Nama: Sarah
Jantina: Perempuan
Salam dr. Saya dah putus dengan ex saya. Hubungan kami hampir 2 tahun. Kami berjauhan, LDR lah senang kata. Sebelum kami putus, kami ada bergaduh disebabkan salah faham. Saya menyalahkan dia kerana dia selalu salah faham dan kecik hati dengan ayat saya, sedangkan saya tidak tujukan kepada dia. Saya bercerita tentang masalah saya, kemudiannya dia merajuk. Saya pujuk mesej, tetapi tidak dibalas. Kemudian saya melihat dia dah block saya di semua media sosial. Saya call banyak kali pun tak dapat. Sampaikan saya menggunkan no tel ayah saya untuk dia angkat call saya dan unblock saya, sebab saya nak berbincang. Selepas saya meminta untuk diberi kerjasama, dia call saya dan kami berbincang. Kemudian saya membuat keputusan yang melulu dan tidak fikir panjang, saya cakap dengan dia yang saya nak kawan sahaja dengan dia tapi dalam hati masih je sayang. Lepas tu dia pun okey, cuma sebelum itu dia ada katakan pda saya, dia cuma merajuk dan perlukan perhatian dari saya sahaja.
Tetapi saya dah buat keputusan ini, dia terima macam tu je. Lepas tu, saya rasa serba salah, dan saya contact dia balik untuk berbincang lagi. Saya call dia, dia tak nak angkat. Dia bagi alasan untuk tidur, sebab esok dia kerja pagi. tetapi disebabkan salah saya dan tidak sabar, saya telah memaksa dia untuk angkat call saya juga. dan dia angkat. Saya luahkan yang saya nak tarik balik keputusan saya, sebab saya masih sayangkan dia, tetapi bila saya tanya sama ada dia masih sayang lagi tak kat saya, jawapannya tak sayang, dan hatinya dah kosong. Apabila saya tanya mengapa, dia hanya berkata yang dia sakit hati dengan ayat-ayat saya dan saya tak pujuk dia. Dia kata saya suka buat keputusan melulu. Kemudian, saya rasa sedih sangat-sangat, tetapi hati masih sayang kat dia walaupun dia cakapkan dia sudah tidak sayangkan saya. Lepas saya paksa dia untuk berbincang dengan saya, akhirnya dia mengamuk dan hilang kawalan, dia terus marah tak henti dan mengamuk. Akhirnya dia berkata, JANGAN CARI DIA! dan terus tutup phone. Adik dia ada bgitahu yang abang dia mengamuk kat rumah bising. Satu keluarga bising sebab menganggu orang nak tidur. Saya rasa serba salah dan menyesal.
Saya masih sayangkan dia, saya tak boleh nak move on. Apa yang patut saya lakukan? Apa yang perlu saya buat supaya dia terbuka hati menerima saya dan memaafkan saya? Sekarang dia block saya dekat semua tepat. Saya sedih sangat, saya sayangkan dia. Masih bolehkah saya mendapatkan peluang dari dia? Dia kata hati dia dah kosong untuk saya. Macam mana selain berdoa?
Sumber: Website Online Form
Hi Sarah.
Bunyinya seperti di saat ini Sarah sedang diuji badai dalam perhubungan, dan masalahnya adalah tiada persefahaman sesama kamu berdua. Dari amatan saya, you have probably spoken too soon. And it’s okay, it happens! But it is a problem if it keeps happening and becomes a pattern. Macam dah jadi sebahagian diri Sarah pula. Sebelum berbicara atau melakukan apa-apa tindakan, Sarah perlu beri ruang pada diri sendiri. Pernah dengar pesan, ‘don’t make decisions when you’re angry‘? Sama jugakla dalam kes-kes lain, bila minda kita dikaburi emosi kita tidak akan dapat mencapai keputusan yang betul-betul selari dengan akal kita.
Tapi dari amatan saya juga teman lelaki Sarah the complete opposite. Kalau ada masalah lebih suka shut everything down dan berdiam diri. Kamu berdua di pola yang berbeza, menjadi sukar untuk bawa berbincang, lagi-lagi di saat ini di mana dia sedang panas.
For now Sarah, to not make matters worse, space is the answer. Berhenti dari terus menghubungi dia buat seketika. Dan selepas Sarah sudah tahu apa yang Sarah betul-betul mahukan daripadanya, luahkan kepadanya dengan baik. Jika Sarah masih diblock saya sarankan there is no need for you to repeat what you did; by calling him with another number, etc. Biarlah dia nak block Sarah selama mana pun. It’s tricky too sebab sekarang ahli keluarganya juga sudah tahu. You don’t want to bring more unnecessary embarrassment to yourself.
Saya tahu Sarah teringin untuk memberitahunya perasaan sebenar Sarah dan meminta maaf dengan setulusnya. Tapi beri masa dan ruang dahulu. Jangan ulangi kesilapan lama. Buat masa sekarang Sarah cuba yang terbaik untuk move on dengan kehidupan Sarah. Tiada yang mustahil. What’s done is done.