26 June 2025

Kekasih Curang Ambil Kesempatan. You Deserve Better!

Nama: Najwa

Jantina: Perempuan

Hye dr cinta. Saya dengn bf saya ni sudah hmpir 3 tahun brcinta. Drpd mula saya kenal dia ya mmg dia ada pernah curang bnyk kali but saya masih teruskn hbungn kami ni sbb syg dekat bf saya tu. Then baru2 ni kami bergaduh kerana hal kecil but tiba2 dia berubh 360 darjah dah xkisah tentang saya.

Dia cakap nak single apa semua. Saya mula pujuk2. Sebab dlu saya ni jenis xpndai nk pujuk lelaki. Then ini lah first time saya memujuk dia selama hmpir 3 tahun saya dengan dia. Dan saya mengaku salah saya selama ni sbb bnyk kali ignore dia then now benda tu brbalik pada saya pula.

So apa pendapat dr tntg semua ni?

Sumber: Website Online Form

Hai Najwa,

Maaf ya. Sebelum saya mulakan, dalam banyak – banyak punca keretakan hubungan, saya sangat benci dengan perkataan ‘curang’. Ianya merupakan satu bukti tidak setia dalam perhubungan. Mengapa perlu mencari yang lain sekiranya si dia sayangkan kita? Mengapa perlu curang kalau boleh setia? Kenapa memilih untuk curang?

Najwa dan si dia telah pun hampir 3 tahun bercinta. Akan tetapi si dia telah curang. Bukan sekali, tapi berkali – kali. Namun, Najwa tetap memilih untuk ‘pejam mata’ dan menerima kembali si dia dalam hidup. Dengan alasan, masih sayang. Mungkin ini yang dikatakan ‘cinta buta’. Mencintai seseorang dengan membuta tuli. Apabila perkara ini kerap berlaku, si dia akan selalu ambil kesempatan dengan kebaikan hati Najwa yang sentiasa menerima dirinya sehingga si dia akhirnya bosan dan berubah hati. Mungkin juga dia telah pun ada pengganti yang boleh diperlakukan seperti mana dia lakukan pada Najwa. Perasan tak? Sebab tu lah, masalah kecil pun dia boleh berubah 100%. Percayalah, itu hanya alasannya. Dia memang sudah lama nak tinggalkan Najwa. Maaf.

Saya percaya Najwa seorang yang sangat baik. Kekasih curang pun masih beri peluang kedua, ketiga, dan seterusnya. Siap pakej rasa bersalah sebab kerana tak pernah pujuk si dia selama hampir 3 tahun bercinta. Najwa tetap mengaku bahawa Najwa banyak bersalah. Walaupun saya rasa kesalahan Najwa itu tidaklah sebesar kecurangan yang telah si dia lakukan.

You deserve better! Saya percaya ada lelaki yang jauh lebih baik daripada si dia yang tidak menghargai Najwa. Ada lelaki yang benar – benar sayangkan Najwa dan paling penting, setia. Tinggalkan hubungan yang tidak jujur ini. Semoga Najwa beroleh kegembiraan dengan teman baru.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.