26 June 2025

Kalau Betul Mahu, Lautan Api Pun Sanggup. Apalah Sangat 5-6 Ribu?

Nama: Thena

Jantina: Perempuan

Hi sy thena. Skrg umur da 22 thn. Sy knl dgn seorg llki ni sjk dr sekolah lg, 2015 smpai lh sekrg, 6 thn dah. Perasaan syg sy dekt dia mmg msh ade shgga skrg walaupn sy tau dia seorg yg tdk berpelajaran. Dn kehidupnnya sgtlh daif. Ae msa tu dia ajk sya khwin dan sya meminta wang untuk dia kumpul untuk brkhwin dgn sy.

Tpi jawapannya dia tak mmpu buat smua ape yg sy mahu. Bkn lh bnyk yg sy mntk, cuma dlm 5-6 ribu sja. Sbb sy tau dia x mmpu jd sy mntk untuk persediaan di awal perkahwinan shja. Sy suh smua ni bb sy nk tgok dia sggup ke tak buat smua ni untuk sya. Tapi jwpnnya membuatkn hti sy kecewa.

Sy tkot blm khwin dah ckp x mmpu, bila dah lps khwin mstilah jgk x mmpu. Blh tolong sy dalam hal ni.

Sya buntu.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hi Thena 🙂

Sebagai seorang wanita, kerisauan Thena sangatlah wajar. Yang bertanggungjawab memberi nafkah adalah pihak lelaki. Macam mana pun, kita tidak boleh lari daripada memikirkan status kewangan pasangan sebelum berkahwin especially as a woman. Walaupun mungkin ramai yang menasihati; ‘rezeki itu akan datang selepas berkahwin,’ amboi talk is cheap ya. Yang nak hidup berumahtangganya kita. Susah senang nanti kita juga yang kena hadap, bukan orang sekeliling! Statement tersebut saya tidak sangkal sepenuhnya kerana ada benarnya, namun bagi saya ia hanyalah wajar digunapakai untuk mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya basic income untuk perbelanjaan selepas berkahwin. Bukan terus-terus terjun alam perkahwinan with next to nothing in your bank account! Nak makan apa lepas majlis cik adik oi huhu. Memang dalam segenap hal kita perlu bertawakal, tapi Nabi SAW berpesan untuk ikat dahulu unta, barulah bertawakal. Tawakal itu bukan membabi buta. Tawakal itu dimulakan, disusuli dan diakhiri dengan doa dan usaha. Peratus perceraian dalam kalangan pasangan yang makin tinggi di negara kita meletakkan faktor financial issue ataupun masalah kewangan di ranking paling tinggi. Jadi ni bukan cakap ikut sedap mulut je, kajian telahpun membuktikan bahawa kewangan yang kukuh memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan sesebuah rumahtangga itu. Ada pepatah menyebut, bila kemiskinan datang mengetuk pintu, cinta keluar dari tingkap (when poverty knocks on the door, love flies out the window) lebih kurang begitu lah!

Thena sayangkan lelaki ini dan Thena arif dengan keadaanya yang serba daif dan kurang berpelajaran. Dia mengajak Thena untuk berkahwin, tetapi tidak mampu mengumpul RM5-6k. Saya bersetuju dengan Thena bahawa RM5-6k itu consider sangat sedikit untuk memulakan hidup dengan orang yang baru. RM5k tu paling-paling lepas untuk jamu orang di kenduri sahaja. Namun yang lebih penting sekarang ini bukan kenduri, tetapi kehidupan selepas berkahwin itu seperti kata Thena, at least untuk awal-awal perkahwinan in which he said dia tak mampu. Parah tu dik.

Thena sendiri status kewangan bagaimana? Thena boleh dianggap muda lagi, seperti baru ingin memulakan kehidupan sendiri. Usaha Thena yang pertama mungkin boleh menuliskan bajet yang akan digunapakai untuk kenduri kahwin nanti. Bila ada black and white lebih senang untuk kita menyusun bajet. Tunjukkan pada pasangan Thena agar dia lebih memahami. Selain itu takdela nampak macam Thena berpeluk tubuh sahaja. Show him that you want this wedding to work too. Dalam hal ini Thena harus bertegas; beritahu dia kalau Thena bersetuju untuk berkahwin dengannya, bagaimana dengan perbelanjaan sehari-harian? Kita sebagai wanita memang mempunyai tendency untuk berlembut tetapi tidak dalam hal ini. After all, dia yang ajak Thena untuk berkahwin. Terkadang itu bukan wang ringgit yang kita pandang, tetapi usaha ke arah mendapatkan wang itu. Allah tidak membantu sesuatu kaum itu melainkan mereka membantu diri mereka sendiri.

Dalam hal ini, pandangan dan nasihat ibu bapa dan ahli keluarga Thena juga penting. Jelaskan pada ahli keluarga, tidak mengapa ke kalau Thena ingin berkahwin dengan jejaka ini namun sebasic-basicnya? Baju pakai sekadar apa ada, jurugambar upah sepupu, invitation sekadar melalui whatsapp/facebook invite? Benda-benda ni walaupun nampak kecik tetapi Thena harus masukkan sekali dalam usul untuk dibincang dengan mak ayah. Kalau mak ayah Thena jenis yang serahkan pada Thena untuk buat keputusan consider yourself lucky tapi bukan semua begitu. Tambahan lagi usia Thena yang muda, ibu bapa pasti risau dan mungkin tidak membenarkan! Siapa yang sanggup melepaskan anak gadisnya kepada jejaka yang tiada kewangan yang kukuh ataupun tidak menunjukkan usaha bahawa beliau akan meningkatkan taraf kewangannya. Jika Thena risau, mereka berganda-ganda lebih risau.

As conclusion, pada pendapat saya Thena perlu lebih berkomunikasi dengan dua pihak sekarang ini; iaitu jejaka itu sendiri dan ahli keluarga Thena. Dalam pada tu perbanyakkanlah solat sunat istikharah agar Thena diberi petunjuk dan sentiasa tenang dalam membuat keputusan.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.