9 September 2024

10 Tahun Menjalin Cinta, Akhirnya Aku Curang Dengan Rakan Sekerja.

Nama: Bukan Miracle

Jantina: Lelaki

Hi. Saya telah curang dengan kekasih saya setelah 10 tahun menjalin hubungan bersama. Baru2 ini, saya telah berjumpa dengan rakan sekerja yg sangat memahami apa yang saya mahu. Setiap reaksi yg dia berikan seperti memahami apa yang terbuku di hati. So, skrg ini saya sgt suka kepada rakan sekerja saya and dia juga mengaku yg dia sukakan saya.

Dalam pada masa yang sama, dia adalah tunangan org dan dia sanggup putus tunang demi saya. Saya tidak sanggup untuk tinggalkan kekasih lama saya sebab dia sangat baik cuma saya tawar hati sebab layanan dia berbeza daripada org baru ini. Dia jarang sekali bersependapat dengan saya walaupun hubungan kami sudah pun berusia 10 tahun.

Sekarang ini, saya sgt buntu. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Kekasih saya masih menunggu saya dan tidak mahu lepaskan saya setelah saya minta putus darinya.

Sumber: Website Online Form

Hi Bukan Miracle.

10 tahun percintaan bukan suatu perhubungan yang sekejap. Saya agak kagum dengan kesetiaan awak dalam percintaan yang agak lama tempohnya. Pastinya awak sudah melalui berbagai macam rencah dalam percintaan; kecewa, cinta, suka, duka, gaduh, baik, dan sebagainya. Bagi saya, pasangan yang bergaduh, namun masih terus bersama itu adalah suatu pasangan yang tersangatlah ideal. Mereka masih bersama walaupun saling melukai, kerana rasa cinta yang mereka ada terhadap pasangan masing-masing itu lebih besar dari rasa sakit yang mampu disembuhi oleh rasa cinta.

Pernahkah awak mendengar pepatah; padang kelihatan lebih hijau di sebelah sana? Yang memberi maksud, semua perkara nampak lebih elok bila ia bukan di dalam genggaman kita. Dalam erti kata yang lain, kita kurang mensyukuri dengan apa yang kita sedang miliki, namun kita memahukan sesuatu yang bukan milik kita, yang kita merasakan tersangatlah cantik, tersangatlah eloknya untuk kita. Begitu juga dengan percintaan yang sedang awak alami. Lagi-lagi cinta awak, cinta terlarang. Mencintai tunang orang itu bukanlah suatu perbuatan yang bermoral, walaupun dari segi mana-mana agama di dunia ini sekalipun. Kekasih awak mungkin tidak memahami awak, dan tunang orang itu mungkin mampu memahami kehendak awak (sekarang).

Namun, terfikirkah awak, adakah tunang orang itu akan terus memahami awak sehingga 10 tahun kemudian? Adakah tunang orang itu akan terus memaafkan awak dan kembali mencintai awak untuk 10 tahun akan datang? Apakah jaminan yang awak ada untuk mengatakan tunang orang itu akan terus setia dengan awak sedangkan dia tidak mampu pun setia dengan tunangnya sekarang?

Saya percaya, tiada yang mampu menyayangi setiap kelebihan dan kekurangan diri awak lebih dari kekasih 10 tahun awak. Manusia tidak sempurna. Yang sempurnakan manusia itu adalah ego. Ego yang membuatkan kita merasakan diri kita sentiasa sempurna, tiada yang kurang. Hanya pasangan kita yang menyedari apa kurangnya kita yang membuatkan dia terluka, namun dia masih juga setia menyayangi kita, menyayangi kekurangan kita. Sekali lagi soalan bonus dari saya, yakinkah awak yang tunangan orang itu akan menyayangi awak selama lebih dari 10 tahun setelah dia mengenali segala kekurangan awak? Atau dia pun akan tawar hati dengan kekurangan diri awak suatu hari nanti?

Kadang-kala kita merasakan kita ingin menggapai permata, tetapi rupanya ia hanya kaca yang berkilau oleh sinaran lampu.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.