15 December 2019

Hubungan 10 Tahun, Patutkah Aku Putus Asa Dan Berhenti Mencuba?

Nama: Shazrul Adly

Jantina: Lelaki

Assalammualaikum dr cinta. Kisah dia mcm ni…saya dh dlm hubungan dgn si dia selama 10 tahun..dia bermula tawar hati sebab saya suka push2 dia..sebab saya jenis sukakan perhatian..bila saya bz dia free..dia boleh faham saya..tapi bila dia bz saya mcm x boleh faham dia.

Ada masa saya faham bg semangat..ada masa saya push attention dari dia. Dia baru tawar hati dengan saya lepas sebulan ni. Dia ada berkawan dengan 1 classmate dia..laki..dia kata selesa dengan lelaki tu..atas dasar 1 class dan faham masa kerja dia. Btw saya dh berkerja. Dia ada mention lelaki tu x pernah berkira dengan dia..dalam masa sama..saya pun sama dr…saya bab duit tak pernah berkira dengan dia..saya sanggup habis beratus untuk jumpa dia di tempat belajar dia. Tapi dia x nampak semua tu. Baru2 ni saya ada berjumpa 2 kali..saya ada bagi bunga..ada bagi buku..dia hargai apa yang sya bg..dia happy dpt tu.

Persoalan saya..tawar hati dia ni boleh dipujuk? Sebab dia ada kata dia sendiri payah nak lupakan saya. Dia still ingat memori manis kami..dia masih ambil berat dekat saya. Dia sekarang perlukan masa..dia sygkan saya atas dasar kawan..tp rasa syg dia terhdap sya x hilang sebab dh 10 tahun. Tp mungkin syg dia terhadap lelaki tu dh banyak..dia jgk kata dia ada nampak effort saya baru2 ni untuk happy kan dia..dr rasa peluang masih ada ka? Sebab sya x give up untuk dapatkan dia lagi..saya masih pujuk dan dia x block pun saya. Saya dh berjanji nekad nk berubah.

Perlukah saya tunjuk depan2 semua tu? Terima kasih dr cinta

Waalaikumsalam.

Pertamanya kami ingin mengucapkan tahniah kepada Shazrul sendiri kerana masih kekal di dalam hubungan yang kini dah berumur 10 tahun. Bukan mudah untuk setia dan ternyata bukanlah satu perkara yang perlu dipandang remeh. Ini sendiri sebenarnya merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Berbalik kepada luahan Shazrul, kami sendiri boleh merumuskan yang Shazrul tahu akan salah silap diri sendiri. Shazrul tahu si dia perlukan perhatian dan si dia bukannya seorang yang suka didesak dan diberi tekanan. Inilah titik permulaan masalah di dalam perhubungan Shazrul sendiri. Shazrul yang sudah bersama dengan si dia selama 10 tahun mustahil tak mengenali perangai dan kehendak si dia.

Si dia mungkin berubah sedikit sebanyak tetapi percayalah yang sikap dan sifat kebiasaannya selalunya akan kekal dan sukar diubah. Jangan buat perkara yang si dia tak suka dan cuba lebih bertolak ansur dan memahami. Kalau Shazrul sendiri cuba menjadi masalah kepada si dia, mestilah si dia pun tak selesa dan dari situlah mulanya pemikiran si dia untuk cari pengganti. Hakikatnya, perempuan kalau dah nekad untuk cari pengganti, buatlah apa sekalipun, bagi coklat, wang ringgit, perhatian mahupun hadiah sekalipun, sukar untuk menangi hatinya kembali.

Sementara masih ada peluang, selagi Shazrul dan si dia masih berhubung, selagi memori manis masih segar di dalam ingatan, cuba berubah dan jadi lelaki yang dia idam-idamkan. Cuba jadi yang terbaik supaya si dia tak lagi pandang lelaki lain untuk dijadikan pasangan untuk hidup bersama kelak. Shazrul belum give up, jadi teruskan usaha.

Jangan sia-siakan hubungan 10 tahun ini. Jangan. Menyesal nanti.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *