Percintaan. Adakah Aku Sudah Bersedia?

Nama: Rohana

Jantina: Lelaki

Hi Doktor Cinta. Saya nak bertanya, saya sudah berumur 24 tahun dan berasa sudah tiba masanya saya mengenali seseorang. Tetapi apabila seseorang cuba untuk mendekati seperti menghantar mesej dan sebagainya, saya berasa takut, rasa tidak sedap hati, keliru dan sebagainya.

Saya berasa seperti “perlukah dia nak tau semua benda pasal aku” apabila si dia berkomusikasi dengan saya. Saya perasan yang saya seorang yang terlalu berdikari dan tidak suka jika orang lain ambil tahu pasal diri saya. Sebenarnya saya confuse apa sebenarnya yang saya nak. Saya cuba untuk lebih terbuka tetapi perasaan takut untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat lebih menguasaai diri saya. Saya berharap Doktor Cinta dapat memberi cadangan ataupun nasihat bagaimana untuk saya menghadapi masalah ini.

Hi!

Perasaan cinta dan keinginan untuk mengenali dan dikenali sesorang adalah lumrah. Tak perlu takut dan bimbang akan kehendak hati.

Pertamanya, beri peluang pada diri sendiri. Tetapkan di dalam hati yang diri ini sudah bersedia untuk menerima peneman dan kini sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang. Kalau diri sendiri pun belum bersedia, sukar untuk perkara lain datang dengan sendirinya seperti cinta dan kasih sayang misalnya.

Juga perlu faham bahawa cinta dan kasih sayang memerlukan komunikasi. Perasaan ingin tahu, ambil berat dan saling mengingati adalah lumrah di dalam sesuatu perhubungan. Boleh dikatakan sebahagian besar dunia percintaan memerlukan komunikasi yang efektif. Jadi, biasakan diri dengan komunikasi sebegini rupa dan ‘open-up’ untuk perkara baru. Perubahan dan penerimaan itu perlu untuk memastikan kita berada di landasan yang betul.

Beranikan diri, lihat perubahan dari sudut yang positif dan jangan takut untuk mencuba.

Jul 15, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.