26 June 2025

Jatuh Cinta dengan Student Sendiri!

Nama: Murni

Jantina: Perempuan

Saya berumur 25. Saya bekerja sbagai seorng guru dan mempunyai kerja sambilan sebagai personal tutor. Sy mengenali seorng murid sy yg kini berusia 17 tahun. Sy menjadi tutor peribadinya sejak dia berumur 15 tahun. Dia merupakan murid yg rajin. Selepas pt3, dia telah meluahkn perasaan suka trhdp sy. Dia mula melayan sy seperti seorang girlfriend namun demikian sy hanya membiarkn shj kerana sy juga masih single. Sy selalu membawa dia keluar makan dan lepak bersama. Kami juga kerap video call sehingga sy lupa yg dia tu merupakan murid sy. Sy berkawan dgn dia hampir 2 tahun.

Tanpa diduga sy tlh jatuh hati dengan dia. Baru-baru ini, dia telah meluahkan perasaan kecewanya kpd sy kerana sy membalas chatnya seperti acuh tak acuh. Dia juga memutuskn untuk tidak menghubungi sy lg. Dan sekarang sy amat sedih sbb merasai kehilangan. Sy tahu sy tidak sepatutnya jatuh hati kepada murid. Apa yang patut sy lakukan?

Sumber: Website Online Form

Hi Murni.

Pertama sekali, tahniah kerana Murni memiliki kesedaran bahawa hubungan sesama seorang guru dan muridnya perlu ada batas-batas profesional. Murni meluahkan bahawa Murni tahu Murni tidak sepatutnya jatuh hati pada murid. Tugas Murni sebagai seorang guru tetap dan personal tutor on the side di usia yang muda, tambahan pula mengajar pelajar-pelajar yang mungkin di mata kasar boleh kita anggap lebih kurang sebaya, (plus Murni single pulak tu!) tidak dinafikan boleh jadi agak mencabar.

Namun Murni harus bear in mind, sisi kognitif atau pemikiran mereka belum berkembang sepenuhnya. Secara kasar, sisi kognitif kita hanya berkembang penuh dalam usia 20an. Pada pendapat saya, 17 itu terlalu muda untuk memahami apa itu cinta. Now the tricky part is, Murni telahpun jatuh hati dengan murid ini. Betul kata Murni, perasaan itu tidak boleh diduga. Ia fitrah. Namun Murni harus tanya diri sendiri, adakah wajar untuk dilayan perasaan ini?

Murni wanita muda, berkerjaya yang hebat. You have your life ahead of you. Banyak lagi yang Murni perlu tempuh, dan bila bercakap soal jodoh ramai lagi orang di luar sana yang lebih kompatibel. Pujuk diri sendiri dengan fakta ini (yes, fakta okehh). Tidak salah untuk berkawan dengan murid, tapi bila perasaan mengganggu, ia akan hanya membawa tekanan pada Murni dan pelajar tersebut. Bak kata omputih, a line needs to be drawn. Kenali batas-batas Murni, dan sampaikan pada murid ini. Beri dia faham.

Jodoh itu di tangan Tuhan, siapalah kita untuk menafikan. Apa yang akan terjadi dalam 5, 10 tahun lagi bukan dalam tangan kita. Seeloknya untuk masa sekarang Murni teruskan melayan murid ini seperti biasa – iaitu guru dan muridnya, nothing more. Berikan ruang pada diri Murni sendiri dan murid ini untuk membesar dan kenal erti hidup.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.