Nama: Azwan
Jantina: Lelaki
Assalammualaikum sya nk minta tips dari dr. Sebenarnya sya dengan pasangan sya dh menjalin hubungan selama 3 tahun. Dia syang sya dan sya syang dia. Tapi satu hari sya marah dia sbb dia x nk dengar cakap sya. Sy nasihatkan dia untuk mendengar cakap ibunya tetapi dia degil, terus diblocknya. Dalam masa dua hari, sya dapati dia tidak mengunblock sya di whatsapp, terus sya chatnya di IG. Bila sya suruhnya untuk unblock sya, dia terus cakap yang hatinya sudah tawar. Sya marah then dia terus block kesemuanya.
Keesokannya, sya dapati dia unblock sya di whatsapp. Sya berasa gembira. Tetapi setelah sya chat dia minta putus. Dia cakap dia dh ada yang lain. Sy terus merayu kepadanya seperti situasi hidup dan mati kerana sya syng akan hubungan kami yang banyak dengan kenangan manis yang x dpt sya lupakan. Tetapi dia ttp dgn pendiriannya. Dia ttp berkeras yang dia sudah tawar hati. Tetapi yang lagi sedih ialah dia memberitahu yang dia sudah ada bf baru. Dia syang bf baru dia. Sya nangis macm kehilangan ahli keluarga. Dia terus block sya. Semua dia block.
Sya tanye kawan2 dia, kwn2 dia membela dia. Sya murung sgt2. Sya pernah chatnya menggunakan IG fake dn dia memaki sya. Dia cakap bf dia ada IG dia. Dia x pernah maki macamtu. Esoknya sya tulis surat untukknya untuk mengatakan yang sya sayang kepadanya. Dalam surat tersebut berisikan kenangan2 kami dahulu yang manis. Malam itu dia meminta kawannya untuk menjawab surat sya. Dia berkata trima kasih kerana menjagaya selama 3 tahun. Sya tersedu dengan jawapannya. Sya terus usaha dan usaha tapi dia menangis kerana x ingin sya menggangunya lagi. Sya jadi lemas. Sya buntu dan murung. Kemudian sya x makan beberapa hari kerana kemurungan. Ibu kepada kawan sya chat dia di dalam ws tentang keadaan sya. Selepas beberapa jam, bf baru dia chat sya yang dia dh putus kerana kesiankan sya dan meminta maaf. Lepastu sya bukak ws dia menghantar status. Sya chat dia tetapi dia sngt marah selepas itu. Dia berkata dia sayang bf barunya smpai menangis vc dgn kawannya, sya terkedu. Dia x hiraukan keadaan sya. Dia maki dan memberitahu dia x nk kenal sya dan x ingin dengan sya lagi smpai bila2. Sya terkedu menangis.
Apa yang dia fikir? Banyak yang sya dh buat untuknya smpaikan sya gadaikan waktu dan masa sya untuk dia. Dia langsung tidak menghiraukan sumpahnya dahulu yang ingin bersama sya smpai mati. Dia terus block dan berharap sya x kacau dia. Tetapi sya xakan mudah berputus asa. Sya masih sayangkan dia. Sangat2 syang. Sya masih ingin menambat hatinya. Apakah yang sya perlu lakukan? Sya buntu dan x sanggup kehilangannya. Sya ingin cintanya berputik kembali dengan sya. Sya masih sayangkannya 100%. Sya xakan berhenti berusaha.
Waalaikumsalam Azwan. Nampaknya Azwan betul-betul tengah patah hati dengan ex- girlfriend Azwan ya. Faham sangat. Sayang terlalu. Dah semai cinta 3 tahun, tiba-tiba break memang mengundang air mata. Moga Azwan tak murung berpanjangan ya.
Begini Azwan, saya ingin tanya beberapa soalan terlebih dahulu. Adakah Azwan kenal erti bahagia dalam diri Azwan? Apakah erti bahagia bagi Azwan? Adakah Azwan meletakkan syarat untuk Azwan bahagia sekarang ni?
Menurut situasi Azwan sekarang, Azwan meletakkan ex-girlfriend Azwan sebagai syarat untuk Azwan bahagia. Jika ex-girlfriend sudah tak mahu kembali, Azwan murung. Azwan sedih. Ya, semua perasaan Azwan tu benar. Itu lumrah kita manusia yang berperasaan. Tapi itulah bahagia yang bersyarat. Untuk merasa bahagia yang sebenarnya Azwan, tidak perlu bersyarat. Kita miliki tempat tinggal yang baik, itu bahagia. Alhamdulillah. Kita punyai apa yang kita ada sekarang ni, iaitu tempat tinggal yang baik, kenderaan yang baik, jiran yang baik, hidup sebagai muslim, itu semua bahagia. Ya. Bahagia yang sebenarnya adalah menghargai apa yang kita ada. Yang pergi? Nanti kita nampak hikmahnya. Nanti. Sabarlah menanti saat itu. Bila saat itu tiba, Azwan akan tersenyum.
Saya ingin mengajak Azwan tarik nafas panjang-panjang melalui hidung, tahan 8 saat, hembus melalui mulut selama 8 saat. Ulang steps ni sampai Azwan rasa tenang. Kemudian, Azwan berfikir kembali. Berbaloikah Azwan untuk mengejar ex-girlfriend yang benar-benar telah menolak Azwan. Jaminan apa yang Azwan ada bahawa apabila dia kembali, Azwan akan bahagia?
Tidak banyak tips yang mampu saya cadangkan, cukuplah bagi saya jika Azwan kembali bertanya soalan-soalan itu kepada diri Azwan sendiri. Insha-Allah, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Hari ini kita menangis meratapi, esok kita tersenyum. Macam lepas hujan, ribut, dan kilat, akhir nanti ada pelangi. Senyumlah Azwan, awak seorang yang amat berharga, kacak, kaya dan berjaya, pasti ramai yang menanti senyuman Azwan tu. Wah!