Kekal Setia Walau Dah Terlanjur

Nama: Sofia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya benar-benar keliru dan ragu. Tolong bantu saya begini ceritanya. Saya dan teman lelaki sy En.M sudah menjalinkan hubungan selama 9bulan. Sejak mengenali dia saya akui saya jatuh cinta dan semakin hari rasa sayang itu tidak dapat dibendung lagi. Seawal hubungan kami. En M tidak pernah menunjukkan satu perasaan sayang seperti mana rasa sayang saya pada dia. Sehingga hari ini, kami tak pernah bertanya khabar melalui panggilan telefon. Kami sekadar bersms sahaja.

Dia seorang yang sangat sibuk bekerja dan seorang yang pentingkan family dan ramai kawan. Saya akui hubungan kami sejak 8 bulan lepas tidak mesra. Sehingga masuk bulan ini. Awal bulan ini. Dia menyatakan bahawa sebelum ini dia sukar untuk menerima saya dalam hidupnya kerana masih sayangkan bekas kekasihnya. Betapa hancur hati saya ketika itu sedangkan untuk pengetahuan dr.cinta kami pernah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam hidup kami. Tetapi kami berdua telah berjanji agar tidak mengulanginya lagi kami sudah bertaubat. Sehingga hari ini dia masih bersama saya.

Kami bercadang untuk berkahwin. Tetapi permasalahan yang saya hadapi adalah adakah dia sudah benar2 menerima diri saya dalam hidupnya? Sebelum ini, saya tahu dia ada layan beberapa perempuan lain. Tetapi disebabkan saya sudah sayang dan kami pun pernah bersama sukar untuk saya berpisah dengannya. Saya maafkan walau saya sering terasa hati dengannya. Sebelum ini juga dia kata pada saya bahawa saya seorang yang membosankan tetapi akhirnya dia memujuk saya. Saya menerima dia dan saya maafkan dia. Dia juga bagi semua password account fb, insta dan wechat kepada saya. Sy benar2 ragu adakah dia benar2 sayang saya menerima diri saya.

Walaupun dia tidak mahu berpisah dengan saya sering memujuk saya memeberi janji akan berkahwin dan akan datang berjumpa family saya pada raya nanti. Layanan dia pada saya masih sama seperti sebelum ni. Sms sering lambat balas tidak pernah call. Sering tak sms kalau bersama family dan kawan2. Tetapi bila dia sedar sy terasa hati dan merajuk dia akan memujuk saya kembali. Sy ragu2 saya sayangkan dia lebih dari segala2 nya. Saya takut untuk berpisah dengannya dan hidup saya sangat bergantung kepadanya. Saya tak boleh hidup dan tak ada semangat bila dia tiada bersama saya. Saya sering jadi pemarah kerana memendam rasa terhadap layanan dia kepada saya. Dia mengatakan dia sayang dan rindu saya tetapi perbuatannya sering kali membuat saya rasa tersinggung seolah2 saya tidak wujud. Saya cuma ingin dihargai.

Tidak pernah ke dia nampak keikhlasan saya menyanyangi dia. Walau banyak kesilapan dia pada saya. Saya tetap menerima dia segala keburukan dia, walau hati saya sering terluka sehingga ke hari ini. Bantulah saya. Saya sangat buntu. Saya benar2 tidak tahu apa yang dia mahukan apa yang saya patut lakukan agar saya tidak terasa hati lagi dengannya.

Salam.

Masalah yang jelas dan nyata yang saya boleh cakap ialah Sofia amatlah mudah termakan dengan janji manis seorang yang bernama lelaki. Tapi saya tak salahkan Sofia sepenuhnya sebab saya tahu lelaki memang boleh jadi semanis yang mungkin apabila berdepan dengan perempuan.

Keterlanjuran yang dah lepas tu biarkanlah lepas. Tak perlu diungkitkan lagi dan tak perlue menyesali lagi. Apa yang dah berlaku biarkanlah berlaku. Cukup dengan Sofia teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan berusaha untuk perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Apa yang perlu Sofia buat ialah bertaubat dan usaha tanpa henti untuk dapatkan keredhaan Allah seterusnya peroleh hidayah dan tabah hadapi dugaan yang mendatang kelak.

Teman Sofia, Encik M bagi kami hanyalah lelaki bujang biasa yang ternyata masih belum bersedia untuk ke tahap seterusnya. Biasa bagi lelaki muda untuk kerap menghabiskan masa dengan rakan dan aktiviti lain sehingga mengendahkan temannya sendirian. Tambahan pula Encik M tu sendiri masih dalam proses untuk cuba menerima Sofia. Proses penerimaan ni mengambil masa dan tentunya penantian sebegini rupa pastinya terselit perasaan dengki, cemburu, sakit hati, tertekan, stress dan sebagainya.

Bagi saya, ini hanyalah proses penerimaan yang memakan masa yang panjang. Lelaki juga ada proses penerimaannya sendiri dan ada kalanya mengambil masa yang amat lama, malah ada yang sampai bertahun lamanya. Dari apa yang saya baca mengenai Encik M yang Sofia ceritakan, dia tidaklah seteruk kisah lain yang pernah saya baca. Dia masih lagi kekal setia walau sudah terlanjur dan juga masih mencari masa untuk memujuk dan berhubung dengan Sofia walau hubungan diantara Sofia dengannya tidaklah seperti kisah cinta luar biasa.

Bercakap mengenai kecurangan, dari apa yang Sofia ceritakan, boleh saya anggap yang Encik M tidak curang atau mempunyai perempuan simpanan lain. Tetapi, saya takkan menolak kemungkinan ini kerana sepertimana lelaki mempunya sifat yang bermacam perangai dan jenis, mereka juga licik dan pandai mambuat helah. Sifat lelaki yang macam ni, kalau tak diselidik dengan terperinci tentunya akan bawa kepada masalah yang lebih besar kelak.

Nasihat saya untuk Sofia, berikan Encik M masa untuknya membuat keputusan tetapi berikanlah had masa yang sesuai untuknya berfikir. Jangan kerana terlampau memberi ruang, Sofia terpaksa tunggu bertahun lama lagi semata-mata untuk merasai kebahagiaan seperti pasangan bahagia yang lain. Ingat pesanan saya, ruang dan masa itu perlu, tetapi seharusnya sesuai dan memadai.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 24, 2015 | Posted by in Keliru | 2 comments

Kisah Adik Angkat Dan Cemburu Buta.

Nama: Sweet

Jantina: Perempuan

Emm saya ada seorang adik angkat lelaki. Dulu dia layan saya baik je jaga hati saya tak pernah bagi saya terluka. Tapi semenjak dia ada adik angkat knape dia layan adik angkat lebih dari saya? Setiap hari saya tunggu dia chat saya tpi saya slalu dgar adik angkat dia cerita kat saya yang mereka selalu chat. Kenape dia buat camtu kat saya, saya tak pahamlah.

Adik angkat kakak angkat abang angkat semua nak angkat, apa yang bestnya?

Kalau nak dikira hubungan adik angkat kakak angkat ni sebenarnya kawan je. Tak lebih, tak kurang. Takde istilah cinta takde istilah sayang. Jadi kenapa perlu ada cemburu? Kalau betul dah jatuh hati kenapa still pakai istilah angkat ni semua?

Ni semua kes cemburu la ni. Kalau dia tu just adik angkat semata-mata kenapa perlu cemburu kalau dia ada hubungan lain. Sedangkan korang pun tak ada hubungan istimewa, kenapa nak berlagak macam pasangan suami isteri pulak?

Grow up and please be matang. Kalau diri sendiri tak boleh jadi matang jangan berangan nak ada hubungan yang serius.

Peace.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 23, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 2 comments

Pilihan Keluarga Minta Putus Melalui Telefon Selepas Sebulan Bertunang.

Nama: Dhia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat serta pandangan Doktor Cinta atas masalah yang saya sedang hadapi. Saya telah bertunang dan pertunangan kami terjadi adalah atas pilihan keluarga saya sendiri dan semestinya atas pilihan lelaki tersebut melalui orang tengah. Kami tidak pernah kenal & berjumpa sebelum ini tetapi ibu saya pernah berjumpa keluarga si dia dan pakcik saya kenal keluarga mereka. Dari cerita orang kampung, keluarga si dia adalah keluarga yang baik-baik. Pada mulanya saya telah menolak si dia atas sebab saya tidak mengenali si dia dan ‘masih ada ke orang kawin pilihan keluarga + berjaya ke pada zaman ni??’. Kalau zaman dulu mungkinlah…Tetapi setelah beristikharah dan minta pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, akhirnya saya bersetuju untuk menerima lelaki tersebut. Dengan restu kedua ibu bapa kami, serta saudara mara, kami selamat diikat. Memandangkan family saya sangat ‘strict’, mereka tidak membenarkan saya berhubung dengan lelaki tersebut. Tetapi, kami telah berhubung secara berahsia untuk mengenali hati budi masing-masing.

Selepas pertunangan, hubungan kami sangat baik dan tiada masalah. Dalam tempoh tersebut, kami telah berbincang soal tarikh perkahwinan dan plan masa depan memandangkan kami diikat selama 10bulan. Tapi sayangnya, tidak sampai sebulan, si dia telah meminta putus tunang melalui telefon dan saya amat terkejut dengan keputusan tersebut. Malah si dia tidak mahu bertemu keluarga saya untuk putuskan secara rasmi dan mengikut adat walaupun setelah saya merayu. Family si dia telah cuba memujuk si dia untuk kembali pada saya tapi tidak berjaya. Si dia memilih untuk kembali pada kekasih lama (first love) apabila perempuan tersebut menangis dan merayu untuk bersama kembali setelah mengetahui bahawa si dia telah bertunang dengan saya.

Saya keliru, saya terasa dipermainkan. Saya mungkin belum cintakan dia tapi saya telah cuba dan saya sudah mula menerima dia, dan pada saat itu, dia lebih sanggup memilih untuk meninggalkan saya menanggung beban ini sendiri. Dia memberi alasan bahawa dia tidak ada hati pada saya. Katanya, sebelum tunang dia memang dah ada hati, walaupun melihat gambar sahaja sebelum kami berjumpa di hadapan keluarga, dan dia juga telah beristikharah dan yakin dengan pilihannya kerana itu dia memilih untuk bertunang. Saya cuba pujuk dia, kerana bagi saya ini adalah perkara yang sangat serius. Tidak pernah terjadi di dalam keluarga kami. Mereka sesama saudara juga telah bergaduh hingga putuskan tali persaudaraan. Saya sangat sedih kerana disbabkan perkara ni putus hubungan keluarga. Yang menjadikan masalah ini semakin berat apabila dia tidak mahu berjumpa keluarga saya. Dan yang lebih parah lagi dan sangat mengejutkan saya adalah apabila ibubapa si dia juga tidak mahu berjumpa family saya. Kata si dia, tugas dia hanya memberitahu saya dan selebihnya adalah tugas saya. Saya buntu.Mana mungkin saya mampu untuk memberitahu ibubapa saya sendiri sedang mereka tidak tahu kami berhubung(habislah saya kalau depa tahu!!). Saudara mara si dia yang menjadi orang tengah juga tidak sampai hati untuk memberitahu keluarga saya lebih2 lagi ibu saya kerana beliau berpenyakit. beliau tidak boleh stress kerana boleh menyebabkan jiwa beliau terganggu kembali. 2minggu lebih kami telah putus, dan tiada siapa pun yang tahu melainkan saya, dan keluarga lelaki tersebut sahaja. Apa yang perlu saya buat Doktor Cinta??

Salam.

Harapnya Dhia berada dalam keadaan baik walaupun apa yang dah Dhia lalui. Moga tabah.

Hakikatnya, pertunangan ni hanyalah satu jalan yang akhirnya membawa kepada perkahwinan. Tapi macam yang Dhia dah ketahui, menjadi tunangan oranglah masa yang paling mencabar  dan penuh dengan ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi. Perlu diingat, tak semua pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan. Pertunangan hanyalah ikatan dan tanda bahawa satu pasangan itu akan menjadi pasangan suami isteri kelak. Ingat, pertunangan bukanlah perkahwinan dan bukanlah perkara yang pasti membawa kepada kebahagiaan kelak.

Dari apa yang saya faham, Dhia sekarang tersepit di tengah-tengah hubungan yang saya sendiri berani katakan sudah berakhir. Dhia belum mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Dhia belum jatuh cinta, Dhia belum berikan komitmen yang sebenarnya dan juga Dhia masih di fasa pertunangan, bukannya perkahwinan, jadi boleh saya cakapkan di sini yang Dhia sebenarnya masih belum jauh kedalam lubang masalah dan sebenarnya masalah ini amatlah mudah untuk diselesaikan. Ada sesetengah perkara tidak berakhir seperti yang kita harapkan kerana sebenarnya ianya satu hikmah. Mungkin apa yang Dhia sedang lalui sekarang ada hikmahnya yang tersendiri, kita takkan tahu selagi kita mulai redha dan terima akan ketentuannya. Tak perlu terus mengharap dan berharap dia akan kembali sebab bagi saya sendiri, kalau lelaki tu sendiri dah tarik diri pada bulan yang pertama, tak perlulah baginya lebihan 9 bulan yang ada kerana bagi saya, dia tidak berhak.

Tapi Dhia kena ingat, perkahwinan ini dirancang dan bukannya berdasarkan perasaan cinta dan sayang. Jadi pihak lelaki mahupun pihak Dhia sendiri tidak boleh dipersalahkan. Cinta bukan terbina tanpa perasaan dan paksaan, ini Dhia perlu ingat.

Apa yang perlu Dhia buat sekarang ialah tabah dan beranikan diri untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada keluarga Dhia sendiri. Perkara ini sudah pun menjadi satu masalah dan tindakan Dhia jikalau terus menerus melambatkan perkara yang dah pasti pastinya akan menyukarkan lagi keadaan. Mengenai keadaan ibu Dhia, dia sendiri akan faham realiti hubungan yang dah sampai ke tahap ini dan sebagai seorang ibu, dia pastinya akan memahami. Mungkin dia akan rasa sedikit kecewa tetapi dia akan menjadi lebih lega dan bahagia bila mengetahui yang anaknya berani berdepan dengan masalah dan kekal tenang menghadapinya.

Mengenai hal tidak berhubung tu pulak, ia hanyalah perkara kecil. Tak salah berhubung ketika menjadi tunangan orang dan jangan jadikan tu satu alasan dan sebab mengapa hubungan ini tak menjadi.

Beranikan diri, tabah hadapi masalah dan tak berundur dari kebenaran. Itu yang Dhia perlu lakukan sekarang.

Good luck and be strong ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Cinta Wechat Di Zaman Persekolahan.

Nama: Sari

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doktor cinta, saya nak berkongsi sedikit masalah nie. saya pun tak pasti laa tapi yg pasti saya betul-2 sakit sangat hati dan tak tau nak buat apa dah .

macam nie ceritanya ~

2 bulan yg lepas, saya main bola kat dalam futsal, kat dalam futsal tu ada budak-2 lelaki yg main tapi saya tak heran apa pun sebab saya main kat tepi dgn kawan-2 cousin saya yg kebanyakannya form 1 ke bawah ~ time tu saya main baling-2 bola lepasi pagar futsal, cousin dgn kawan dia dalam futsal dan saya pulak kat luar . saya nie seorang yg tak peka, kalau ada orang yg pandang saya, saya langsung tak perasan dan langsung tak heran nak pandang sekeliling ~ kisah apa dgn dorang . sampai laa cousin saya tu cakap “kak sari, budak tu tengok jea kak sari main bola” saya balas “huh ? siapa ? lantak dia laa” saya buat dunno then sambung main bola tapi saya pandang jugak budak yg dia cakap tu ~ budak lelaki tu antara yg paling putih antara kawan-2 dia yg lain, dia pendek sedikit dari saya dan mungkin seorang yg pemalu . hari demi hari berlalu dan macam biasa, cousin asyik beritahu yg dia asyik tengok-2 saya jea .

Saya sebenarnya langsung tak ambil kisah pasal lelaki nie . memandangkan cousin asyik mention dia jea, saya cabar dia supaya tanya nama budak lelaki tu . malam sehari lepas tu kitorang pegi kedai dan nampak dia kat kedai . apa lagi cousin pun pegi la kat dia dan tanya nama dia, tapi dia lari dan mengelak jea . so kitorang give up . untuk pengetahuan anda, saya masa tu takde apa-2 perasaan pun lagi kat dia, saya cabar cousin tanya nama dia pun sebab saya ingat nak sakat dia sebab dia tu kan pemalu ? esok punya esok punya hari, kitorang masih cuba untuk cari apa nama dia sampai laa dia pakai jersi yg ada tulis nama dia . actually, saya pun tak tau macam mana saya boleh suka kat dia .

Tapi makin saya nak sakat dia makin saya perasan perasaan saya kat dia . saya suruh kawan lelaki saya minta number kat dia, kawan saya cakap “wei alip taknak bagi, dia cakap “dia minta number ke ? takpayah laa bagi” camtu, tapi alip tu baik tau, cuma pemalu jea” saya tak kisah apa pun . yg pasti saya hari-2 kacau dia kalau dia lalu depan rumah, saya akan cakap “alip, wo ai ni” “alip, saya peminat number 1500936 awak” dan blablabla . mungkinkah dia akan fikir yg saya nie gedik ? aduii . saya nie dah macam terhegeh-2 kat dia jea ? entah laa .

And sabtu minggu lepas dia ada add wechat saya, saya pun taktahu yg tu adalah dia so saya accept laa . pastu kitorang ada laa chat tapi dia tak banyak type apa, paling banyak reply pun emoji jea . pastu bila saya hantar chat apa, dia dah taknak reply . taktau kenapa padahal dia selalu online . sampai laa saya taktahan then saya chat dia “reply laa even 2-3 kali pun jadi, lepas nie saya tak kacau awak dah kalau awak nak” tapi dia masih tak reply apa-2 . even saya suruh kawan-2 saya add dia dan nak tengok kalau dia reply atau tak chat kawan saya tu . tapi takpun .

Adakah dia nie jenis yg tak suka chat dgn perempuan ? entah laa . dia macam malu kalau dgn perempuan . saya cuba untuk menjauhkan diri dari dia tapi hampa, saya rindu nak tengok dia . cousin saya cakap dia ada nampak alip kat sekolah dan dia pun panggil laa alip, alip senyum jea . untuk pengetahuan doktor, saya selalu tertangkap dia tengah tengok saya .

Tetapi kekadang saya fikir mungkin dia minat kat cousin saya kot . entah laa . dia form 4 sama macam saya tapi dia masih sekolah meanwhile saya dah tak sekolah sebab ada masalah kewangan so saya bekerja . and, badan saya nie jenis berisi . tinggi berisi . doktor rasa kenapa dan macam mana ? saya nak buat apa sekarang ? and thanks sebab dengar masalah saya 🙂

Salam.

Fikiran orang muda remaja adalah sangat sukar untuk difahami. Terutamanya jika orang muda yang dimaksudkan tu belum matang dan masih mentah dan tidak pandai membuat keputusan dan menilai baik buruk.

Apa yang saya nak cakap di sini, Sari dan lelaki yang Sari taruh harapan tu sebenarnya masih mentah dan tidak kenal dan mengerti erti sebenar cinta dan kasih sayang. Cinta dan sayang tidak akan lahir hanya dengan bertanya khabar, mengetahui nama dan meminta nombor telefon. Ia juga takkan datang hanya dengan saling berhubung melalui sms mahupun wechat dan whatsapp.

Ternyata apa yang Sari sedang hadapi sekarang ialah proses pendewasaan dan proses mengenali emosi sendiri. Jarang  apa yang sedang dihadapi oleh orang muda seusia dengan Sari untuk mengalami dan memahami cinta. Bukannya saya menolak cinta diusia muda tetapi hakikatnya cinta diusia muda bukanlah semudah yang disangka untuk difahami dan dialami. Sukar. Teramatlah sukar. Sedangkan perkahwinan muda pasangan berumur 25 tahun pun sering menghadapi masalah dan majoritinya berakhir dengan penceraian, apalah sangat cinta wechat pada zaman persekolahan?

Nasihat saya, fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada hidup Sari sendiri. Cuba sehabis baik untuk cari peluang sambung semula pengajian dan tumpukan lebih banyak masa Sari untuk masa depan dan keluarga Sari sendiri. Jangan biarkan rupa paras, faktor kewangan dan perasaan mengawal diri kita ke arah yang salah.

Gunakan apa yang ada sekarang untuk menjadi remaja yang lebih baik dan setanding dengan remaja cemerlang yang lain diluar sana. Jika benar apa yang dialami sebelum ini ialah cinta, ia sendiri akan cari Sari untuk ke peringkat seterusnya. Apa yang Sari perlu lakukan sekarang hanyalah move on dan teruskan kehidupan. Mudah.

All the best dari kami di Doktor Cinta!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 17, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments

Cinta Terhalang Oleh Kad Pengenalan.

Nama: Yana

Jantina: Perempuan

Saya Yana asal Kedah nak tanya pendapat dr. 🙂 Saya dan bf saya telah bercinta hampir dua tahun. Asal dia Sabah. Kami bercinta dlm jarak jauh . Bf saya tidak mempunyai IC . Bagaimanakah cara untuk selesaikan masalah ini? Selama sy kenal dia, dia tak pernah buat sy sakit atau terluka dan sbelum ni sy couple tak pernah seserius ni. Malah, dia dpt terima sy seadaanya mungkin kerana masalahnya. Dan saya dpt terima dia seadaanya krn sy amat percaya yg dia sayangkan sy. Ibu bapa sy juga amat sukakan dia. Tetapi mereka tidak tahu tntg masalah IC dia.

Salam Yana.

Masalah ni kalau dari segi undang-undang memang saya tak boleh dan tak berani nak tolong. Tapi dari konsep cinta dan kasih sayang memang nampak dah tak ada masalah untuk teruskan dan proceed ke next level which is perkahwinan. IC tak ada tu boleh diselesaikan lagi sebab tu undang-undang manusia je, mesti boleh setel. Cuma susah nak setel bagai saya adalah masalah cinta. Alhamdulillah masalah cinta pun saya tak nampak dalam permasalahan Yana ni.

Tak kiralah apa warganegara sekalipun, malah dari Nigeria sekalipun kalau hati dah berpaut dan restu dah dapat, tak mustahil untuk berakhir sebagai satu keluarga besar di kemudian hari. Bangsa dan tempat lahir bukan penghalang kalau betul-betul ikhlas dan yakin dengan ketentuan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Nya.

Kahwin dengan orang bukan warganegara bukan satu kesalahan ok! 🙂

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 8, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Merajuk Dan Cemburu Tak Kena Tempat

Nama: Zaza

Jantina: Perempuan

Saya suda bercinta selama 2 tahun. Di awal perhubungan, saya jenis yg suka merajuk dan selalu minta putus. Org kata itu normal bagi seorang perempuan. Kekasih sy selalu bersabar dan selalu memujuk saya. Pernah suatu hari, saya membuka FB kekasih sy dan terlihat ada mesej dari seorang rakan kerjanya. Cantik perempuan tu. Katanya, ‘kenapa sy tak bole add, kenapa saya bole follow saja, sy mau berkawan seja pun’. Terus perasaan cemburu buta saya menular sejak dari hari itu. Saya sudah hilang rasa percaya dengan dia, saya menjadi semakin cemburu.

Kini, bila dia dapat tau sy cemburu buta, dia selalu minta putus dengan saya, dan selalu memaki saya. Dia sudah tidak penyabar seperti dulu. Sekarang, saya hanya mendiamkan diri, kerana baru2 ini dia minta putus disebabkan saya cemburu melihat gambar yg dia share di FB bersama perempuan itu kerana mereka berdua terpilih menjadi model universiti swasta iaitu ditempat kerja mereka sendiri. Byk gambar mereka berdua utk promote universiti baru itu. Modelnya mereka berdua. Dia share tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Bila saya ternampak, saya marah dia, dan dia marah sy balik sbb katanya itu cuma gambar kerja. Padahal dia sudah tau yg sy akan cemburu sekiranya melihat gambar itu. Sy sudah tidak menjawab telefonnya dan smsnya. Tolong sy, sy seperti sudah hilang arah.

Terima kasih.

Salam.

Memang betul bila orang cakap yang merajuk dan meminta perhatian dikala bercinta tu sebenarnya manis. Tapi kalau terlebih pun tak boleh jugak. Manis kalau dah terlampau boleh jadi diabetes, masalah! Samala konsepnya kat sini.

Apa yang saya nampak ialah awak punya sikap rajuk dan cemburu  dah memakan diri. Ada had yang perlu kita teliti dan fahami sebelum gunakan kaedah macam ni. Bukan semua pasangan boleh tahan merajuk yang berpanjangan dan kami juga pasti majoriti lelaki tak suka sikap cemburu buta. Apatah lagi sikap cemburu tu tak berasas dan tiada langsung menghala ke arah curang.

Pasangan awak tu bagi saya dah tawar hati atau lebih tepat dah meluat dengan perangai awak. Satu cara yang boleh saya cadangkan ialah supaya awak berubah. Masalah sekarang ni bukan pasangan awak tu, tetapi awak sendiri. Cuba untuk berubah dan cuba yakinkan pasangan awak tu yang awak akan berubah demi dia dan cuba tak lagi bersikap cemburu buta dan merajuk 24 jam macam sebelum ni.

Oh and satu lagi, time bercinta ni better jagang kongkong sangat pasangan awak tu. Kalau stakat share kat Facebook yang melibatkan perempuan lain pun kena mintak approval dulu, alamatnya susahlah cik adik oi.

Ingat…merajuk boleh, cemburu boleh, tapi biar berpada-pada ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Feb 12, 2015 | Posted by in Percintaan | 1 comment

Pilihan Terletak Di Tangan Perempuan.

Nama: Violita Violet

Jantina: Perempuan

Salam. Saya telah bercinta dengan ex-bf sy dah 4 tahun dan akhirnya kami telah putus. Setelah setahun kami putus saya telah berjumpa dengan orang baru yang sama satu campus dengan saya, permulaan kami cuma sekadar kawan rapat dan tak lama timbul perasaan sayang. Kami mmg serasi bersama, kami sama2 dapat menerima kelebihan dan kekurangan masing2. Dia selalu menggembirakan saya, biarpun kami baru kenal, tp keserasian tu ada. Saya rasa mmg betul2 cinta dengan yang baru ni. Kami sama2 yakin yang hubungan kami boleh sampai ke jinjang pelamin (insyaAllah). Dia seorang yang jujur dan setia, tetapi tak lama lepas tu ex-bf datang balik, dia nak sambung semula dengan saya. Bermacam2 usaha telah dia lakukan untuk menambat hati saya kembali. Selama kami putus tu, sebenarnya kami memang masing2 ada perasaan sayang. Kami masih juga berhubung bertanya kabar tetapi jarang sangat2. Dia masih mengharap dengan saya.

Selepas itu, pada satu malam tu, dia telefon saya dia tanya betul2 sama ada saya sayang betul2 ka dengan yang baru tu, saya jawab “ya”. Dia sedih dan kemudian baru lah betul2 dia ingin move on. Tak lama selepas tu, saya telah menelefon dia kembali ingin bertanya kabar, sebenarnya saya rindu dia. Dia telah berterus-terang dia telah ada kawan lain, perempuan tu telah menemankan dia sewaktu dia kecewa dan telah meluahkan perasaan yang dia cinta dengan ex-bf saya tu. Saya tak tau kenapa saya menangis masa tu. Dia dia pun sedih dan bagitau kat saya yang dia masih sayang saya dan perempuan tu dia belum terlanjur sayang dan cinta lagi. Dia telah suruh saya berfikir baik2 pilihlah antara mereka berdua yang mana satu yang betul2 saya sayang. Kawan saya pun bekata begitu juga dengan saya. Sekarang ni, semua keputusan bergantung di tangan saya. Siapa yang patut saya pilih? Saya tak tau nak pilih siapa? Saya bingung.

Salam.

Pilihan adalah benda yang penting. Tak kiralah dalam percintaan ke pekerjaan ke ape ke, pilihan kita tu jugaklah yang akan tentukan masa depan kita kelak. Dari apa yang saya faham, awak dah pun buat keputusan sendiri pada awalnya. Dan saya juga paham yang awak memang dah ada pengganti dan jugak saya faham yang ex awak dah pun move on.

Well, saya rasa masalah sebenarnya sudah pun selesai. Awak dah move on, ex awak pun dah move on. Cuma masalah sekarang ni ialah awak berdua mungkin ada sikit lagi perasaan terhadap diri masing-masing. Perasaan ni lagi lama dilayan lagi teruk jadinya, jadi tips saya lupakan dan jangan amik kisah langsung tentang perasaan tu. Stop telepom, stop texting, stop contact and if possible remove or unfriend or buang benda yang berkaitan dengannya. Biar apa yang ada tentang ex awak tu hanyalah status kawan. Bila awak mula berubah insyaAllah ex awak pun akan berubah perasaan dan akhirnya boleh jadi seperti sedia kala semula.

Awak dah buat keputusan untuk tinggalkan dia sebelumnya dan pastinya ini bersebab dan ingin saya ingatkan kat sini yang sebab itu masih boleh berulang dan cukuplah kalau awak dah move on dan ada baiknya untuk awak pegang pada kata-kata awak. Cukuplah kasihankan apa yang dah lepas dan mulalah kasihankan lelaki baru yang awak mula kenali tu.

Keep your head up, lupakan kisah lama dan move on. Things can change to be better.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 29, 2015 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Kalau Perasaan Sayang Dah Hilang?

Nama: AD

Jantina: Perempuan

Salam. Saya baru je putus cinta, adalah dalam dekat 2 bulan. Sy bercinta dgn ex bf sy setahun 2 bulan. Mula2 percintaan tu semuanya indah, dia betul sayang sy dan sy pon syg dia, dia selalu ingat saya. Tapi lepas 3, 4 bulan kami kapel dia mula berubah sejak dia sambung degree. Awal bulan Jun hari tu dia bagitahu apa yang sebenarnya yang dia rasa terhadap sy. Dia boleh ckp yang perasaan dia dekat sy kurang, tak mcm mula2 dlu. Sy tny dia, apa slh saya? Dia ckp sy takde slh apa2. Mmg sy akui sy seorg yg sgt sabar dgn dia, apa pun dia buat yg boleh buat sy sedih, sy tahan hingga kesudah. Lepas je dia ckp mcm tu saya ambil keputusan untuk putus je. Buat apa kalau kita kapel dgn org yg tak syg kita 100% kan?

Tapi sejak putus sy selalu teringat dekat dia, sy sedih, y syg dia sgt2, mpi skrg sy masih syg kan dia. Walau apa pun jadi, sy tak pernah bencikan dia. Saya tahu yang dia tak da org lain. Dia pun bagitahu sy, dia tak ada perasaan pada mana2 pompuan, dia cuma nak life dia je. Tolong lah sy mcm mana sy nak lupakan dia 🙁

Salam.

Konsep lupakan yang lama dan move on tu memang dah betul. Cuma, dalam hal ni, keputusan sebenarnya tak boleh dibuat dengan terburu-buru. Benda yang kita plan untuk seumur hidup kita perlu kaji dan tilik betul-betul. Tak logik nak pertaruhkan masa depan akan datang yang bertahun lamanya hanya dengan keputusan yang baru difikirkan dalam sehari dua.

Nasihat saya mudah, amik masa untuk fikir sedalam-dalamnya mengenai hal ini. Nak teruskan semula hubungan ni kami tak rasa berisiko sangat, bf awak tu pun bukannya curang ke tipu ke ape ke, cuma dia rasa sayang tu dah kurang dan kami pasti benda ni boleh diselesaikan dengan masa dan adanya perubahan dalam perhubungan korang sedikit sebanyak nanti. Perubahan perasaan dalam percintaan tu normal, cuma macamana kita handle dan kawal perubahan ni la yang akan bawak impak terhadap perhubungan kita tu.

Amik masa untuk fikirkan sebaik mungkin dan buat keputusan yang terbaik. Jangan terburu-buru. Masalah masih kecil, jangan sampai bf awak tu pun dah move on barulah awak buat keputusan. Kalau melepas lagilah teruknya meroyannya nanti kang.

Ingat, jangan tunggu nasi jadi bubur ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 29, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments

Awek Barunya Kawan Rapat Aku Sendiri.

Nama: Puteri Raudhah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya rasa x prlu sy citer pjg2. Sy dgn si dia dh knal hmpir 2thn tp bru 9bln b’cinta dan dh rncang nk tunang. Satu hari time kuar dgn si dia, si dia asyik sibuk je bls msg. Bile sy tnya, dia jwb awek lain msg, so sy just jwb ok, mlas nk gduh mlas nk siasat ag sbb mybe dia gurau. Tp esknya tbe2 dia terus terang dgn sy dlm msg yg
mmg btl awek lain msg, kwn sy sndri, dh lme lak tu diorg berhubung. Si dia cerita yg kwn sy tu mmg suke dkt si dia, diorg mmg ngaku sme2 suke tp si dia jwb si dia suke tp x cinta. Sy semakin keliru dgn situasi nie. Pd siapakah sy harus percaya dan sy xthu ape yg patut sy buat? Hati x tenang slagi mslh ni x selesai. Hanya pada Allah sajalah tempat sy mngadu skrg.

Salam.

Kawan makan kawan punya kes ni memang dah banyak kali dah dengar. Nampak macam cliche dan boring tapi ni memang hakikat dan dah banyak kali kami terim luahan pasal kawan makan kawan sendiri ni.

Pertamanya agak bagus la lelaki tu mengaku kat awak awal-awal daripada menipu awak lagi lama. Bayangkan kalau hubungan korang ni bertahan selama 3 tahun lepas tu baru dia mengaku, tak ke lagi parak masalahnye? And lagi satu, kenyataan pasal suka tapi tak cinta tu semua hanyalah bullshit. Term ni hanya di reka untuk sedapkan hati pesalah dan sering digunakan untuk meraih simpati. So bila dia cakap suka tapi tak cinta tu, bagi saya dia menipu.

Kawan tikam belakang dah hampeh. Lelaki menipu dan meraih simpati untuk kebaikan sendiri lagi hampeh. Baguslah awak tak teruskan lagi hubungan macam ni kalau tak dengan awak sendiri boleh jadi hampeh. Bagi saya, ini adalah benda yang baik untuk terjadi. Awak boleh move on dan dapatkan yang lebih baik yang awak betul-betul layak.

Lupakan kawan hampeh. Lupakan lelaki hampeh.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 28, 2015 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Saya Suka Dia, Dia Sukakan Saya Tak?

Nama: Jiwa Kacau

Jantina: Perempuan

Saya mempunyai masalah percintaan. Saya menyukai seorang lelaki tetapi lelaki itu mungkin tidak menyukai saya. Adakah saya perlu mendiamkan diri atau menunggu respon lelaki itu? Walaupun saya tidak meluahkan perasaan saya, namun saya sering menunjukkan reaksi yang saya menyukainya dan saya yakin si dia juga perasan. Saya juga bingung kadang kala si dia memberi respon yang baik, adakah dia menyukai saya? Tapi kadang kala sebaliknya pula. Bagaimana saya ingin tahu seseorang lelaki itu menyukai saya? Saya harap doktor cinta dapat membantu saya..!!! 🙁

Salam.

Suka atau tak tu benda yang susah kita nak tahu. Lagi tak tahu bila kita tak tanya or hanya berdiam diri dan hidup dengan penyesalan seumur hidup.

Manusia ni ada sifat sendiri. Kita mungkin suka aiskrim magnum, tapi tak mungkin kawan-kawan kita pun akan sukakan aiskarim tu. Bagi saya, suka, minat, sayang, cinta adalah universal, bukannya tetap dan berbeza bagi setipa manusia. Cuma tugasnya kita adalah untuk mencari insan yang mempunyai rasa suka yang sama dan akhirnya dipertemukan sebagai suami isteri.

Kes adik ni tak payah peningkan kepala. Pegi tanya terus. Adalah lebih baik kita hadapi kebenaran walaupun sakit daripada kita hidup dengan kehidupan kita yang selebihnya ni dengan penyesalan sebab tak berani bertanya dan hadapi realiti. Cukuplah dengan hint dan menunggu. Beranikan diri dan terus tanya.

Kalau tanya pun tak berani, nanti nak kahwin camana nak berani?

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 27, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 1 comment