Nama: Aqilah
Jantina: Perempuan
Assalmualaikum. Doktor cinta, saya nak tanya. Apa perlu saya buat ye? Saya buntu, kadang² saya tak tahu kenapa dgn diri sya ni sbb terlalu nk ikutkn prsaan dn moody tiba². Bila dah gaduh teruk sangat baru saya rasa menyesal dan saya takut kehilangan dia. Lelaki ni, dia memang tak boleh hidp tanpa kawan ke? Dan kalau dia brkawan, adakah dia lebih kepada kawan mahupun kita? Sbb seblum ni dia tk prnh luah mcm ni, that’s why sya rasa terkejut sangt bila dia kata saya mengkonkng dia.
Skrg dia nak masa dn ruang. Patutkh sya yg dtg kpda dia? Atau tunggu saja sehingga dia dtg?
Macam mana ye doc saya buntu sangat nii😭😭. Saya masih sygkan dia.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam.
Hai Aqilah, cantik nama awak. Aqilah maknanya yang berakal, bukan?
Banyak perhubungan yang bermasalah kerana tidak mengenali perbezaan karekter atau personaliti antara pasangan. Kita sedia maklum bahawa sangat ketara perbezaan antara lelaki dan perempuan. Rupa bentuk pun dah berbeza, apatah lagi sifat, karekter, mahupun personaliti. Seringkali terjadinya gaduh-gaduh manja, perbalahan yang tidak tahu punca, adalah efek atau kesan daripada ketidakfahaman terhadap perbezaan karekter dua jantina ini.
Untuk pengetahuan awak, lelaki memang perlukan ruang. Ruang bersama rakan-rakan, ruang bermain game, ruang untuk panjat pokok, panjat gunung, bermain dengan kucing, main guli, cuci pinggan mangkuk, basuh stoking, dan apa sahajalah hobi-hobi dia. Ini adalah kenyataan yang awak perlu hadam dan telan. Namun begitu, tidak bermakna apabila dia berada di dalam ruangnya yang tersendiri ini, dia telah mengabaikan awak. Apabila dia berada di ruang ini, dia berharap yang awak menjaga diri awak sendiri sebaiknya dan tidak berperasangka bukan-bukan terhadapnya. Dia ingin awak juga enjoy dengan kehidupan awak sepertimana sebelum dia berjaya tackle awak dulu-dulu tu. Ya, dia jatuh cinta kerana awak pandai menjaga diri awak, bukan? Tapi janganlah awak risau, bukan selamanya dia berada di dalam ruang tersebut. Dia akan keluar apabila dia merasa puas. Dia akan keluar apabila dia sudah “mengecas penuh batteri kebahagiaan” yang dia dapat dari ruangnya itu. Insha Allah, apabila dia sudah habis “mengecas”, dia akan lebih bersedia untuk bercinta dengan awak lagi. Cuma awak sajalah kena bersedia untuk menerima cintanya yang datang bertubi-tubi selepas itu.
Pada pandangan saya, memang wajar awak membiarkan sahaja dia bersama rakan-rakannya. Pada waktu yang sama, awak buatlah juga hobi dan aktiviti awak. Keluar dengan kawan-kawan, pergi jalan-jalan dekat shopping mall, group call whatsApp dengan family, baca novel cinta, layan KDrama di Netflix or apa sahaja yang boleh gembirakan hati awak. Hanya apabila kita gembira, kita mampu menggembirakan hati orang, bukan? So, be happy OK? Barulah nanti hubungan awak dan dia pun happy-happy sahaja. Jangan risau apabila dia bersama rakan-rakan dia. Nanti, dia datang juga pada awak. Itu realiti seorang lelaki.
Saya berharap coretan saya ini berjaya merungkai keresahan hati awak. Selamat bercinta ya!