Nama: Hati Tersakiti
Jantina: Perempuan
Salam dr cinta. Saya baru putus dengan bf saya. Awalnya saya perasan dia dah lost interest dgn saya semenjak dia busy. Saya bagi dia ruang sbb tak nak ganggu dia. Saya cuba utk perbetulkan semua ni balik. Tapi nampak mcm saya yg beria. Tiba tiba dia menghilang dan minta putus.
Saya tak ready utk semua ni sbb saya masih sayangkan dia. Bila saya tanya apa salah saya, dia kata saya takde salah ape. Dia pun tak tau kenapa perasaan dia terhadap saya dah kosong. Saya buntu sangat.
Sumber: Website Online Form
Hi Hati Tersakiti.
Pertama sekali, tindakan awak memberi ruang kepada boyfriend awak itu adalah tepat. Tahniah kerana awak memahami insan yang bernama lelaki. Lelaki memang memerlukan ruang untuk berfikir kerana mereka ini adalah makhluk yang suka fokus terhadap sesuatu perkara, oleh itu ruang untuk mereka menyendiri teramatlah diperlukan.
Namun, setelah ruang yang awak berikan namun keputusan memutuskan hubungan pula yang dia ambil, jelaslah bahawa dia sudah pun membuat keputusan selepas mengambil masa untuk berfikir. Itu pun setelah mengenalpasti bahawa tiada salah dari pihak awak. Apa yang mampu saya cadangkan di sini adalah move on. Tarik nafas, tahan, dan hembuskan perlahan. Ulangi proses ini sehinggalah awak berasa lega dan tenang. Awak harus fahami bahawa tidak semua perhubungan itu akan berakhir dengan kebahagiaan. Tak semua perhubungan itu happy ending. Kenyataan kadang-kala agak pahit. Tapi awak kena ingat, bertepuk sebelah tangan susah nak berbunyi, lainlah kalau awak tepuk dinding guna sebelah tangan. Sikap awak yang beria mahukan hubungan ini berjaya namun tidak bagi dia, menunjukkan suatu perhubungan yang gagal. Sebuah perhubungan yang berjaya memerlukan komitmen kedua belah pihak. Kedua belah pihak perlu sama-sama menyemai benih cinta, rindu, siram, bajai ia sehinggalah ke akhirnya. Kalau hanya sebelah pihak yang berusaha, susahlah?
Dalam dunia ini, tidak semua akan menyayangi diri kita. Tapi wajarkah kita membiarkan diri kita tak disayangi dan dibelai? Tak wajar. Sedangkan pokok perlukan belaian untuk terus hidup. Pokok yang dimaki setiap hari pun akan mati. Jadi, untuk memastikan diri kita disayangi perlulah bermula dengan kita sendiri menyayangi diri sendiri. Yes, buat apa awak mengharap lagi pada insan yang dah tak sayang. Buang masa, bukan? Sebab itulah hanya diri awak yang boleh diharap untuk menyayangi diri awak sendiri. Bagaimana? Iaitu dengan cara mulakan hidup baru. Syukuri apa yang awak ada. Untuk si dia yang sudah mahu pergi? Biarkan dia pergi. Awak perlu sedar awak teramatlah berharga untuk tidak disayangi oleh si dia. Awak sajalah yang mampu buktikan tanpa dia, awak masih boleh bahagia, OK? Biar saja dia menyesal melukai awak.
Ingat, pelangi yang cantik tu muncul lepas mendung,hujan, dan kilat sabung menyabung tau. Saya berharap awak mampu menjadi seperti pelangi. Yang terus bersinar walaupun ditinggalkan kekasih.