 april nanti birthday dia. Saya plan nak buat kek coklat utk dia dan pos ke KL..perlu kah saya lakukan itu..

Banyak hint2 yg lain saya pos di FB sebelum ini termasuk 2016 akan dtg saya akan pindah KL & tukar kerjaya saya, dari logistic ke fitness industry. dia tahu hal tersebut saya pernah beritahu dia yg saya dah jemu dlm kerjaya yg sekarang & ingin bertukar ke kerjaya yg saya minat fitness & masakan d KL..Dan kerjaya saya sekarang ini x menjanjikan kpuasan pada saya malah pernah ditipu biz partner shingga saya hampir2 fobia & trauma..Harap doctor cinta dpt membantu saya memberi pandangan..adakah saya ini sudah dlamun cinta, adakah saya bertepuk sebelah tangan,atau saya hanya termakan budi sebab dia boleh je pilih syarikat agent yg lain lebih kukuh brbanding saya. saya benar2 keliru dan yg saya tahu smenjak mula mesra dgn dia saya byk berubah & bkn lagi kaki perempuan..samada dia tahu perubahan saya atau tidak itu saya tidak pasti.

Salam.

Perubahan ke arah yang lebih baik adalah apa yang setiap manusia cari dalam hidup mereka. Walau semana jahat dan semana baik pun seseorang, hakikatnya mereka akan tetap mencari perkara yang lebih baik. Jahat ke arah baik, dan baik ke arah yang lebih baik.

Dari apa yang saya faham, si dia yang Esmail sendiri minat dan menaruh harapan sebenarnya membawa diri Esmail sendiri ke arah kebaikan. Inilah yang dicari di dalam sesuatu perhubungan sebenarnya. Apa yang terjadi antara Esmail dan si dia kemungkinan adalah kerana cinta dan juga mungkin kerana kebetulan yang tak disangka semata-mata. Sukar untuk membuat andaian dan sangkaan tanpa sebarang bukti dan balasan yang nyata. Penggunaan hint dan tanda adalah betul untuk mendapatkan balasan, tapi perlu diingatkan yang jawapan yang diperolehi tidak semestinya betul dan sah. Ada kalanya kita mudah tersalah anggap atau dalam erti kata lain, syok sendiri.

Nasihat saya, teruskan niat murni Esmail untuk cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan si dia. Tak salah dan tak ada peraturan yang menghalang seseorang untuk membuat kebaikan. Tapi, nasihat saya, sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya luahkan perasaan di hati Esmail dan minta jawapan yang pasti daripada si dia sendiri. Cukuplah dengan semua hint dan tanda dan kebaikan yang selama ini Esmail dah tunjukkan. Cuba berhubung dengannya dan luahkan segalanya. Jarak dan lokasi bukan masalah. Masalah macam ni hanya timbul apabila diri kita memikirkannya sebagai masalah, sedangkan cinta yang sebenar-benar cinta boleh mengatasi segalanya.

Luahkan perasaan, minta jawapan yang pasti dan jangan gunakan alasan untuk menidakkan segala yang terbuku di hati. Gunakan bakat dan kurniaan tuhan seperti memasak itu untuk memikat dan memenangi hati si dia. Perempuan mudah cair dengan lelaki yang pandai masak ok!

Ingat,bertindak dan jangan beri alasan untuk masa depan sendiri.

Apr 16, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Saya Nak Kahwin Tapi Mak Yang Buat Pilihan.

Nama: Aisyah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doc. Masalah saya sebenarnya, mungkin lah bukan masalah cinta kot. Tapi masalah memilih calon suami. Saya adalah seorang yang simple. Tapi mak saya sedikit cerewet. Agak memilih la dalam memilih calon menantu. Pilihan saya, senang je. Apa yang mak ayah pilih, suka, itulah pilihan saya.

Tapi nak boleh ke jumpa pilihan mak tu, dah beberapa orang saya tolak. Ramai la jugak mungkin. Yang jaga solat, beriman, pandai mengaji tu, pasti lah itu pilihan utama. Saya pun akan pastikan calon suami saya ada ciri2 utama ni dulu, yang lain saya tak kisah. Tapi pilihan mak, paling utama satu negeri, atau negeri berdekatan atau bekerja di negeri2 tersebut. Masalahnya yang nak jadikan saya isteri sebelum2 ni, yang asalnya satu negeri, mak tak berkenan. Sebab pemakaiannya mungkin, pergaulannya, agamanya, tak cukup inci, dan cikgu. Kalau boleh mak taknak dah cikgu. Sebab dalam family saya, dah berapa keturunan cikgu. Jadi mak taknak da.

Dan tak kurang juga, ramai juga yang mintak saya tu, berasal dari utara. Yang ni, awal2 lagi mak tak nak. Sebab jauh. Tapi ciri2 yang lain semua boleh lah dikatakan lulus. Tapi disebabkan jauh la, sampai mak nangis2. Padahal bukannya terima pun lagi. Saya pun dah pening, stress, sampai nak botak dah asyik gugur je rambut. Dalam hati “mak nak yang macam mana sebenarnya” payah la nk jumpa yang betol2 ikut ciri yang mak nak. Huhu.

Sekarang stress yg teramat rasanya, umur makin naik, risau nt dah tolak2, last2, takde siapa dah nak. Tetiba saya yg bernaluri nak kahwin ni, rasa mcam malas dah nak kahwin. Tapi pertanyaan orang2 keliling pasal kahwin, mmg sangat2 buat saya stress, dan adalah suara2 yg mengatakan sy terlalu memilih. Saya hanya inginkan yg terbaik untuk mak ayh. Ap yg diorg suka, saya suka laa. Tapi lagi stress bila mk sdri yg tnya, takde ke org tnya2. Ya Allah..Mak… Bukan takde.. Tapi sume dah kena reject. Ohh, peningnyaa..

Maaf doc, terpnjang plk. Kalau ikutkan, boleh pnjang lagi ni, tapi sampai sini je la dlu, tq.

Salam Aisyah.

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Pertamanya alhamdulillah dan tahniah sebab Aisyah sendiri hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk masuk ke alam rumah tangga. Cuma sekarang ni yang jadi masalahnya ialah si suami.

Pemilihan calon suami sebenarnya bagi saya amatlah mudah kalau ditetapkan konsepnya dengan betul dari awal lagi. Apa yang akan dihadap oleh si suami sepanjang hidupnya kelak tentulah si isterinya sendiri dan perkara sama juga tentunya akan dihadap oleh si isteri sebaliknya.

Pemilihan pasangan, sama ada calon suami mahupun isteri sebenarnya terletak sepenuhnya kepada pasangan tersebut. Biar apa syarat, peraturan, pandangan dan juga cerita sekalipun, pemilihan pasangan adalah hak istimewa seseorang yang akan berkahwin. Bukan hak mak, ayah, sepupu sepapat mahupun adik beradik. Walaupun pastinya akan ada pengaruh dari luar yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan calon, contohnya seperti kriteria, hak isitimewa, pangkat, ekonomi dan lain-lain, boleh saya katakan disini majoritinya akan tetap ditentukan oleh bakal pengantin itu sendiri.

Kalau boleh diberikan dari segi peratusan, boleh saya katakan yang hak dan pilihan mutlak bagi bakal pengantin adalah 80% dan 20% selebihnya boleh dikatakan pilihan selain bakal pengantin tu sendiri contohnya seperti pilihan keluarga dan lain-lain. Pilihan keluarga bukannya tidak boleh diambil kira cuma apa yang saya ingin tekankan ialah pilihan orang lain boleh diambil kira sebagai cadangan dan panduan tetapi pilihan mutlak dan keputusan masih dan akan tetap berada di tangan bakal pengantin tu sendiri.

Walaupun kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita dan ingin membahagiakan mereka, keputusan bagi hal yang akan menentukan kebahagiaan kita sendiri pada masa depan kelak seharusnya difikirkan lebih berat kearah kita sendiri. Lagipun mak dan ayah mana yang tak nak tengok anak diorang sendiri bahagia. Selalunya mak dan ayah juga akan bahagia apabila tengok anak diorang sendiri bahagia. Jadi tak perlu nak difikirkan sangat kebimbangan pasal ni kerana selalunya akan berakhir dengan mak dan ayah serta keluarga yang bahagia InsyaAllah.

Yakinkan mak Aisyah tentang hak dan pilihan Aisyah dalam hal dan tentang mencari jodoh ni supaya mak Aisyah boleh faham dengan betul akan kehendak dan pilihan anaknya. Bawak berbincang dan kalau boleh bawak bersama adik-beradik dan juga ayah sebolehnya sebagai sokongan dan backup. Bawa berbincang tentang pendirian Aisyah dalam hal ni dan kebimbangan Aisyah sendiri kalau perkara seperti ini berterusan tanpa sebarang perubahan.

Yakinkan ahli keluarga Aisyah, tetapkan perndirian, berani meluahkan kebimbangan dan yakin akan kuasa Allah. Ini yang terbaik. Apapun saya doakan yang terbaik untuk Aisyah. Sebarang perkembangan email kami ok 🙂

Apr 14, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Cinta Terhalang Oleh Kad Pengenalan.

Nama: Yana

Jantina: Perempuan

Saya Yana asal Kedah nak tanya pendapat dr. 🙂 Saya dan bf saya telah bercinta hampir dua tahun. Asal dia Sabah. Kami bercinta dlm jarak jauh . Bf saya tidak mempunyai IC . Bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah ini? Selama sy kenal dia, dia tak pernah buat sy sakit atau terluka dan sbelum ni sy couple tak pernah seserius ni. Malah, dia dpt terima sy seadaanya mungkin kerana masalahnya. Dan saya dpt terima dia seadaanya krn sy amat percaya yg dia sayangkan sy. Ibu bapa sy juga amat sukakan dia. Tetapi mereka tidak tahu tntg masalah IC dia.

Salam Yana.

Masalah ni kalau dari segi undang-undang memang saya tak boleh dan tak berani nak tolong. Tapi dari konsep cinta dan kasih sayang memang nampak dah tak ada masalah untuk teruskan dan proceed ke next level which is perkahwinan. IC tak ada tu boleh diselesaikan lagi sebab tu undang-undang manusia je, mesti boleh setel. Cuma susah nak setel bagai saya adalah masalah cinta. Alhamdulillah masalah cinta pun saya tak nampak dalam permasalahan Yana ni.

Tak kiralah apa warganegara sekalipun, malah dari Nigeria sekalipun kalau hati dah berpaut dan restu dah dapat, tak mustahil untuk berakhir sebagai satu keluarga besar di kemudian hari. Bangsa dan tempat lahir bukan penghalang kalau betul-betul ikhlas dan yakin dengan ketentuan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Nya.

Kahwin dengan orang bukan warganegara bukan satu kesalahan ok! 🙂

Apr 8, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Dia Curang, Aku Curang. Siapa Salah?

Nama: Dasiy Puteh

Jantina: Perempuan

Saya dan Mr. Z telah menjalin hubungan hampir 4 tahun sejak dari zaman universiti lagi tapi apabila masing-masing menempuh alam pekerjaan dunia kami mula berubah.

Pada akhir tahun lepas dalam diam Mr. Z kantoi salah send sms kepada saya dan dari situ saya dapat tahu dibelakang saya dia curang dengan saya. Saya tidak menyangka Mr. Z yang saya kenal setia pada cinta boleh berubah begitu sekali dan bertambah malang apabila Mr. Z  tidak dapat memilih antara saya dan perempuan itu yang hanya dikenali tidak sampai seminggu namun kerana saya sayangkan hubungan ini saya telah memberikan Mr. Z peluang kedua walaupun hati saya kecewa atas kecurangannya dahulu.

Sejak daripada situasi itu, saya tidak lagi percaya dan setia pada cinta. Setelah sebulan berlalu saya telah bertukar tempat kerja dan berjumpe dengan Mr. A. Pada awalannya saya dan Mr. A hanya berteman biasa, namun lama kelamaan hubungan kami semakin akrab dan dalam diam kami saling berhubung setiap masa. Hubungan kami semakin berbunga-bunga kerana di office kami kerap di gosipkan bersama. Tolong lah Doktor Cinta, kini saya keliru dalam membuat pilihan, antara Mr. A yang semakin saya sayang kini dan Mr. Z yang semakin menunjukkan cintanya pada saya tidak berbelah bagi seperti dulu.

Salam.

Ok, Mr Z memang salah sebab curang dengan awak. Tapi sekarang ni saya pun tak paham kenapa awak pun nak curang dengan dia. Dia dah curang kat awak tak bermaksud awak pun kena curang kat dia. Kalau betulla awak tak nakkan dia lagi kenapa perlu bagi peluang kedua? Kalau betulla awak nak betul-betul serius dengan Mr A tu baiklah putuskan cepat2 dengan Mr Z sementara awak masih awal dengan Mr A dan sementara perkara ni belum berubah menjadi lebih serius dan lebih susah.

Mr Z tidak salah sepenuhnya dalam hal ni sebab manusia memang akan melakukan kesilapan. Lagipun, dia sendiri dah mula menunjukkan cintanya yang tidak berbelah bagi kepada awak dan dia juga berhak dapat peluang kedua. Memandangkan dia dah mula berubah, jadi ada baiknya awak percepatkan memutuskan hubungan dengannya agar dia tak perlu menanggung duka dan sedih dengan lama selagi awak masih menduakannya dengan Mr A.

Awak sendiri mengatakan yang makin menyayangi Mr Z jadi kami tak rasa Mr Z masih ada di hati awak melainkan hanya sifat kasihan dan sedih. Tapi dari luahan awak sendiri, tiada lagi sifat sayang awak kepada Mr Z. Tinggalkan Mr Z agar dia boleh teruskan hidupnya tanpa lebih lama rasa ditipu dan dikecewakan.

Kalau dah tak sayang, lepaskan secara baik. Mungkin ini yang terbaik buat semua.

Jan 28, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Curang Tapi Tak Mengaku.

Nama: Saya Keliru

Jantina: Perempuan

Sy ada mslh pasal ex bf sy. Dia satu sekolah dgn sy. Kami baru je putus sbb dia curang tapi dia tak mengaku. Hubungan kami dah nak masuk 3 tahun. Sy dah biasa hidup dgn dia , semua masalah sy share dgn dia. Sy takut sgt sy kehilangan dia. Lepas kami putus, dia masih lgi contact sy, ambil berat pasal sy, dan membuatkan sy berharap yg kami akan bersama kmbali.

Tapi dalam masa yg sama, sekarang sy dah ada bf baru. Bf sy dduk asrama, dan sy mula sygkan dia. Sy tak tahu nak buat ape skrg. Hati sy teringin nak bersama dgn ex bf sy sbb sy dah terbiasa hidup dgn dia, tapi sy takut dia ulang balik kesilapan dia. Bila sy tengok ex bf sy dgn perempuan lain, sy mesti menangis. Sy tak sanggup nak tngok dia dgn org lain. Sy harap dr. boleh bg pendapat apa yg sy patut buad.

Salam.

Hati dan perasaan ni memang susah. Dah putus tiba-tiba nak balik.

Tapi bagi saya benda ni tak susah mana pun, adik sendiri buat keputusan untuk tinggalkan bf lama adik tu and adik dah pun ada pengganti. Well then move on je. Dia dah buat salah yang jelas dan nyata tapi masih tak mengaku and adik sendiri dah pun ada pengganti.

Kenapa perlu susahkan diri and kepala adik tu untuk pikirkan lagi pasal bf adik yang lama tu. Kami rasa adik takdela sayangkan bf lama adik tu sangat pun sebenarnya. Kalau boleh cari pengganti baru dengan senang takkanla boleh ada masalah untuk lupakan yang lama. Terkadang hati dan perasaan tu ada sifat kasihan je. Kuatkan hati, tabah dan berpegang pada pendirian sendiri je.

Yang lepas tu biarlah lepas. Move on.

Jan 27, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments