Nama: Aiman
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum admin. Saya nak minta pendapat tuan. Mggu lepas sye bergaduh dgan pasangan sye disebabkan sye hantar chat n dye lambat reply n ignore sye. Lepas tu sye letak di status sye yg sye nak “turn off” tp sye x mention nama dye n sye terus block ws dye dgan harapan supaya si dye akan membalas chat sye tp harapan menjadi sia2.
Finally dye terbaca status sye selepas sye unblock whatsapp dye. Dia ada letak di status dye yg dye terbaca sye punyer n dye upload distatus dye dengan nada merajuk n x nak bercakap dgan sesiapa. Bagaimana sye nak pulihkan keadaan hubungan sye dgan dye?
Sumber: Website Online Form
Wa’alaikumussalam, Aiman.
Dalam bercinta memang takkan lari daripada bergaduh, tetapi, janganlah jadikan perkara remeh seperti ini isu. Kadangkala, mungkin si dia sibuk, dalam perhubungan mestilah ada rasa percaya antara satu sama lain. Tambahan pula, kalau awak dah block nombor dia dekat Whatsapp, bagaimana pula dia nak reply? Dalam suatu hubungan percintaan yang matang, perlu ada komunikasi antara satu sama lain dan berbalas status bukanlah contoh komunikasi yang matang. Mungkin Aiman boleh cuba untuk perbaiki hubungan ini dengan meminta maaf dan seterusnya setiap kali timbul masalah lambat balas mesej dan sebagainya, apa kata, sama ada awak beri dia masa untuk balas atau awak beritahu dia apa perasaan awak bila dia balas mesej secara lambat. Tetapi, awak hendaklah juga pertimbangkan alasan dia dan bentangkan masalah ini secata matang dan berhemah.
Semua masalah boleh diselesaikan, yang penting sabar dan percaya antara satu sama lain.