Nama: Husnina
Jantina: Perempuan
Saya mempunyai masalah dengan teman lelaki saya. Kami adalah sebaya dan kenal semasa zaman belajar di kolej. Masalah saya di sini daripada dulu hingga sekarang kami kerap bergaduh dan baik balik di kemudian hari. Ini berpunca sikap dia yang selalu buat saya sakit hati. Tetapi saya jenis marah dan cepat okay. Saya sakit hati mengenai dirinya apabila diajak berbincang mengenai masalah kami mesti dia mengelak lepas tu buat macam takda apa. Saya jenis malas nak bergaduh lama sebab akan buatkan masalah jadi besar. Lagi satu semenjak dia masuk tournament ml dia kerap abaikan saya. Bila ditanya dia cakap sukahati dialah.
Saya sedih dia lakukan saya sebegini rupa. Dia janji untuk call saya tengah malam selepas habis game tetapi dia marahkan saya selepas itu selepas saya ingatkan dia untuk call saya. Umpama saya ini tunggul yang tidak mempunyai perasaan. Selain itu saya mengalami jiwa kacau apabila dia tidak melayani saya dan akan menyebabkan saya meroyan. Apa perlu saya lakukan?
Hai Husnina.
Toleransi dan komunikasi amatlah penting dalam sesebuah hubungan. Tahniah kerana anda seorang yang mempunyai kesabaran dan sifat pemaaf yang tinggi. Tapi sampai bila Husnina boleh bertahan?
Cuba cari satu masa untuk Husnina dan teman lelaki untuk berbincang tentang masa depan dan perancangan beliau. Sekiranya keputusan yang dibincangkan boleh menyelamatkan perhubungan ini, Husnina dan teman lelaki perlu sama-sama berusaha untuk memastikan ‘goal’ anda tercapai. Sekiranya tiada kata putus, lebih baik berpisah dan ‘move on’ daripada terus menyakitkan hati sendiri.