3 September 2025

Perancangan Untuk Bertunang Bagai Telur Di Hujung Tanduk.

Nama: Madir

Jantina: Lelaki

Mula sekali, panggil je saya madir. Lelaki dah masih bujang. Saya ada masalah dengan pasangan saya baru2 ni dan pasangan saya menunjukkan sikap ingin putus dengan saya. Kami sudah hampir 8 tahun bercouple. Dia sanggup tggu saya untuk abis belajar degree dan untuk tunang. Baru2 ni 15/3 saya abis belajar dan 16/3 saya terus kerja. Alhamdulillah. Planning kami untuk tunang sbelum puasa tapi kuasa Allah, covid melanda dan pkp dilanjutkan sehingga puasa. Family dia dan dia dah mula anggap saya banyak alasan untuk meneruskan apa yg dirancang ini. Saya sudah memberi tahu parents saya berkenaan tunang ni pada awal minggu pertama pkp, jawapan parents saya adalah. ‘Tggu dulu, now baru abis belajar baru kerja. Sekarang pulak musim covid. Masa yg sesuai, kita bincang balik.’ Saya jelaskan kepada mereka, ‘Bukan tak boleh sabar, cuma pihak sebelah sana sudah menunggu terlalu lama untuk saya merisik anaknya. Barangan hantaran tunang, cincin risik semua dah beli dah ready. Mintak restu ibu ayah je untuk langsungkan dan bincang tarikh.’ Parents saya ckp, ‘kami faham, bagi masa covid ni reda baru bincang balik boleh?’.

Saya dah jelaskan pada family belah si dia, mereka faham covid ni melanda. Saya bergaduh dgn si dia dari 15-20/3 masa covid haritu. Hari2 saya tak jemu text pujuk si dia. Alhamdulillah si dia mula lembut hati dan mula bagi saya peluang dan menunggu tarikh dari saya. 15/4 mlm kami bergaduh berpunca bincang psal tunang ni. Si dia ckp saya banyak alasan untuk tunang dengan dia. Dia ckp parents saya mcm tak ready nak bagi saya tunang. Saya dah jelaskan dekat dia, yang parents saya tak spoting mcm parents dia. Family si dia sgt happening, dan family saya jenis senyap sikit. Saya ada pesan dkt dia, nanti dah masuk family saya, jgn kutuk cara parents saya layan awak tau. Dia ckp saya tuduh dia yg buruk2 sebelum kawen. Dia anggap saya tak percaya dia boleh harungi family saya.

Mungkin silap salah saya mlm tu gaduh tersalah cakap. Saya dah mula rasa bsalah dan memintak maaf, tapi dia ckp dia dah tawar hati untuk kali keberapa dah. Dulu yes family dia sayangkan saya, agung menangkan sy, but now, family dia nampak saya mcm main2 kan anak dia buat anak dia sedih. Si dia ada ckp dkt saya, dia akan cuba cari lelaki yg betul2 ikhlas nak dia. 8 tahun hubungan kami, saya tak sanggup tengok musnah mcm tu. Saya sedih, saya menangis tiap malam, saya menangis selepas solat mohon mengadu dkt Allah. Tapi saya perlukan seseorang yg boleh saya meluahkan.

Dulu kalau kami gaduh, saya akan cari mama si dia. But now, mama si dia mcm marah saya dan takmau layan saya dah. Saya buntu saya rasa terduduk sgt. Dia cakap dia cuba untuk padam slow2 kenangan kami. Dia cuba untuk buka hati dia dkt org lain yang nak kenal dgn nya. Apa patut saya buat? 😢😭

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Assalamualaikum Madir,

Hebat betul kesabaran yang awak miliki sehingga kini dalam cuba pertahankan hubungan yang telah lama dibina.

Situasi yang awak alami bersama si dia sememangnya berada di dalam fasa yang amat sensitif. Fasa ini hati mudah terusik, fikiran mudah disinggahi syak wasangka dan emosi mudah untuk terbabas. Apatah lagi kata-kata yang keluar dari mulut apabila emosi tidak stabil. Keterujaan untuk membawa hubungan ke fasa yang lebih serius sememangnya mempengaruhi emosi menjadi lebih sensitif.

Kerana faktor inilah, si dia mula bertindak sedemikian. Tetapi jauh di dalam hati sebenarnya masih sayang. Mungkin kerana telah lama berharap, situasi yang diimpikan tidak berjalan seperti yang disangka. Maka dia mudah kecewa dan hampir putus harap. Bergaduh adalah proses normal untuk mencapai persefahaman. Reaksi yang ditunjukkan oleh si dia dan keluarganya adalah normal.

Awak cuma perlu tetapkan hati, teruskan berusaha, teruskan berdoa dan teruskan memujuk terutamanya kepada kedua ibu bapanya. Kerana restu ibu bapanya adalah lebih utama dan boleh membantu memulihkan suasana. Tambahan pula, musim Perintah Kawalan Pergerakan ini agak memberikan tekanan kepada kita semua. Bukan mudah untuk menguruskan rasa kecewa bagi perancangan yang telah diaturkan sekian lama yang akhirnya terpaksa diubah.

Jangan putus asa. Atas dasar sayang dan cinta, berusahalah perbaiki. Berterus-teranglah dan beranilah berhadapan dengan ibu bapanya. Ini baru fasa sebelum kahwin. Terdapat banyak lagi cabaran selepas berkahwin yang awak perlu tempuh.

Don’t give up!

Itu saja kunci untuk membuktikan yang awak benar jujur cintakan anak mereka dan ingin menjaga anak mereka dengan baik sehingga akhir hayat insya-Allah.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.