Nama: Bangcij
Jantina: Lelaki
Salam doktor cinta. Nak tanya perempuan tawar hati masih ada peluang lagi ke nak ambil hati dia balik? Dia tawar hati sebab saya busy dengan kerja bengkel kereta dan belajar(diploma). Saya dengan dia hampir 2 tahun. Minggu lepas dia chat dia tawar hati dan nak jadikan saya sebagai kawan biasa. Saya masih sayangkan, dan silap saya ke tak bagi perhatian kat dia sebab busy dengan kerja dan sambung belajar? Saya jadi buntu nak memujuk dia sebab pkp ni tak boleh nak rentas negeri. Saya duduk kajang dan dia duduk Melaka.
Saya dah rendahkan ego saya dengan minta maaf berkali-kali kat dia melalui Whatsapp dan call, tapi dia masih dengan pendiriannya. Katanya tawar hati tapi masih simpan gambar kenangan di Instagram dan gallery dia. Cinta saya jadi tergantung sekarang doktor. Berat untuk lupakan dia. Saya nekad habis pkp saya nak berjumpa dengan dia dengar dari mulut dia sendiri.
Andaikata saya dah berjumpa dengan dia tapi dia tetap juga dengan pendirian dia, saya redha dan pasrah saja untuk melupakan dia. Btw saya tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan. Kiranya ini kali pertama saya bercinta, kiranya 1st love orang kata.
Harap doktor cinta bantu saya. Maaf kalau panjang lebar apa yang saya luahkan ni.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumussalam, hi bangcij. Bangcij ke bangcik? Typo eh? Hehehe. For the sake of this conversation saya panggil bangcij je eh.
1st love, orang cakap they hurt the hardest. Ye ke? Maybe yes maybe no. Tapi tetap special. Bangcij, sakit memang sakit, bila orang yang kita sayang tawar hati dengan kita. Dengan keadaan bangcij yang sibuk bekerja sambil belajar, bercinta tidak mudah. Cinta memerlukan komitmen yang tinggi. Sebab itu ramai orang yang sebaya dengan bangcij memilih untuk tidak bercinta dan menunggu waktu yang lebih sesuai. Komitmen atau perhatian kita terhadap seseorang reflect keseriusan kita bercinta. Baik perempuan mahupun lelaki, we need assurance. Kalau asyik sibuk memanjang, sudah tentu hati makin menjauh. Jadinya tak boleh nak salahkan teman wanita bangcij 100% dalam hal ni.
Why not instead of bangcij tekad untuk get back dengannya, take a good look at yourself first. Are you actually ready to be in a relationship? Bangcij harus pandai set priotities dalam hidup. Saya bercakap dengan bangcij ni saya anggap macam tengah nasihat adik saya sendiri. Ada orang yang boleh juggle between work and lovelife, ada yang tak boleh. Apa kata bangcij muhasabah diri dulu? Sebab kalau bangcij berjaya meneruskan hubungan dengan si dia, ataupun let’s say bangcij berjumpa orang baru, do you think you can handle it at all? Banyak dah dengar cerita orang sebaya bangcij kecewa dalam percintaan dan kemudian satu pun tak dapat. Bercinta ke laut, belajar pun ke laut. Rugi la di situ.
Apa jua jawapan yang bangcij terima daripada si dia selepas ini, bangcij terima dengan hati yang terbuka. Buat masa sekarang pada pendapat saya, bangcij tidak perlu lagi involve yourself in any relationship. Setelkan dulu diploma atau kerja bangcij. Mungkin bila bangcij rasa dah boleh adapt dengan life bangcij, barulah fikir soal percintaan. Tak perlu terburu-buru ok?