25 June 2025

Ingin Luahkan Rasa Hati Tapi Takut Kena Reject.

Nama: Muhammad Hassan

Jantina: Lelaki

Assalamualaikum.Saye dri kedah. Masalah saye ialah, saye suke dekat sorang perempuan ni tapi dia x tahu. Saye agak ragu2 sikit nk bagi tahu dia sebab saye takut nnti dia xterima pulak luahan hati saya. Dan dlm masa yg sama jugak dia ad crush dulu, sekarang saye xtahu lah dia masih single atau dh taken sbb sekarang kami dh jauh sangat dan x sembang sangat di wasap. Jauh tu xdela jauh sangat, dlm 30 kilometer jugakla. Dulu klau saya jumpe dia mesti saye rasa malu2 skit nk sembang dengan dia. Klau sembang pun sembang skit2 je. Skarang saye rasa nk bgi tahu kt dia luahan hati saya tapi dlm masa yang sama jugak saya rasa takut, takut dia xterima dan kami xdpt bersembang lgi mcm dlu2.

Sumber: Website Online Form

Hai Muhammad Hassan.

Masalah suka orang dalam diam dan berteka teki setiap masa ni memang masalah besaq. Bukan sahaja buat kita berdebar – debar bila jumpa dia. Buat kita kadang tu takdak selera makan, mandi tak basah, tidoq tak lena. Sebab sesuatu yang belum pasti dan tak pasti.

Tapi, sampai bila awak nak teruskan perasaan tertanya – tanya dan rasa tak pasti itu? Tak salah awak cuba untuk luahkan perasaan awak padanya. Hanya ada dua kebarangkalian yang bakal awak dapat.

Satu, sekiranya si dia juga ada simpan perasaan yang sama terhadap awak, awak tidak rugi sedikitpun, malah awak akan jadi insan paling gembira sekali.

Dua, sekiranya si dia menolak, pun awak tidak rugi apa – apa. Paling tidak pun, teka teki awak terjawab. Awak pun bukan berjumpa dengan nya setiap hari. Tiada apa yang perlu dimalukan. Awak masih boleh terus bersahabat dengannya,

Tapi sekiranya awak masih terus berdiam diri dan terus memendam rasa, silap – silap orang lain yang akan berjaya mencuri hati si dia. Awak pula yang gigit jari. Berganda kerugiannnya itu.

Your choice.

Jangan tunggu lama – lama, nanti di ambil orang.

Kongsikan!

One thought on “Ingin Luahkan Rasa Hati Tapi Takut Kena Reject.

  1. Assalamualaikum.. Saye dri selangor. Masalah saye ialah, saye suke dekat sorang ni nak kata bercinta,tak tapi hubungan kami mcm org bercinta . kmn2 sll bersama kluar mkn,travel, hiking same2.. keluar seharian.tp sttus sy SINGOLEMOM(7thn) die tau status sy, die berkawan rapat dengan abg sepupu sy. Saye agak ragu2 sikit nk bagi tahu dia sebab saye takut nnti dia xterima pulak luahan hati saya.ye la kita sedar dengan status kita kn. Dan pernah jugak die bercerita tentang kisah die, berkawan dgn seseorg hnya sbgai kwn beberapa 4tahun, dan perempuan tu luahkan kt die, tp die just anggap hubungan tu sbgai kwn,dan lepas tu masing2 putus pertalian persahabatan.itu jugak yg takut terjadi, sbb kami mempunyai hobi yg sama ,perangai yg sama, so ssh nk jaoh dgn die.sampai skrg die masih single, tp tu la sll jugak berwasap dgn perempuan2, nk kate cemburu, tak tau la bg sy, die just wasap sbgai kwn2..kami jarang wasap,tp bile skli ajak travel n hiking, mmg berhari2 la kami keluar.Skarang saye rasa nk bgi tahu kt dia luahan hati saya tapi dlm masa yang sama jugak saya rasa takut, takut dia xterima dan kami xdpt bersembang lgi mcm dlu2.tiap kali kami keluar memang mesra sgt2 mesra.. mcm sy pnh ckp la, mcm org bercinta tapi tk bercinta.Hubungan tarik tali, (masing2 ego dgn perasaan masing2) bile kami keluar, mmg pandangan n cara layanan die sgt2 berbeza dr seorg kwn.. APA YANG PATUT SY BUAT??

Leave a Reply

Your email address will not be published.