26 June 2025

Rajukan Aku Membawa Kepada Perpisahan Yang Terasing.

Nama: Natasha

Jantina: Perempuan

Sy tak tahu nak kata dia ex sy ke bukan. Sy dengan ex-bf sy ni pernah bersama hampir 3 tahun dan kami da rancang nak kawen sepatutnya bulan 9, tp skrng putus d tgah jalan. First dia bagitau sbb tak tahan sy ni kuat merajuk and sensitive. Ya betul kami selalu bergaduh dan dia selalu pujuk sy. Tp dia tak pernah nak duduk discuss dengan sy. So one day dia burst out decided nak putus kan hubungan. Sy tak nak tgal kan dia so i try pujuk dia and janji akan berubah tuk kebaikan bersama tp dia da tak nak. Dia da tawar hati.

Dia just nak berkawan baik dengan sy. So until now dia still text and ambil berat pasal sy. Sy tertekan sbb dia buat sy mcm kawan so i text him to stop klu dia masih ada perasaan dan peluang tuk sy datang la cari sy. Sy tanya if dia masih apa perasaan syg dengan sy dan dia cakap dia tak tahu nak jawap. So dia ada minta maaf and bagitau dia memang tak boleh teruskan hubungan ni dia tak nak paksa diri dia. Tp until now dia still text sy but as a friend and ambil berat. Sy ada bagitau dia biar dia ambil masa tuk fikir semua ni. Tp dia jawap dia da tak nak hubungan ni tp just nak as a friend, close friend.

Sy confused patut ke sy teruskan dengan usaha nak menang hati dia balik? Sbb dia pun tak nak lost contact dengan sy. But i realise one thing dia da block sy dlm FB, IG and phone dia. Dia cuma tgal kan Whatsapp je.

Please help me sbb sy sgat sygkan dia.

Sumber: Website Online Form

Hi Natasha.

Rumitnya membaca kisah awak. Tiga tahun bukanlah tempoh yang singkat. Kalau bercucuk tanam selama tiga tahun ni, dah boleh tuai hasil 10 atau 11 kali jugak la, bergantung pada apa yang kita tanam. Tapi bukan itu persoalannya kan. Ok berbalik kepada masalah yang awak luahkan. Perempuan dan merajuk ni tak dapat dipisahkan, nak kan perhatian dari yang tersayang, bukan? Saya faham sangat. Tak salah merajuk. Tapi rajukan yang selalu, sensitif yang tak semena-mena memerlukan pasangan yang teramatlah sabar.

Apa yang saya perhatikan, awak dan pasangan bukan lagi di muka surat yang sama. Pasangan awak telah pun berganjak ke muka surat seterusnya (move-on), walhal awak masih di muka surat yang lama. Secara umumnya, lelaki tidak pandai bercakap kias. Mereka jenis straight to the point. Apa yang mereka rasa, mereka luah. Bila mereka kata A, mereka benar-benar maksudkan A. Jika mereka berkata B, maka B la juga maksudnya. Tidak perlu payah untuk mencari makna di sebalik kata-kata mereka kerana tiada pun yang tersirat, semuanya tersurat. Jadi, dia dah move on. Awak pula apa keputusannya?

Tentu awak rasa tak bahagia dengan keputusan dan tindakan yang dia dah buat kan? Saya boleh rasakannya. Tapi tahukah awak, untuk awak bahagia awak, tak perlu pun bergantung pada ikatan awak dengan dia. Itu maksudnya awak telah pun meletakkan syarat untuk awak bahagia. Contohnya, kalau tak ada dia, awak tak bahagia. Wajar ke macamtu? Carilah bahagia yang tak bersyarat. Bagaimana bahagia yang tak bersyarat? Begini, tiap pagi awak bangun. Ucaplah kesyukuran. Bersyukur, bangun di atas katil bertilam empuk. Bersyukur ada oksigen untuk awak bernafas. Bersyukur ada makanan untuk sarapan, lunch, dinner. Bersyukur ada anggota tubuh lagi, semuanya berfungsi sihat. Betul awak, syukuri apa yang awak ada, bahagialah maksudnya kalau awak berjaya mensyukuri dan menghargai apa yang awak ada. Apa yang awak tak ada sekarang ni adalah cuma dia yang baru saja pergi kan? Let go. Awak mampu je nak bahagia dengan apa yang awak miliki, tanpa awak fikirkan apa yang awak tidak lagi miliki iaitu dia.

Fokus pada kehidupan awak. Kadang-kadang kita tak tahu apa perancangan tuhan untuk kita. Kenapa kita diuji di sini, begini. Takpe, bukan awak seorang yang selalu kusut berfikir macamtu. Namun begitu, kalau awak percaya dan yakin, nanti-nanti awak akan nampak sebabnya. Awak akan nampak hikmahnya. Nanti, OK? Now, Move on, dan cintai diri awak lebih lagi! Ucapkan kesyukuran, lihat di cermin dengan bangganya dan katakan betapa awak seorang yang cantik, berharga, positif, disayangi dan layak untuk yang lebih baik! Just do it OK?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.