Nama: Yana
Jantina: Perempuan
Saya Yana asal Kedah nak tanya pendapat dr. 🙂 Saya dan bf saya telah bercinta hampir dua tahun. Asal dia Sabah. Kami bercinta dlm jarak jauh . Bf saya tidak mempunyai IC . Bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah ini? Selama sy kenal dia, dia tak pernah buat sy sakit atau terluka dan sbelum ni sy couple tak pernah seserius ni. Malah, dia dpt terima sy seadaanya mungkin kerana masalahnya. Dan saya dpt terima dia seadaanya krn sy amat percaya yg dia sayangkan sy. Ibu bapa sy juga amat sukakan dia. Tetapi mereka tidak tahu tntg masalah IC dia.
Salam Yana.
Masalah ni kalau dari segi undang-undang memang saya tak boleh dan tak berani nak tolong. Tapi dari konsep cinta dan kasih sayang memang nampak dah tak ada masalah untuk teruskan dan proceed ke next level which is perkahwinan. IC tak ada tu boleh diselesaikan lagi sebab tu undang-undang manusia je, mesti boleh setel. Cuma susah nak setel bagai saya adalah masalah cinta. Alhamdulillah masalah cinta pun saya tak nampak dalam permasalahan Yana ni.
Tak kiralah apa warganegara sekalipun, malah dari Nigeria sekalipun kalau hati dah berpaut dan restu dah dapat, tak mustahil untuk berakhir sebagai satu keluarga besar di kemudian hari. Bangsa dan tempat lahir bukan penghalang kalau betul-betul ikhlas dan yakin dengan ketentuan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Nya.
Kahwin dengan orang bukan warganegara bukan satu kesalahan ok! 🙂