26 June 2025

Cinta Game Online, Si Dia Mulai Tawar Hati Kerana Sikapku Yang Mesra.

Nama: Ana

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya Ana. Saya berkenalan dgn sorang lelaki dalam game online. Pada awalnya saya cuma menganggap dia hanya kawan. Tapi lama kelamaan saya semakin selesa dan dia juga sama. Saya confess dekat dia dulu dan dia juga cakap benda yg sama. Tetapi kami x pernah declare as couple. So kami suka sama suka dan kadang2 kami jugak selalu bergaduh atas sebab cemburu lelaki tu terlampau.

Sejak akhir ni, dia dah mula tawar hati dgn saya sebab perangai saya yg always friendly terutamanya pada lelaki. Saya cuba untuk ubah tapi ini pastinya mengambil masa. Dia terlalu kuat cemburu. Tetapi sepanjang tempoh kami kenal dia sentiasa ucapkan I love you pada saya. Sememangnya saya susah untuk jatuh cinta dan bukakan hati saya pada mana2 lelaki. Tetapi dia berbeza. Dia juga pernah berkata saya ni future wife dia, my everything and dia juga pernah beritahu mak dia pasal saya. Dia betul2 serious dgn saya. Tapi bila kami sering bergaduh atas sebab yg remeh, dia mula tawar hati dgn saya.

Saya tahu saya yg punca menyebabkan dia mula tawar hati. Sejujurnya saya xnak kehilangan dia. Saya masih sayangkan dia sampai sekarang. Dia adalah lelaki yg sangat baik berbanding lelaki yg pernah saya kenal. Saya menyesal dgn sikap saya yg degil. Tapi kami x pernah jumpa face-to-face lagi. Dia hanya kenal saya dalam sosial media, bukan real life.

Bolehkah doktor bagi nasihat samada saya perlu tunggu dia atau move on? Adakah selama ini dia tidak serious dgn saya? Dan adakah lelaki yg hatinya telah tawar tidak akan kembali semula?

Saya mohon petunjuk dan terima kasih kerana masih beri saya ruang untuk meluahkan.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumsalam Ana.

Cinta siber, cinta internet, atau cinta game online sudah menjadi trend terkini. Saya mendapati ramai juga yang jatuh cinta melalui game online. Bercinta memang menyeronokkan, macam main game juga. Ada waktu seronok, ada waktu frust juga.

Namun begitu Ana, cinta siber ni ada sisi negatif juga. Banyak cinta siber yang berakhir dengan kekecewaan kerana penipuan. Pada pandangan saya, sebaiknya Ana menukarkan cinta siber ini kepada cinta realiti. Ajak berjumpa face to face terlebih dahulu untuk mengenal hati budi. Manusia ini rambut sama hitam, hati lain-lain. Tambahan pula jika tak dapat bertemu, bagaimana pula kita nak menilai hatinya? Rambut pun belum tentu hitam sekarang ni.

Kalau betul Ana serius ingin meneruskan percintaan ini, libatkanlah saudara terdekat untuk mengenali si dia. Hal ini kerana Ana sendiri belum benar-benar mengenali dia. Tak tahu latar belakang dia. Sikap sebenar dia. Sedangkan saudara yang kita dah kenal bertahun lamanya pun belum tentu kita benar-benar mengenalinya, inikan pula yang kita kenal melalui game online. Oleh itu Ana, jika mahu berjumpa dia bawalah bersama ahli keluarga atau rakan yang boleh diharap. Ibaratnya, mencegah lebih baik daripada merawati.

Setelah mengenalinya secara dekat, barulah Ana boleh hakimi samada ingin memujuknya semula, ataupun move on. Si dia yang tawar hati itu, ibaratnya belum lagi bermula untuk mengenali, dah pun memutus untuk tawar hati. Bolehlah Ana katakan padanya- hati Ana bukan permainan video game jangka masa pendek!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.