24 September 2025

Baru Setengah Tahun Bercinta, Perasaan Sayang Sudah Tidak Bersisa.

Nama: Anne

Jantina: Perempuan

Hi dr cinta. Saya baru putus dgn bf saya minggu lepas. Dia minta putus sebab katanya dah takde perasaan sayang kat saya. Kami baru lagi dalam percintaan tak sampai setengah tahun pun, mustahil tiba tiba dia tiada perasaan dah dekat saya.

Saya ambil masa utk berfikir, saya sayangkan lagi hubungan ni. Wajarkah saya katakan pada dia, dia boleh cuba utk perbaiki hubungan kami ni. Saya tahu mesti ada benda yg tak kena sampai dia perlu putuskan hubungan kami. Padahal hari sebelum dia minta putus tu kami sempat otp & kami contact je setiap hari.

Sumber: Website Online Form

Hi Anne.

Awak betul, tak semudah ABC untuk membuang perasaan terhadap seseorang. Apatah lagi hubungan yang lebih dari tiga bulan. Perasaan teruja, sayang, cinta, rindu semua dah tersemai selama ini , mana mungkin terhakis dalam satu malam sahaja.

Apa yang awak mungkin boleh lakukan adalah bertanya punca terputusnya hubungan ini. Pastinya ada sebab yang nyata, tidak kisah juga jika ia berpunca dari dia, atau awak, namun sebab dan punca itulah yang perlu awak tahu. Sebab apa? Jika awak masih lagi sayangkan hubungan ini dan masih mahu meneruskannya, pastinya punca “dah tak sayang” tu perlu diketahui terlebih dahulu supaya awak dan dia boleh membetulkan kesilapan itu, mengambil pengajaran, supaya ianya tidak lagi berulang kembali.

Namun begitu, awak perlulah mempunyai hati yang besar untuk mendengar apa sahaja kemungkinan. Apa sahaja penjelasannya awak perlu terima dengan hati terbuka. Bersikaplah tenang dan cuba untuk tidak mendesak apabila dia mengambil keputusan untuk berterus terang. Semoga awak menemui jalan terhadap kekusutan yang sedang awak alami ini ya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.