27 June 2025

Jarak Diantara Kita.

Nama: Lina

Jantina: Perempuan

Hai. Nma sya Lina. Sya nak minta pendapat. Sya dan dia baru bercinta 2bln lbih. Kmi saling kenal suda lama sebab kg kmi bersebelahan. Hubungan kmi bermula dri dia. Dia diam2 meminati sya slama 6bln sblum mngambil kputusan berterus terang. Pada awalnya smua baik2 saja tp setelah PKP ni sya perasaan dia berubah, cara chat dia, pngunaan ayat dia. Sblm ni hari2 kol, hari2 chat tp skrng kol lngsung tiada, chat boleh dikira. Dia mc bkerja skrng sbab perlu menghntr baja utk pekebun2.

Dia seorang yg pendiam. Birthday sya pun dia tak wish. Kata2 syg lngsung tiada suda. Sdngkn sblm ni dia lh yg excited tentang hubungan kmi. Sya tdk tahu harus buat apa skrng, melepaskn atau bertahan.

Sya bingung.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hi, Lina.

Mungkin awak boleh cuba hubungi dia untuk memastikan status perhubungan kalian? Dalam sesuatu perhubungan, lebih baik sekiranya semua ketidakpastian diselesaikan melalui komunikasi dua hala yang efektif. Ambil masa yang sesuai untuk berbincang dan luahkan segala yang awak sudah pendam. Tetapi, awak juga harus ingat untuk bersifat adil dan beri dia ruang dan peluang untuk meluahkan cerita dari pihak dia juga. Selepas itu, baru awak buat pilihan untuk sama ada teruskan atau melepaskan.

Saya harap semuanya baik-baik sahaja untuk awak. Teruskan usaha, ok?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.