26 June 2025

Cinta Jarak Jauh, Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan?

Nama: Esmail

Jantina: Lelaki

Salam.

Cerita saya bermula 7 tahun yg dulu..dia client ex majikan saya..saya org yg sering brurusan dgn nya dlm hal2 kerja. 5 tahun kemudian saya nekad utk berdikari sendiri & dialah client yg pertama ikut jd client saya..lama kelamaan kami semakin mesra mcm kawan2..x pernah saya hickup dlm urusan projek & selalu memuaskan hati dia sebagai client saya.

Peribadi saya ni pulak kaki perempuan, suka memasak & suka ke gym. semua brkaitan saya dia tahu trutama bab kaki perempuan.. Lama kelamaan saya mula rasakan sesuatu yg pelik..setiap kali dia call dia msg dia komen or like status fb saya terutama pic2 masakan & pic2 saya workout d gym saya teramat amat happy. Kelmarin 14hb 04 2015, saya pos la kat FB “Kenapalah Tuhan ciptakan Sarawak & Semenanjung dpisahkan oleh Laut Cina Selatan, kan best kalau bersempadan hari2 aku boleh ke KL” ..x sampai 1 minit dia komen “Aaah kan best i pun boleh ke Miri Sarawak” ..Saya pun cepat2 lah reply “I pun boleh turun KL hari2”..x sampai je seminit saya lihat komen dia dah hilang & saya cek kat friend list “This account has been deactivated”

Sekarang apa harus saya buat?? Perlukah saya hantar msg brtanya atau buat2 tak tahu apa yg berlaku..26 april nanti birthday dia. Saya plan nak buat kek coklat utk dia dan pos ke KL..perlu kah saya lakukan itu..

Banyak hint2 yg lain saya pos di FB sebelum ini termasuk 2016 akan dtg saya akan pindah KL & tukar kerjaya saya, dari logistic ke fitness industry. dia tahu hal tersebut saya pernah beritahu dia yg saya dah jemu dlm kerjaya yg sekarang & ingin bertukar ke kerjaya yg saya minat fitness & masakan d KL..Dan kerjaya saya sekarang ini x menjanjikan kpuasan pada saya malah pernah ditipu biz partner shingga saya hampir2 fobia & trauma..Harap doctor cinta dpt membantu saya memberi pandangan..adakah saya ini sudah dlamun cinta, adakah saya bertepuk sebelah tangan,atau saya hanya termakan budi sebab dia boleh je pilih syarikat agent yg lain lebih kukuh brbanding saya. saya benar2 keliru dan yg saya tahu smenjak mula mesra dgn dia saya byk berubah & bkn lagi kaki perempuan..samada dia tahu perubahan saya atau tidak itu saya tidak pasti.

Salam.

Perubahan ke arah yang lebih baik adalah apa yang setiap manusia cari dalam hidup mereka. Walau semana jahat dan semana baik pun seseorang, hakikatnya mereka akan tetap mencari perkara yang lebih baik. Jahat ke arah baik, dan baik ke arah yang lebih baik.

Dari apa yang saya faham, si dia yang Esmail sendiri minat dan menaruh harapan sebenarnya membawa diri Esmail sendiri ke arah kebaikan. Inilah yang dicari di dalam sesuatu perhubungan sebenarnya. Apa yang terjadi antara Esmail dan si dia kemungkinan adalah kerana cinta dan juga mungkin kerana kebetulan yang tak disangka semata-mata. Sukar untuk membuat andaian dan sangkaan tanpa sebarang bukti dan balasan yang nyata. Penggunaan hint dan tanda adalah betul untuk mendapatkan balasan, tapi perlu diingatkan yang jawapan yang diperolehi tidak semestinya betul dan sah. Ada kalanya kita mudah tersalah anggap atau dalam erti kata lain, syok sendiri.

Nasihat saya, teruskan niat murni Esmail untuk cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan si dia. Tak salah dan tak ada peraturan yang menghalang seseorang untuk membuat kebaikan. Tapi, nasihat saya, sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya luahkan perasaan di hati Esmail dan minta jawapan yang pasti daripada si dia sendiri. Cukuplah dengan semua hint dan tanda dan kebaikan yang selama ini Esmail dah tunjukkan. Cuba berhubung dengannya dan luahkan segalanya. Jarak dan lokasi bukan masalah. Masalah macam ni hanya timbul apabila diri kita memikirkannya sebagai masalah, sedangkan cinta yang sebenar-benar cinta boleh mengatasi segalanya.

Luahkan perasaan, minta jawapan yang pasti dan jangan gunakan alasan untuk menidakkan segala yang terbuku di hati. Gunakan bakat dan kurniaan tuhan seperti memasak itu untuk memikat dan memenangi hati si dia. Perempuan mudah cair dengan lelaki yang pandai masak ok!

Ingat,bertindak dan jangan beri alasan untuk masa depan sendiri.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.