Nama: Fie
Jantina: Perempuan
Saya mengenali seorang lelaki yang umurnya hampir 30-an. Semasa di awal perkenalan kami dia menunjukkan dia ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan saya, tetapi beberapa minggu ini sikapnya berubah tak seperti sebelum ini. Pada mulanya saya ingatkan perubahan ini disebabkan orang ketiga tapi saya selidik dia memang tiada orang lain. Saya ada tanyakan dia adakah dia serius dengan saya, kerana sikapnya yang berubah secara mendadak buatkan saya tertanya2. Dia katakan yang dia tidak mahu serius dan tidak mahu ada sebarang komitmen dengan saya. Dia belum puas enjoy lagi dan tak mahu fikirkan pasal kahwin (saya tak ada pun ajak dia kahwin). Tapi dalam masa yang sama cuma saya seorang je yang dia berkawan sekarang.
Dia seperti bermain tarik tali dengan saya. Dia cakap dia sayang saya tapi buat saya macam ini. Hal ini buatkan saya overthinking dan stress.
Apa yang perlu saya buat?
Perlu ke saya tunggu dia atau move on?
Sumber: Website Online Form
Hi Fie 🙂
Pertama sekali, saya berharap supaya awak dalam keadaan tenang ketika membaca balasan ini. Dunia sekarang ni penuh dengan cabaran, oleh itu, stress dan overthinking sudah menjadi perkara biasa pulak dalam kehidupan. Tapi, sebolehnya kita hindarkan ok!
Fie, untuk sesuatu perhubungan itu berjaya, pasangan tu kena ada matlamat yang sama. Situasi ni sama je macam mana-mana tempat kerja. Setiap pekerja perlu sama-sama menyokong misi dan visi syarikat mereka, barulah syarikat tu mampu teguh dan berdaya saing. Oleh itu, Fie perlulah tanya diri Fie sendiri. Apa yang Fie mahukan dalam perhubungan ni? Apa misi dan visi Fie dan pasangan dalam perhubungan ni? Saya pasti yang setiap wanita mahukan sesuatu yang pasti dari pasangan dia, iaitu jaminan, walaupun hanya jaminan kata-kata. Namun, daripada penceritaan Fie, nampaknya pasangan Fie terang-terang mengakui yang dia tak puas lagi enjoy dan tak mahu pun komitmen yang lebih-lebih dengan Fie. Jadi, adakah perhubungan Fie ni, suatu yang tiada arah tuju? Adakah ini yang Fie mahu sebenarnya dalam hidup Fie?
Mungkin, Fie boleh kembali bertanya kepada pasangan Fie beberapa soalan sebelum Fie benar-benar membuat keputusan untuk tunggu atau pergi. Pertama, apa perancangan masa hadapan dia? OK, boleh bertanya secara rawak sahaja. Jika benar dia berfikir serius tentang Fie dan dia, tentu saja dalam perancangan masa hadapan dia tu, ada terselit Fie sekali. Kalau tak ada? Bingo. Nampak sangat tak ada pentingnya Fie dalam hidup dia, kan? Kedua, sampai bila nak enjoy dan sampai bila Fie perlu tunggu jika benar dia mahukan Fie untuk menunggu dia puas enjoy? Lelaki selalunya cakapnya berterus terang. Tak pandai berlapik. Jika dia sayangkan hubungan ini, dia tentu sekali akan menceritakan kepada Fie apa perancangan yang ada di fikiran dia. Jika dia sendiri tak pasti dengan dirinya, untuk apa agaknya Fie menunggu?
Tak perlu bergantung pada dahan yang rapuh. Dahan yang rapuh itu adalah lelaki yang tiada matlamat dan perancangan, yang hanya akan membuatkan fikiran kita makin kusut kerana tiada arah tuju. Harapan saya moga Fie lebih dipermudahkan menyelesaikan teka teki dalam perhubungan Fie ni. Semoga yang baik- baik sahaja untuk Fie.