Nama: Juejue
Jantina: Perempuan
Assalamualikum admin, tq sudi dengar masaalah saya. Saya dengan bf saya ni dah kenal 2 tahun. Dia yg dulu nak ngorat saya, tapi masa tu saya masih belum bersedia untuk kenal lelaki, jd saya anggap dia kawan. Hari demi hari, usaha demi usaha dia tunjukkan, akhirnya hati saya cair juga dengan usaha yg dia tunjuk. Setahun pertama, dia masih okay dengan saya, masih baik, masih memujuk, masih bergurau semua jadi saya pun perlahan-lahan cuba terima dia yg sepenuhnya. Bila saya dah mula terima dia, dia macam berubah?
Saya pun xtau kenapa. Mungkin di awal perkenalan saya memang xmbik tau psl dia sgt, tp sy memang ada juga tanya2, tp dia xpernah nak menjawab serious, jadi saya pun jd kdg tanya dan kdg x berkenaan bnda penting psl dia. Bila saya dah boleh terima dia sepenuhnya, dia pulak mcm x serious dgn saya. Bila sekarang saya nak serious dan bagi sepenuhnya hati saya pada dia, dia pulak macam hilang dh beria tu.
Kdg sy rsa dia tawar hati, kadang saya rasa dia masih sygkan saya, kadang tak. Usaha demi usaha saya tunjukkan, tapi dia msih sama. Saya tak faham apa yang dia nak. Kdg sy sendir rsa sy tawar hati, tapi sebab rsa sayang, sy cuba ignore rsa tawar hati tu dan sy cuba pujuk dia balik. Tapi dia layan saya macam saya ni xpenting. Bila saya xpujuk, mula la dia up status cakap yg saya ni tak pernah berubah dan dia kata benda tak kan sama macam dulu. Tapi bila saya pujuk dia layan saya macam ni.
Dulu di awal perkenalan, mmg sy xberia, tapi sikit2 saya belajar mencintai dia, tapi dia anggap masa tu saya xnak mbik tau langsung pasal dia. Dalam kata lain dia anggap saya menganggap dia bukan someone yg penting. Tp sebenarnya x, saya cuma ambik skit masa untuk bina rasa sayang tu utk dia. Tapi dia ttp set dlm kepala dia yg saya ni mainkan perasaan dia dan anggap dia xpenting. Hari2 dia layan saya macam ni, saya pn blh tawar hati kalau hari2 macam ni. Tapi sy sayangkan hubungan yg di bina ni. Saya xnak sbb give up je smuanya hancur dan bkn mudah sy nak bagi dan bina rsa sayang ni utk someone.
Apa patut saya buat admin? Saya hargai nasihat admin dan tolonglah bagi saya cadangan apa sy perlu buat. Tq admin.
Sumber: Website Online Form
Hai Juejue.
Perempuan kan, memang diciptakan Tuhan sejenis yang mudah lembut hati. Kadang – kadang tu, bermula dengan tiada perasaan, tapi kalau si dia cuba dan cuba dan terus mencuba, hatinya akan cair jugak. Cuba kita lihat sekeliling, ramai yang bermula sebagai kawan, membawa kepada bestfriend, dan akhirnya ke jinjang pelamin. Baiknya perempuan, dia tak tengok rupa sangat, tapi dia mudah jatuh hati pada hati, pada gesture, pada tingkah laku. Sebab tu jugak ramai kita lihat perempuan yang cantiknya persis model, tetapi apabila kita lihat pasangannya, “Eh, biasa – biasa sahaja”. Tetapi, satu kurangnya perempuan, bila dia dah sayang, sayangnya itu sungguh – sungguh. Sayangnya itu sepenuh hati. Sayangnya itu sanggup serahkan jiwa raga.
Begitu juga dalam kes awak. Pada asalnya takdelah rasa bersungguh sangat nak bercinta, tapi lama kelamaan, dengan layanan si dia, hati mula terbuka dan akhirnya rasa sayang itu semakin serious! Berbeza pula dengan si dia. Dahulu bila belum dapat, beriya – iya, bila dah dapat, macam hendak tak hendak. Mungkin kah si dia sukakan sikap awak di awal perkenalan yang seolah bermain tarik tali? Yang seolah tak serious terhadap si dia? Ha, macam mana nak tahu ni?
Berkali saya ulang ayat ini, dalam sesebuah perhubungan, komunikasi amatlah penting. Bagaimana awak nak tahu apa yang terbuku di hatinya? Bagaimana awak nak tahu adakah dia masih sayang? Bagaimana awak nak tahu dia sudah tawar hati atau tak? Bertanya. Berbincang. Berkomunikasi dua hala. Cuba ambil suatu masa berbual dengannya, mengenai hala tuju hubungan kalian. How to make it works! Beritahu padanya bagaimana perasaan awak. Beritahu padanya bagaimana dulunya awak cuma suka dia, tapi akhirnya dia ubah perasaan awak daripada setakat suka kepada sayang. Tunjukkan kepadanya yang awak hargai semua effort yang dia telah curahkan dalam perhubungan kalian. Mungkin juga telah tiba masa untuk awak pula tunjukkan effort betapa awak sayang kan dirinya.
Perjalanan cinta yang baru 2 tahun ini masih baru. Masih banyak ruang dan peluang untuk lebih kenal pasangan awak. Kalau tahun ke dua dah berubah sikap, atau bosan dengan pasangan pun susah juga. Kalau kelak kita berkahwin, tentunya kita mahukan hubungan perkahwinan itu sehingga hujung usia kita kan? Kalau kita bercinta tetapi tidak mengharapkan ianya berakhir ke jinjang pelamin pun tak guna juga kan? Membazir masa, tenaga dan air mata sahaja. Sengaja saya ceritakan tentang perkahwinan supaya awak boleh fikir dengan lebih dalam lagi tentang dunia percintaan dan samada awak bersedia menerima Si dia sebagai suami atau tidak.
Selamat bercinta #tilljannah 😉