Nama: Hamba Allah
Jantina: Perempuan
Saya sudah banyak kali bercinta diakhiri dengan kekecewaan. Tetapi bila dah berulang kali banyak kali, tiba-tiba hati saya terus mati untuk bercinta lagi. Kenapa ye terus tiada lagi rasa ntuk bercinta? Saya takut terlukakan hati seseorang.
Hi, Hamba Allah.
Cinta dalam diri kita ini tak mungkin habis, antara bersedia atau tidak sahaja. Andaikata awak tidak bersedia untuk bercinta, awak harus fikirkan kenapa: adakah kerana si dia tidak berjaya menarik minat awak ataupun ada luka lama yang masih belum sembuh? Dan cinta itu bagaikan berjudi, walaupun awak mencintai seseorang dengan bersungguh-sungguh, untuk menerima atau tidak terpulang pada mereka dan kita hanya mampu untuk menerima dengan redha. Begitu juga disebaliknya, misal kata ada orang berminat dekat awak tetapi awak memang tiada langsung rasa cinta padanya, awak tidak perlu memaksa diri hanya kerana takut melukakan perasaan si dia.
Bercinta ini bukan bagaikan perlumbaan: ambillah masa untuk mencari pasangan yang sesuai dan juga untuk menyelami perasaan awak sendiri.