26 June 2025

Aku Egois. Bagaimana Mampu Aku Menawannya Kembali?

Nama: Aqilah

Jantina: Perempuan

Hye doktor cinta Saya nk minta pendapat ni. Saya dgn partner sya dh break sbb salah sya yang ego dgn dia. Kami bergaduh, dan sya ckp nk putus, sbb sya ego.

Tap sya cri dia blik and then bnda tu jdi lgi. Smpai kali ketiga sya ego mntk putus, sya pujuk dia blik. Dia dh xn and dia ckp nk kwn. Tkpa saya kwn dgn dia, tapi dia lyn sya mcm meluat dgn sya. Sya selalu buat ayat nak pujuk dia balik tapi dia tak nmpk smua tu.

Adakah hati dia sudah tawar? Dan apa patut saya buat untuk dapatkan dia balik?

Sumber: Email Doktor Cinta

Hi Aqilah. Awak sihat? Harap awak sihat-sihat je masa awak baca balasan ini.

Pertama sekali, tahniah kerana awak telah menyedari sifat ego awak. Tak ramai yang mampu mengakui bahawa diri sendiri egois. Banyak kali perkataan ego telah awak tulis dalam penulisan awak. Perempuan dan ego memang tak dapat dipisahkan. Perempuan, sifatnya memang mahukan perhatian. Mahukan pujukan. Saya faham sangat-sangat. Bagus, awak memang amat memahami diri sendiri.

Namun begitu, memiliki sesuatu dengan terlampau banyak juga tak begitu bagus. Contohnya, coklat. Makan coklat banyak-banyak pun tak bagus kan? Walaupun pada asasnya coklat memiliki bahan yang mampu membuatkan emosi manusia menjadi gembira. Tapi, bila dimakan secara berlebihan, mungkin akan akibatkan diabetes pulak! Kesimpulannya, bersederhana adalah lebih baik. Begitu juga dengan ego. Sebagai seorang perempuan, ego memang perlu. Tapi, perlu berserderhana dengan ego tersebut. Ego membuatkan diri kita menjadi angkuh, pentingkan diri. Ego itu, menyakitkan hati pasangan. Ego itu jugalah yang menghilangkan rasa cinta. Tak baik, bukan?

Jika benar sayang, tiada ego. Suatu perhubungan yang telah terlerai, agak susah untuk disatukan. Lukanya masih ada tu. Awak tak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan dia kembali. Apa yang terjadi sekarang ini adalah kerana awak dan dia tidak sehaluan, tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap masing-masing. Ianya bukan hanya kerana ego. Jika awak masih kekalkan sifat awak yang sekarang ini dan kembali kepada dia, keputusannya masih juga sama. Gaduh, break, get-back. Dan proses itu berulang-ulang. Apa kata awak cuba ubah diri awak terlebih dahulu supaya awak lebih bersedia untuk mencintai dia?

Saya cadangkan awak beri ruang kepada dia terlebih dahulu. Jika benar dia sayangkan awak, dia akan menghargai ruang yang awak berikan. Dan akan kembali apabila dia lebih bersedia dan tidak lagi membesarkan kekecewaannya terhadap awak selama ini. Dan, pada waktu itu pula, awak juga telah pun bersedia dengan diri awak yang baru iaitu diri awak yang lebih menghargai cinta dan kurang egois. Mungkin, pada waktu itu juga, awak berdua akan lebih matang dalam menjaga perhubungan ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.