6 June 2025

Kompilasi Luahan Dan Masalah Cinta Serta Pendapat – Bahagian 1

Nama: Nasrul

Jantina: Lelaki

Saya mahu tackle crush saya tapi tidak tahu bagaimana nak bagi dia interesting dekat saya?

Ini bukan main ragbi nak tackle bagai. Sebagai permulaan apa kata ajak keluar makan or lepak sama2 dulu tengok ngam ke tak. Orite?


Nama: Nadzirah Ali

Jantina: Perempuan

Salam doktor cinta. Sy harap doktor bole balas mesej sy. Sy nak tanya. Kenapa sy rse sedih lepas menolak ex pakwe sy utk berbaik. Dia nak berbaik ng sy tp sy bgtahu sy takut utk bercinta semula sbb takut kecewa. Selama dia wasap sy, sy selalu buat endah x endah sbb sy takut kecewa mcm sebelum ni. Tp sy x tahu knp skrg sy rse sedih lps tolak dia. Apa perlu sy buat?

Salam. Apa yang kami tahu, masalah ini lebih kepada kecelaruan perasaan dan keinginan. Keadaan sekarang seperti Nadzirah sendiri yang tak tahu apa yang Nadzirah nak sebenarnya. Sejujurnya tanya diri sendiri, nak kat si dia ataupun tidak. Kecewa atau tak tu benda yang akan datang seterusnya. Memang betul takkan ada kekecewaan kalau tak mencuba, tetapi Nadzirah juga perlu sedar yang tanpa mencuba cinta dan kasih takkan hadir. And btw, jangan sedih-sedih selalu ok!


Nama: Awin

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum, saya ada seorang pensyarah yang masih bujang yang turut mengajar kelas saya, tetapi setiap kali kelas, dia selalu mengusik saya. Sekejap kata saya lawa, sekejap kata saya hitam. Walhal saya bukannya rapat sangat dengannya. Saya seorang yang pendiam. Ini juga sangat kerap berlaku, dan yang terbaru adalah pagi tadi. Rakan-rakan saya mula syak yang bukan-bukan seperti pensyarah itu sukakan saya la, saya ada hubungan dengan dia la. Saya tidak berpengalaman dalam bab perasaan. Pada pendapat doktor cinta, adakah pensyarah saya menaruh harapan terhadap saya, atau dia hanya ingin mendekatkan diri dengan saya sebagai pensyarah dan pelajar sahaja?

Waalaikumsalam. Pertama Awin perlu sedar yang setiap manusia ada perasaan dan berhak menaruh hati kepada insan yang lain. Pensyarah, doktor, malah tukang sapu sampah sekalipun mempunyai fitrah yang sama dimana kita tak boleh lari daripada kasih dan perasaan. Kedua, Awin juga perlu tahu yang hubungan antara pelajar dan guru/pensyarah bukanlah sesuatu yang salah selagi adanya batas profesional dan tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.

Nasihat kami, make sure semua perkara yang berlaku berada di dalam batas profesionalisma dan seharusnya terus bertanya kepada pensyarah tersebut untuk pengesahan. Tak salah untuk bertanya straight to the point demi mendapatkan penjelasan. Ada baiknya mendapatkan jawapan dan pengesahan secepat mungkin sebelum perkara ini berlarutan dan menjadi makin sukar untuk dikawal. Tanya untuk dapatkan pengesahan ok!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.