26 June 2025

Cinta Monyet Dibawa Ke Jinjang Pelamin.

Nama: Atikah

Jantina: Perempuan

Hi dr cinta. Saya nak cerita yang saya dengan boyfriend saya dah 3 tahun bercinta. Kami kawan sejak sekolah rendah, kira kira 15 tahun kenal. Dia dah jumpa family saya , saya pun jumpa family dia and dia janji nak kahwin dengan saya dan taknak tinggalkan saya.

One day dia tiba-tiba layan saya teruk, dalam seminggu juga lah dia layan nak taknak, sampailah satu malam tu, dia minta saya lepaskan dia. Dia kata dia dah tawar hati and dia dah tak larat. Saya betul betul tak sangka itu ayat keluar dari mulut dia. Lepastu, dalam seminggu juga dia minta bagi masa untuk dia fikir semula. Seminggu tu juga saya baca balik message lama kami, rupanya saya yang selalu takda masa untuk dia, layan pun nak taknak. sebab before this dia pun takda masa untuk saya, selalu busy. Tapi lepas saya dah sedar salah saya, saya minta lagi peluang, dia kata dah banyak peluang dia bagi. Walhal sebelum ni kalau dia buat hal, saya tak pernah minta putus. Ada sekali je saya minta, lepastu dah tak sebab dia taknak kami putus.

Tapi sekarang kenapa dia minta saya lepaskan? Saya betul betul sayangkan dia, takkan semudah tu je dia lupakan saya? Saya taktahu macam mana nak pujuk dia lagi dah. tambah tambah lagi tak boleh jumpa sebab covid. Saya call tak pernah dia jawab, ada saja alasan nak mengelat. Message pun reply pendek-pendek je. Boyfriend saya ni dia strict tapi dengan saya dia lembut sangat, saya betul betul nak berubah untuk kekalkan hubungan kami sampai ke kahwin, jadi macam mana ya?

Sumber: Website Online Form

Hai Atiqah.

Saya percaya Atiqah masih muda. Baru berusia awal 20-an barangkali. Walaupun agak lama juga awak mengenali si dia, tapi baru 3 tahun awak bercinta dengan si dia. Rasanya tempoh 3 tahun itu masih baru lagi kan. Masih banyak perkara yang kita tak tahu tentang pasangan kita dalam tempoh 3 tahun bercinta. Walaupun dengan alasan sudah berjumpa ibu bapa dan keluarga kedua belah pihak. Sudah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga kedua dua belah pihak. Kalau dalam perkahwinan, lima tahun usia perkahwinan masih lagi banyak perkara yang kita tak ketahui tentang pasangan kita.

Tentang sifat dan perangainya yang tiba tiba berubah, mungkin betul telahan Atiqah bahawa Atiqah kerap tiada masa untuk si dia, lantas si dia rasa dipinggirkan. Sekiranya masih mahu menyambunikatan ini, cuba lah pujuk si dia. Tak perlu pun berjumpa dalam situasi Covid dan PKP ini. Cukup sahaja dengan panggilan telefon atau video call. Tapi sekiranya si dia masih tawar hati dan masih mengelak, mungkin Atiqah boleh move on dan mencari pengganti yang baru. Atiqah masih muda. Masih banyak jalan dan masa depan yang bakal diterokai. Move on tidak semudah lafaz di bibir. Saya faham. Tapi anggaplah 3 tahun bersama si dia mengajar Atiqah Dan si dia untuk jadi lebih matang dalam perhubungan.

Semoga hubungan Atiqah bersama pasangan sama ada bersama si dia atau tidak, kekal bahagia hingga Syurga.

Kongsikan!

3 thoughts on “Cinta Monyet Dibawa Ke Jinjang Pelamin.

  1. Salam doktor cinta….sy ada masalah dgn gf sy….puncanya mmng smua salah sy…sy selalu push dia,selalu bg tekanan dkt dia….skrng dia ckp dia dh tawar hti & tkda hti dgn sy….sblumni dia block sy dkt smua tmpt….& slepas sy merayu dia unblock ws & dia kata kwn mcm biasa dlu,chat mcm biasa & pndai² lah ambik hti…..sy dah chat mcm biasa tp terkadang sy terpush dia dgn crita² sy sdih tk boleh hdup tnpa dia….sy dh buntu mcm mana nk ambik hti dia balik….bila chat panjang dia akn ckp serabut chat bnyk² ….

    1. Salam dr cinta
      Saya dengan bf sy baru je menjalin hubungan dlm 7 bulan macam tu. tapi takpernah jumpa dan kami ldr. mula2 die layan saya baik tapi lama lama die dapat kerja, kami start chat seminggu sekali je. Saya takot saya akan mula tawar hati sebab bila saya perlukan dia, dia tiada untuk saya:[

    2. cerita kau ni sama dgn aku…semua salah bukannya kita tidak akur ..mmg kita tidak ditempat dia .. tapi aku lebih pilih pertahankan relay daripada terus give up ..sebb aku percaya kalau betul2 kita ikhlas .. inshallah hati dia pasti terbuka kembali ..amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.