Nama: Ara
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum. Saya baru first time bercinta. Saya ni seorang yang degil, banyak juga sakitkan hati dye tapi dia banyak sangat sabar dengan saya dan banyak kali pertahankan relay kami. Dia sangat sayangkan saya. Dia juga org yg berusaha nak dapatkan saya dulu.One day, saya minta break lagi sbb gaduh then dia betul2 lepaskan saya. Then beberapa hari lepas break dye ada chat saya tpi saya time tu sombong n ego.
Then lama tak contact dlm 2 or 3 minggu saya baru rasa mcam saya masih sayangkan dia lagi cuma saya yang ego 😔 Lepastu saya cuba berbaik dengan dia tapi dia dah taknak kat saya lagi 😔Dan dia kata dia dah ade peneman chat baru. Macam mana ye kalau laki tu dah tawar hati dengan saya then dia ada perempuan lain yang dijadikan sebagai peneman chat baru. Saya dah cuba usaha dan sekarang saya hanya mampu banyak berdoa supaya dia beri peluang dekat saya 😔
Saya dah cuba chat ex saya tu balik untuk berbaik but sometimes dia reply but sometimes dia seen je 😔 Tapi dia reply sometimes macam memberi harapan kemudian menghilang. Saya dah cuba call dia but dia tanak angkat. Saya dah cuba ajak jumpa tapi dia taknak. Saya selalu stalk last seen dia dengan peneman chat baru dia tu selalu sama, dan saya selalu nangis disebabkan hal ini. Setiap kali wanita tu on mesti dia on, tapi bila saya chat dia ignore je.
Macam mana ye?
Rasanya saya perlu give up or still usaha untuk dapatkan dia balik?
Tolong saya 😔
Sumber: Website Online Form
Hai Ara.
Pertama sekali saya rasa sangat kagum dengan keberanian awak mengaku sikap – sikap buruk awak semasa bercinta dengan si dia. Pada pendapat saya, mungkin awak sejenis perempuan manja yang sentiasa dapat apa yang awak nak. Disebabkan awak juga mengaku baru pertama kali bercinta, mungkin atas sebab itu jugalah sikap awak sebegitu. Mungkin juga awak nak tunjukkan padanya, “This is who i am, awak patut terima saya seadanya. Saya takkan berubah untuk awak”. Benar prinsip itu. Tak perlu kita berubah untuk orang yang kita sayang. Sebagai contoh, kalau orang yang kita sayang sukakan kita pakai pakaian seksi, tapi kita memang tak suka pakai macam tu. Takkan kita nak berubah semata – mata sebab dia kan? Akan tetapi, sekiranya perkara yang kita ubah itu untuk kebaikan kita juga di masa hadapan, apa salahnya. Bukan sahaja boleh memperbaiki kisah cinta kita, malah dapat digunakan untuk merubah hidup kita supaya menjadi lebih baik.
Saya mohon maaf sekiranya apa yang saya nasihatkan ini bukan perkara yang awak hendak dengar. Tapi seperti kata orang, “Truth hurts”, “Kebenaran itu memang menyakitkan”. Awak sebenarnya sangat beruntung dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup bersabar dengan kerenah awak. Sanggup bersabar dengan sikap ego, sombong dan degil awak. Berkali tau dia maafkan dan terima awak. Tetapi, sabar seseorang pun ada hadnya. Mungkin dia dah tak boleh bersabar lagi. Awak pula suka mendesak untuk putus. Apabila terlalu kerap minta putus ni, memang lama kelamaan seseorang boleh tawar hati. Seolah – olah dirinya tiada makna dalam hidup awak. Sebab awak asyik nak dia keluar dari hidup awak je.
Betul, satu kerugian apabila kehilangan orang yang baik seperti itu. Masa untuk awak sedar yang awak masih sayangkan dia, dia pun seperti telah move on. Nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, susah nak tarik balik. Akan tetapi, kesungguhan dan keberanian awak untuk mesej dia semula sangat saya puji. Awak seorang yang tidak berputus asa. Mungkin ada sedikit sinar antara awak dan dia apabila awak berkata seolah dia memberi harapan. Atau mungkin perasaan awak sahaja.
Apa yang boleh saya nasihatkan sekarang, berhenti stalk si dia. Ubah diri awak. Ini untuk kebaikan awak tau, bukan saja – saja berubah untuk lelaki. Buang sikap ego, degil ,sombong, suka cari pasal dan semua perkara negatif dalam diri. Cuba jadi insan yang lebih baik. Tak perlu menyakitkan hati sendiri lihat dia chat dengan orang lain. Buang masa awak je. Cuba berkawan semula dengannya. Tunjukkan sikap awak yang baharu. Mana tahu dia jatuh hati semula dengan the new Ara. Kalau tidak dia pun, mungkin ada insan lain dalam diam memperhatikan perubahan baru awak? 😉