3 September 2025

Ada Udang Disebalik Batu, Atau?

Nama: Yana

Jantina: Perempuan

Salam. Sy dgn bf sy telah setahun bersama. Sebelum ni bf sy layan sy dgn baik, seorg yg lembut penyayang dan penyabar. Sejak akhir2 ni kami kerap bergaduh hal remeh. Setiap pergaduhan kami akn saling mintak maaf. Setelah berbulan pergaduhan yang tiada penghujung, sy mintak slowtalk dgn bf sy utk perbaiki hubungan kami dan dia bagi kate putus utk berkawan. Sy tidak bersetuju dan ingin perbaiki hubungan kami seperti mula2 kami bercinta. Anniversary kami yg setahun dia belikan sy cincin emas sbgai tanda kasih syg dia pada sy. Sy ingatkan selepas dpt cincin hubungan kami akn baik2 saje tapi makin lame makin tiada jln penyelesaian.

Sehinggalah dia tidak lg berkongsi rutin harian dia seperti biase. Dia cume ws sy untk bgtau pergi dan balik kerja. Baru2 ini sy tergerak hati nk buke ig bf sy dan kawan pompuan bf sy ade bt story, satu gambar officemate bf sy bergambar 5org dari kanan Ali dan sebelah Ali adelah pompuan. Ali merupakan kawan rapat bf sy, dgn bertuliskan caption pompuan tu tulis “kemain eh Ali. itu Ahmad punya”. Berdasarkan gambar Ali duduk bersebelahan seorg pompuan, sedangkan bf sy tengah outstation. Sy buat keputusan untuk dm kawan pompuan bf sy bertanyekan ape maksud “Ahmad punya”. Sdgkan kawan pompuan bf sy tau kami masih bersama dan kawan pompuan bf sy report pd bf sy tentang sy dm dia. Bf sy sangat marahkan sy dan mengatakan “No need to involve other person..please la”.

Salahkah sy bertanya tuan punya posting? Sekarang bf sy hanya mendiamkan diri walaupun sy telah mintak maaf. Sebelum kes ini kami baru berdamai dan bf sy seolah2 tawar hati dgn sy. Adekah masih ade peluang utk sy selamtkan hubungan kami? Ape perlu sy lakukan?

Terime kasih.

Waalaikumussalam, Yana. Dalam perhubungan memang memerlukan pengorbanan, baik daripada segi material dan juga ego, tapi kadang-kala kita harus menilai sama ada pengorbanan itu disambut baik dan dibalas, atau sekadar diambil mudah dan dipersiakan. Sejauh manakah Yana sanggup untuk berkorban dan kenapa? Adakah diatas dasar sayang atau sekadar untuk menyelamatkan perhubungan demi mempertahankan “comfort zone” Yana. Soalan ini rasanya hanya Yana sahaja yang mampu jawab.

Pelabagai isu harus Yana pertimbangkan dalam mencari teman hidup, misalnya, cara mereka menyelesaikan masalah. Adakah mereka mudah melenting? Seterusnya, mengapa mereka melenting? Adakah cara Yana menyuakan soalan itu bersifat tidak matang ataupun mereka sedang cuba menyembunyikan sesuatu? Semestinya kerana saya tidak berada didalam situasi ini secara langsung, ini cuma bersifat andaian sahaja daripada pihak saya berdasarkan informasi yang diberikan oleh Yana. Tetapi, yang pasti, cara seseorang itu menyelesaikan masalah dan cara mereka berkomunikasi, terumatanya didalam situasi yang sensitif, melambangkan perwatakan serta tahap kematangan mereka.

Mungkin Yana boleh cuba untuk berbincang secara matang dan adil bersama si dia. Pilihlah masa yang sesuai untuk kedua pihak dan bentangkan masalah yang awak rasa perlu diberi perhatian. Nilailah tindakan yang perlu diambil selepas mendengar penjelasan daripada pihaknya. Namun begitu, saya harap Yana faham dan tahu yang hidup ini panjang dan lebih banyak episod cinta yang menanti Yana sekiranya Yana mahu melepaskan cinta pergi kali ini. Jangan biarkan cinta mengikat Yana daripada terus melangkah maju dan meneruskan kehidupan.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.