26 June 2025

Kekasaranku Telah Membunuh Cinta Yang Kami Semai Selama 4 Tahun.

Nama: Nelz Jr

Jantina: Lelaki

Salam sejahtera. Saya telah mnjalinkan hbungan prcintaan dgn bekas kekasih saya selama 4 tahun. Pada awalnya hbungan kami trsangat bahagia, tnpa sebarang pergaduhan dan perselisihan faham. Namun pada tahun setrusnya, hbungan kami sering dpuji oleh ibu bapa kami kerana kami selalu bekerjasama utk mnjaga relationship ini. Pada satu masa, saya telah hlg sabar kerana nmpk si dia ddk brsebelahan dgn llki lain time berada di kelas kuliah. Oleh itu,saya terus tnya kepadanya dgn nada yg kasar dan tinggi😔.

Saya tidak dpt mengawal perasaan saya sampailah kepada tahap naik tangan kepadanya💔. Tapi selepas kejadian tersebut, dia masih ingin dan terima saya sebagai kekasih😢. Pada tahun ini, saya telah membuat kesalahan lagi dengan memarahi dia kerana saya stress fikir pasal kerja. Saya balas chat si dia dengan nada yang kasar wlaupun tujuan si dia hanya ingin menanyakan khabar. Apa kan daya, pada waktu itu saya tekanan kerja💔. Di situ la titik permulaan. Si dia mulai tidak ingin mendengar nasihat saya. Si dia tidak mengangkat telefon, mula reply chat dengan kasar dan yang paling sakit si dia ada hubungi lelaki lain sebagai tempat beliau meluah perasaan dan mereka saling spend time together bahkan mereka saling mncintai💔.

Oleh itu saya meminta pertolongan kepada doktor cinta, apa yang saya perlu buat untuk mengambil hatinya kembali? Sebab saya sedar saya sangat menyayanginya. Saya tahu si dia masih menyayangi saya. Saya pernah berkata bahawa saya akan tunggu dan beri masa kepadanya untuk terima saya kembali. Namun sekarang sudah genap 2 minggu hubungan kami putus.

Sumber: Website Online Form

Salam sejahtera Nelz Jr.

Saya faham 4 tahun percintaan itu suatu perhubungan yang lama. Tak semua pasangan mampu bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Percintaan merupakan komitmen kedua belah pihak, yang memerlukan kerjasama untuk menjadikan suatu hubungan itu terus bersatu.

Oleh itu Nelz, untuk sesuatu perhubungan itu bertahan sehingga ke akhirnya, kata kuncinya ialah komunikasi. Namun, apa yang lebih penting adalah komunikasi yang berkesan. Apa yang saya nampak, apabila Nelz stress dengan kerja, dan Nelz nampak dia duduk dengan lelaki lain, Nelz tak mampu untuk tenangkan diri terlebih dahulu. Tenang is good, Nelz. Sebab apa? Bila tenang, otak lapang untuk berfikir secara rasional. Tindakan Nelz memarahi dan naik tangan terhadap dia sudah menjangkaui sifat rasional, kan? Tapi apakan daya, terlajak marah dah tak boleh diundur lagi.. Yang terkesan adalah emosi Nelz dan dia.

Berbalik kepada komunikasi berkesan. Sebenarnya Nelz, kita selalu tersalah anggap bahawa kekasih kita memahami kita, boleh meneka apa yang berada di fikiran kita, malah boleh membaca apa yang kita fikirkan. Ya, anggapan itu teramatlah salah kerana tidak semua manusia dikurniakan kebolehan membaca fikiran manusia lain ya? Penyelesaiannya, berterus terang. Terangkanlah dengan penuh diplomasi. Contohnya, “awak, saya stress sangat minggu ni, banyak deadline, banyak kerja di office. Saya perlukan waktu untuk bertenang dan selesaikan semua masalah saya ni dulu. Kita bercakap selepas saya agak tenang sedikit, ya? I love you. Thanks kerana memahami”.

Begitu. Perempuan ni rata-rata memahami, walaupun kadang-kadang mereka insecure dengan kehilangan si lelaki apabila si lelaki sibuk menguruskan stress dan masalah mereka. Tak mengapa, jika risau mereka insecure, setiap pagi luangkan masa untuk text dia, ucap rindu, sayang, dan akan catch up setelah semua tekanan sudah pun berlalu. Dia akan faham.

Untuk mengubati kembali hatinya yang sudah agak kecewa, mungkin memerlukan usaha yang gigih. Banyak cara untuk memenangi hati perempuan sebenarnya. Perempuan suka kepada jaminan. Jaminan bahawa awak mampu berubah untuk menjadi lebih baik. Jaminan bahawa awak akan melayani dia dengan lebih baik di masa akan datang. Serta jaminan bahawa awak benar-benar ingin melihat hubungan ini berjaya. Jadi, berilah dia kata-kata jaminan sebegitu. Jika untuk waktu sekarang ini awak sedang memberi dia ruang untuk berfikir, mungkin awak boleh karangkan jaminan tersebut dalam bentuk text sahaja, maka dia boleh membaca, dan awak tidak perlu mengganggu masanya. Luahkanlah dengan seikhlas hati, ketepikan ego.

Pamerkan perasaan awak terhadap dia. Mungkin, hantar sejambak bunga ke rumahnya dengan kad-kad cinta. Awak tahu kan perempuan sukakan perkara yang sebegini? Bunga, coklat, mungkin teddy bear. Yang sweet-sweet gitu. Mungkin juga awak boleh post-kan link lagu ke emel dia untuk dia dengar, untuk melambangkan betapa awak perlukan dia dalam hidup awak. Perkara-perkara begini mungkin nampak kecil bagi awak, tapi besar bagi dia. Berusahalah, ya?

Saya berharap sedikit sebanyak dapatlah membantu menghilangkan sedikit kekusutan di minda awak. Selamat berjaya dalam perhubungan cinta, semoga cinta awak kepadanya tidak sia-sia lagi. Namun jika dia sudah membuat keputusan untuk move on, tenanglah menghadapinya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.