Nama: Diy
Jantina: Perempuan
Hai doktor cinta. Sy nak tanya. Sy sendiri x fhm perangai bf sy ni. 2 mggu lepas sy bergaduh sbb dia mcm dah abaikan sy dah. 2mggu lepas sy begaduh dan dia bc je wsp sy. Tp dia x balas dan x melawan pon. Last skali dia dah x nak bc wsp sy hantar. Sy sedar sy terlepas cakap yg sy benci dia and dia tak mcm dulu. Sy minta maaf sy terlanjur ckp mcm tu tp sampai skrg dia x nak baca wsp sy, call sy pon dia x angkat. Video call pon x buka, dia biar ja.
Klu sy dah buat dia bosan kenapa tak block nombor sy terus? Apa perlu sy buat skrg? Sy dlm plan nak buat surprise tanda kemaafan. Agak2 hati lelaki dapat cair semula tak bila kita bersungguh memohon maaf?
Sy buntu. Dia dah menjauh. Sy tak tau dia ni merajuk atau marah kat saya.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Hi Diy.
Haih penat betul kan bila orang tiba-tiba je berubah sampai macam ni. Takde angin takde ribut. Lepastu tinggalkan kita dengan seribu satu persoalan. Di saat ni Diy mesti confused, geram, sedih, marah ahh semua lah. Betul tak? Sebab tu Diy banyak bertanda-tanya dengan diri sendiri contohnya kenapa dia tak block je terus kalau dah tak nak ada apa-apa sangat tu kan. Memang sejenis masalah bila kena macam ni, diam seribu bahasa… omputih sebut kena ghost. Mesej tak reply, call tak angkat, videocall apatah lagi. Ghosting ni mostly terjadi antara orang yang sedang in talking phase. Baru nak kenal each other. Tau-tau dah menyepi. Biasanya kalau yang jadi macam tu saya selalu nasihatkan untuk move on dan cari yang lain. Sebab bukan in a relationship pun. Buat semak otak pikir orang yang tak nak dekat kita buat apa?
Tapi bila ghosting ni terjadi antara pasangan, macam Diy dengan boyfriend yang memang dah commit to each other, of course bukan solusinya untuk tinggalkan begitu sahaja. Ada beberapa usaha yang boleh Diy lakukan. Macam Diy ada terfikir untuk minta maaf. That’s a good first step. Dan pada pendapat saya plan Diy tu bagus dah. Mungkin sebelum Diy minta maaf, Diy tilik dulu ‘angin’ dia melalui orang-orang yang rapat dengannya. Contoh, Diy kenal adik-beradik atau sahabat karib teman lelaki. Tanyakan pada mereka, teman lelaki Diy nampak lain tak lately ni? Ada masalah apa-apa ke? Dan kemudian jelaskan situasi Diy di mana Diy telah cuba untuk berkomunikasi tetapi ditolak mentah-mentah. Adakah sifatnya kebelakangan ni dengan Diy seorang sahaja, atau memang dia menjauh dengan semua yang rapat dengannya? Setengah orang ni kalau tengah ada masalah dia akan close off daripada masyarakat. Kalau boleh nak sendiri je, tak nak reply mesej siapa-siapa pun. Because for all you know, you’re not the problem and your boyfriend is battling his own issues. Kita tak tahu kan?
Samada Diy sudah ataupun belum mendapat jawapan, seterusnya barulah Diy berusaha untuk bertemunya face-to-face. Mesti Diy buntu, acano nak face-to-face kalau facetime pun tak sudi? Dekat sini kawan-kawan rapat atau ahli keluarganya juga memainkan peranan. Minta tolong mereka untuk sampaikan pesanan daripada Diy yang Diy sekarang ni confused kenapa Diy diperlakukan macam ni. Selitkan sekali pesanan bahawa Diy minta maaf, bahawa Diy tak bermaksud untuk menyakitkan hatinya. Dan jika ada apa-apa salah dari pihak Diy, mohon boyfriend Diy untuk jelaskan supaya Diy tak mengulangi kesilapan tersebut. Saya tak syorkan Diy ambush ataupun surprise dengan cara-cara yang orang kata buat kaget contohnya terus-terus je pergi ke rumah dia; tapi Diy lebih kenal teman lelaki Diy bagaimana. Mungkin cara saya agak tradisional, tapi Diy tulislah surat mengatakan maaf serta perasaan Diy yang sakit kerana terabai dan titipkan pada kawannya. Bagitahu dia yang Diy nak sangat berdepan dengannya untuk menyelesaikan masalah ini. Titipkan sekali makanan kegemarannya. Coklat ke? Tunjukkan usaha ikhlas dari pihak Diy untuk membetulkan keadaan.
Tentang persoalan Diy tu, ia sangatlah subjektif. Secara umumnya hati manusia macam mana pun memang akan cair jika orang meminta maaf dengan bersungguh-sungguh. Jadi tak salah di sini untuk Diy berusaha 🙂 Jangan lupa berdoa sekali untuk Diy diberikan ketenangan jiwa dan tidak terlalu kusut memikirkan hal ini. Tenang-tenang aja. Letakkan Tuhan di dalam hati dan perkara duniawi dalam tangan. InshaAllah Diy akan kurang melatah dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup Diy lepas ni.