Nama: SK
Jantina: Perempuan
Salam Dr.Cinta. Saya dan pasangan saya bercinta sejak dibangku sek dan hampir 6 tahun kami berkawan. Alhamdulillah saya dan keluarga dia, dia dan keluarga saya sangat baik. Pasangan saya sentiasa memenuhi keperluan saya seperti membawa saya makan di tempat kesukaan saya, sentiasa menolong saya dan keluarga tapi bukan dari segi duit. Sejak akhir-akhir ini, saya perasan sedikit perubahan pada diri dia seperti keluarga dia dan saya sudah bersetuju untuk mengikat hubungan kami tapi dia seperti menolak dengan alasan masih terlalu awal. Kerana katanya dia melihat sekeliling dia rakan-rakannya ramai yang putus tunang atau bercerai di usia muda. Dan saya perasan kalau dahulu saya merajuk atau cuba meninggalkannya, dia macam orang mati anak/gila. Akan merayu-rayu pujuk saya tapi sekarang tidak lagi. Kalau seminggu atau sebulan saya senyap, dia pon turut senyap. Senang cerita setiap kali gaduh mesti saya yang akan cari dia sebab sayangkan hubungan kami. Lepas kami berbaik, dia akan layan saya seperti biasa baik seperti dahulu. Mungkinkah dia ego? Atau sudah penat melayan perangai kebudak-budakan saya? Saya rasa dia mungkin sudah meningkat dewasa dan sedikit matang. Atau saya yang perlu ubah perangai saya?
Salam.
Perubahan di dalam percintaan adalah biasa. Cuma apa yang perlu diberi perhatian adalah sama ada perubahan itu adalah sesuatu yang positif ataupun negatif. Tetapi awak juga perlu terima hakikat bahawa sesuatu perkara di dalam perhubungan tidak semestinya akan kekal sama sehingga ke akhir hayat. Ini mengambil kira faktor usia, ekonomi dan juga kematangan seseorang di dalam sesuatu percintaan. Kalau dahulunya setiap minggu date di Starbucks, tidak pelik sekiranya sekarang hanya berjumpa di kedai mamak. Kalau dahulunya selalu datang pick-up di depan rumah, mungkin sekarang hanya naik teksi atau Grab. Fokus kami di sini, perubahan di dalam sesuatu hubungan adalah normal, tetapi perlu diambil perhatian serius agar tak menjejaskan hubungan secara menyeluruh.
Perubahan yang saya saksikan disini adalah perubahan yang sering dan kerap terjadi terutamanya kepada kaum lelaki. Lazimnya kaum lelaki akan mulai bosan, dan menganggap remeh perkara berkaitan hubungan mereka apabila terlalu lama hubungan itu kekal di dalam suatu fasa. Tiada perkara yang kini menarik minatnya dan semuanya adalah sama dan membosankan. Boring, tiada perubahan dan membosankan. Walaupun perkara sama boleh berlaku kepada golongan wanita, tetapi sepanjang pengalaman kami melayan luahan hati dan perasaan, kaum adam lebih menonjol di dalam hal ini.
Cadangan kami, memandangkan memang sudah ada rancangan untuk ke fasa seterusnya, teruskan dan mintak kata putus darinya. Cari sebab kukuh untuk tidak mensia-siakan hubungan yang sudah terbina bertahun lamanya ini dan pinta kejujuran dan keputusan.
Dan ya, sesuatu hubungan seharusnya matang dari hari ke hari.
Sama ada perangai awak sendiri perlu diubah, awak sendiri lebih tahu.
Semoga berjaya!
Hi doktor cinta. Saya ada masalah besar skrg ni. Sy sudah jalinkan hubungan dgn tunang sy hampir 6 tahun. Lagi 4 bulan kami genap setahun bertunang. Dan lagi 4 bulan kami akan dirikan rumah tangga. Then. Sejak dari 2 minggu lepas. Dia baru saja tawar hati pd saya. Puncanya dari masalah kecik saja. Lepas bape hari tu kami okay macam biasa. Then pada satu hari tu bila sy hendak pujuk dia semula dia terus marah marah dan nak putuskan pertunangan. Alasannya sy dulu tak hargai dia. Sy tak serius. Sering gaduh. Lagipun dia dduk KL sy di JB. Sangat susah nak berhubung. Apa cara utk sy memikat hatinya semula. Adakah sy mempunyai peluang lagi atau tidak? Dia mmg kata taknk langsung pd sy. Sy mmg betul betul sygkan dia. Apa perlu sy buat. Terima kasih.