27 June 2025

Pilihan Dan Keputusan Di Dalam Percintaan.

Nama: NA

Jantina: Perempuan

Salam dr. Saya ade masalah dengan perasaan saya. Saya kalau suke kat seseorang, saya tak boleh simpan perasaan tu, saya kene luahkan. Tapi bile saya dah luahkan saya akan buang perasaan tu. Betul ke apa yg saya buat ni dr?

Lagi satu, saya ade suke kan seseorang, saya dah jujur, die pulak selalu bgi kata2 semangat kt saya, sweet2. Kadang saya sendiri nmpk bnde tu almost like fakehope. Tapi saya masih nk stick with it. Die mcm bagi hint die suke saya juga, tapi kadang saya rase bodoh sebab macam beria sangat bile dengan die. Apa yang sebenarnya ye dr?

Saya stress dengan semua bnde ni.

Wasalam 😊

Pada pendapat saya, kalau awak mudah “move on” lepas “confess” macam ni, awak kena muhasabah balik kenapa sebenarnya awak bertindak macam tu. Sebagai manusia, kadang-kadang tindakan kita boleh disifatkan sebagai “coping mechanism”, cara kita untuk melindungi diri daripada disakiti. Jadi, awak kena muhasabah balik, what are you trying to protect yourself from? Adakah awak takut untuk beri commitment ataupun takut rejection dan sebagainya. Pada saya, sifat macam ini agak membimbangkan sebab ianya akan halang awak daripada maju ke peringkat seterusnya dalam sesuatu perhubungan.

Mengenai perasan awak pada “seseorang” itu pula, saya rasa ada baiknya, pertama, awak berterus dengan diri awak, apa yang sebenarnya awak nak daripada perhubungan ini, kemudian baru awak boleh rancang tindakan seterusnya. Baik juga lah awak selepas membuat keputusan dengan diri sendiri, terangkan pada tuan punya badan dengan terang dan lebih “straight to the point”. Maksud saya dengan ”straight to the point” ialah awak terangkan mengenai perasaan, harapan dan tujuan awak supaya dia faham dengan terang. Saya rasa dalam apa apa jenis perhubungan, yang paling penting komunikasi supaya boleh pastikan semua pihak faham dengan kehendak masing masing, jadi awak jangan lupa dengar pendapat dia pula!

Harap membantu, jangan stress-stress ya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.